Kalau tak kerana jumpa kawan aku yang tawarkan perkhidmatan hibah dan wasiat memang aku tidak sedar lansung yang hibah tabung haji adalah hibah mutlak. Aku biasa dengar perkataan Hibah dan hibah bersyarat sahaja. (itulah orang suruh belajar tak nak yer? ). Aku sedikit suspen sebab bagi aku hibah mutlak ini tak berapa memihak kepada aku sebagai pemilik sebenar!
Table Of Content
- Apa itu hibah
- Hibah vs Wasiat.
- Jenis-jenis Hibah
- Hibah Mutlak
- Hibah Bersyarat
- Hibah Mutlak
- Hibah Mutlak yang hakiki
- Hibah Beramanah
- Hibah tabung haji
- Kenapa Hibah Mutlak kurang digemari
- Hibah Bersyarat
- Perbezaan Antara Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat
- Definisi dan Ciri-ciri
- Proses Penyampaian Hibah
- Implikasi Undang-undang
- Pilihan anda?
- Cara Tuntut Hibah Amanah Tabung Haji
Untuk orang yang baru-baru nak paham, korang jangan keliru dengan HIBAH TAKAFUL pulak. Ini different story. Hibah Takaful yang banyak ejen insurans promote dan kita bayar bulanan seperti kita bayar insurans kesihatan.
Okay jom kongsikan dulu apa itu Hibah. ni pun melalui pembacaan aku study pasal semua benda ni. Maklumlah aku ni cepat je triggered bab-bab ni.
Apa itu hibah
Hibah merupakan salah satu cara untuk mengalihkan harta benda atau hak milik dari seorang pemberi hibah kepada penerima hibah tanpa melalui proses harta pusaka.
Dua jenis hibah yang sering diperbincangkan adalah hibah mutlak dan hibah bersyarat.
Sebelum memahami perbezaan antara hibah mutlak dan hibah bersyarat, penting untuk memahami konsep hibah secara keseluruhan.
Hibah merujuk kepada pemberian harta benda atau hak milik secara sukarela oleh pemberi kepada penerima tanpa meminta balasan.
Ini berbeza dengan warisan yang melibatkan proses undang-undang dan distribusi harta pusaka mengikut undang-undang.
Kontrak hibah ini diharuskan berdasarkan nas Quran, hadis dan ijma’. Nas daripada Quran Firman Allah s.w.t yang bermaksud ‘Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin dan orang musafir’. Firman-Nya lagi yang bermaksud ‘Jika kamu ada rasa keinginan pada diri kamu sesuatu maka makanlah secara baik dan tenang.
Manakala nas daripada hadis pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ‘Berilah kamu hadiah nescaya kamu dikasihi.
Hibah vs Wasiat.
Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa ada limitasi bahagian. Akad Hibah perlu berlaku semasa hidup dan proses pindah milik juga harta hibah (kalau boleh) pun berlaku ketika masih hidup. Melainkan apabila melibatkan hibah ruqba.
Wasiat dilimitasikan kepada bukan ahli waris sahaja dan bahagian terhad kepada 1/3 harta. Tapi wasiat hanya efektif selepas mati si pewasiat.
Jenis-jenis Hibah
Hibah Mutlak
Hibah mutlak merujuk kepada pemberian harta atau hak secara langsung kepada penerima tanpa syarat tertentu yang melekat. Pemberi hibah tidak menetapkan sebarang keadaan atau syarat yang mesti dipenuhi oleh penerima.
Contohnya, seseorang memberikan rumahnya kepada anaknya tanpa menyatakan syarat tertentu. Ini yang mak bapak takut, katanya anak-anak boleh halau mereka. huhuhu
Hibah Bersyarat
Di sisi lain, hibah bersyarat adalah pemberian yang dikenakan syarat tertentu oleh pemberi kepada penerima. Penerima hanya akan menerima hibah jika syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi dipenuhi.
Contoh : Pemberi hibah menetapkan syarat rumah akan dipindah milik hanya selepas pemberi hibah meninggal
Hibah Mutlak
Hibah Mutlak yang diamalkan di Negara kita ada dua (2) jenis iaitu Hibah Mutlak hakiki & Hibah Mutlak Berserta Amanah.
Hibah Mutlak yang hakiki
Hibah di mana Pemberi menghibahkan sesuatu Hartanya kepada Penerima & hak-milik harta tersebut terus bertukar milik kepada Penerima Hibah. Ini bermakna Pemberi sudah tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas Harta tersebut.
Hibah Beramanah
Sementara itu, ada juga individu dan institusi yang menggunakan hibah mutlak beramanah sebagai kaedah Hibahnya.
Berbeza dengan Hibah Mutlak hakiki, dalam Hibah Beramanah ini Pemberi Hibah dilantik semula oleh Penerima Hibah sebagai pemegang Amanah untuk Harta Hibah tersebut termasuklah mengurus & menyelenggarakannya bagi Pihak Penerima.
Kesan hibah mutlak dengan Pegangan Amanah ini ialah sekiranya penerima mati terlebih dahulu dari Pemberi Hibah, maka harta yang dihibahkan menjadi milik mutlak waris-waris penerima & akan diagihkan mengikut hukum faraid.
Walaupun Pemberi masih hidup, dia mestilah melepaskan harta itu untuk diserahkan kepada waris-waris Penerima.
Hibah tabung haji
Salah satu Hibah Mutlak Beramanah yang diamalkan di Tanahair kita ialah Hibah Akaun Simpanan yang dilakukan oleh Tabung Haji. Bermakna Tabung haji yang menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan faraid tersebut.
Bayangkan aku ada RM100k dalam tabung haji, aku letakkan RM50k kepada suami aku, dan sekiranya dia pergi dahulu otomatik harta tersebut mesti di faraidkan.
Nampak tak?
Oleh kerana Pemberi Hibah dilantik sebagai Pemegang Amanah oleh Penerima, Pemberi boleh menguruskan & menggunakan wang di dalam akaun selagi pemberi masih hidup/penerima masih hidup.
Jika salah seorang mati maka terbatallah perlantikan pemegang amanah ini. Harta itu akan diuruskan sendiri oleh Penerima sekiranya Pemberi yang mati dahulu, atau difaraidkan kepada waris-waris Penerima sekiranya Penerima yang meninggal awal dari Pemberi.
Masyarakat kurang gemar melaksanakan hibah mutlak kerana ia tidak menjaga kebajikan Pemberi itu sendiri.
Kenapa Hibah Mutlak kurang digemari
Ini antara beberap Senario-senario di bawah ini adalah antara contoh mengapa Hibah Mutlak kurang digemari:
- Kes pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak kandung.
Suami selalunya agak keberatan untuk menghibah hartanya kepada isteri kerana sekiranya isteri mati dulu, harta itu akan diserahkan kepada waris-waris isteri yang mana suami hanya dapat 1/2 sahaja dari harta itu.
1/2 lagi untuk waris-waris isteri yang lain seperti ibubapa atau adik beradiknya. Walaupun Suami masih hidup tetapi harta yang asal miliknya hanya akan diperolehinya semula sebanyak 1/2 atau 1/4 sahaja mengikut Hukum Faraid. - Kes pasangan yang ada anak angkat.
Ibubapa angkat akan keberatan untuk menghibahkan harta kepada anak angkat kerana jika anak angkat mati dulu maka harta itu akan pergi kepada waris-waris anak angkat tersebut.
Dari segi Faraid, anak angkat itu langsung tiada hubungan pewarisan pusaka dengan ibubapa angkatnya.
Jika Hibah Mutlak, Ibubapa angkat tiada sebarang hak langsung ke atas harta yang asalnya milik mereka apabila anak angkat itu meninggal dunia dahulu. - Ibubapa yang ada menantu yang bermasalah. Ibubapa ingin menghibahkan hartanya kepada anaknya tetapi “berkenan” dengan menantu (pasangan anaknya). Ini realiti kehidupan yang kerap berlaku. Bukan semua menantu memenuhi kriteria menantu idaman kita.
Bila anak mati dulu dari ibubapa , maka menantu juga ada bahagian dari harta tersebut sedangkan asalnya harta itu milik ibubapa.
Tambah mengharukan lagi, menantu itu berkahwin semula dengan pasangan baru selepas kematian anak kita dengan menggunakan harta yang asalnya adalah milik kita!
Hibah Bersyarat
Hibah bersyarat juga ada 3
- Hibah Bersyarat Ruqbq -siapa mati dulu) harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. tau harta hibah perlu dikembali kepada si pemberi hibah jika si penerima meninggal terlebih dulu.
- Hibah Bersyarat Umra – Umra – (sementara) pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta dikembalikan setelah kematian pemberi hibah.
- Hibah dengan Syarat Balasan
Hibah Bersyarat yang selalu diamalkan di Malaysia ialah Hibah Bersyarat Ruqba. Hibah bersyarat ruqba bermakna pemberian Hibah itu dilakukan semasa Hayat Si-Pemberi tetapi harta yang dihibahkan itu hanya dipindahmilik kepada penerima apabila Si-Pemberi meninggal dunia.
Sekiranya penerima pula yang mati dahulu, harta tersebut masih menjadi milik pemberi, & dia berhak melakukan apa sahaja terhadap harta tersebut termasuk menghibahkannya kepada pihak lain pula.
Konsep hibah ruqba ini dapat menyelesaikan maslahah tiga (3) senario di atas.
Di Malaysia hakikatnya hibah bersyarat ruqba sudahpun diamalkan & digunakan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi akaun bersama semenjak 2003.
Hibah Takaful juga yang dibenarkan di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 juga menggunakan hibah Bersyarat ruqba.
Perbezaan Antara Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat
Definisi dan Ciri-ciri
Perbezaan utama antara hibah mutlak dan hibah bersyarat adalah pada syarat yang melekat. Dalam hibah mutlak, tidak ada syarat yang melekat, sementara dalam hibah bersyarat, penerima hanya akan menerima hibah jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.
Proses Penyampaian Hibah
Proses penyampaian hibah juga berbeza antara hibah mutlak dan hibah bersyarat. Dalam hibah mutlak, pemberi dapat memberikan hibah secara langsung kepada penerima tanpa memerlukan persetujuan lain.
Namun, dalam hibah bersyarat, pemberi perlu memastikan bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi sebelum hibah disampaikan.
Implikasi Undang-undang
Di sisi undang-undang, hibah mutlak dan hibah bersyarat juga memiliki implikasi yang berbeza.
Hibah mutlak cenderung lebih mudah untuk dilaksanakan secara undang-undang kerana tidak melibatkan syarat tambahan.
Namun, hibah bersyarat mungkin memerlukan perjanjian bertulis yang jelas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau pertikaian di kemudian hari.
Pilihan anda?
Jenis hibah yang terbaik semestinya mengikut kepeluan dan pemilik harta.
Kalau aku sendiri lebih suka memilih Hibah bersyarat ruqba, kerana waris aku hanyalah suami dan anak lelaki aku. Tetapi bagi suami aku pulak mungkin untuk rumah dia akan hibahkan kepada aku dan anda, wang tunai besar kemungkinan akan melalui wasiat dan faraid.
Cara Tuntut Hibah Amanah Tabung Haji
Sekiranya pemberi hibah meninggal dunia, penerima boleh menuntut hibah yang telah diwariskan kepadanya. Penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan kepada Tabung Haji setelah kematian pemberi Hibah Amanah.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa proses tuntutan:
- Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah Tabung Haji/ *Penamaan (JP035);
- Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/ *Nama Penerima/ Waris Penerima Hibah (asal dan salinan);
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah (asal dan salinan);
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan (jika Penerima Hibah Amanah di bawah umur 18 tahun dan/ atau tidak waras) (asal dan salinan).
Bagaimana pula jika penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum pemberi hibah? Dalam situasi ini, pentadbir waris penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan kepada pihak Tabung Haji.
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah (sekiranya Penerima Hibah Amanah telah meninggal dunia) (asal dan salinan);
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah/ *Nama Penerima yang telah meninggal dunia (asal dan salinan).
sumber dari
- Lt Kol Hj Abd Rahim Jantan (B) PERUNDING PUSAKA ISLAM
- https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/hibah-tabung-haji/
Saya pun baru tau.. tq kak infonya. Detail betul.
Ada ye hibah TH, ingatkan kena letk penama je..tq sis infonya
Ohh baru tau pasal hibah mutlak dan bersyarat ni. Bagus info ni