Finally, we all agreed untuk meet up di Floral Cafe di ampwalk. Cafe ni dah trending 2/3 tahun lepas. Kalau tengok gambar gambar yang di ambil memang nampak cantik sangat. Aku suka sgt kalau dapat pergi ke cafe yang menarik macam ni, tapi dengan syarat Food kena sedaplah barulah boleh mai lagi kan. Kalau tak.. memang sekali jerlah kan aku mai.
One of the reason susah nak dtg sebab katanya kena buat booking dulu, ish bab bab ni yang susah kalau asben and wife sebab macam macam aktiviti nak buat hujung minggukan…udahnya tak pernah lah sampai cafe ni sampailah ke hari ini nak jumpa dgn kawan kawan sekolah. Sebenarnya bagus jugak buat booking, so takdelah pergi nanti takder tempat kosong
Baca : Tempat makan best
Masa sampai tu nampaklah beberapa meja yang dah didecorate cantik kemain.. tu untuk khas orang yg dah wat booking awal awal lah kan .
Sebelum tu nak cerita pasal reunion dengan rakan sekolah. Bukan senang kalau nak berjumpa, especially dengan kawan kawan yang dah terpisah 25 tahun yang lalu. Masing masing sibuk pulak dengan kerja masing masing plus dah beranak pinak. Lokasi pulak jauh jauh.. ada yang datang dari johor, kalau ada yang klang valley pun memang tak sempat nak jumpa. Jadi of course lah pilihan tempat untuk bersembang ni environment kena best dan cosy. Nak sembang lama kan… heheh tapi mmg lama we all sembang dari kul 12.30 – 5 petang… haaa tu dia… puas… sampai 2 kali tukar meja.
No friendship is an accident.” ― O. Henry, Heart of the West
I think my friend buat pilihan yang tepat. Sebab dekat situ we all rasa nyaman sangat tiada gangguan.
Jadi sebab utama kenapa we all pilihan floral cafe ni sebabnya nampak cantik, jadi kalau ada photo session mestilah nampak cantikkan.. heheh.. Bab food pulak, definately kita kena rasa baru boleh cakap.
So meh nak review Floral cafe nih
- Decoration – memang tip top, flower power gitu
- Parking – senang and banyak pilihan parking
- Accesiblity – kalau buat weekend Jalan Ampang ni agak lapang. so takder masalah jam. samada dari jalan tun razak, MRR2 pun okay.
- Food – Portion banyak, makanan lokal sedap sedap juga. Kebanyakkannya Menu dari Johor. Aku amik Aglio Olio tapi bagi aku tak berapa memberangsangkan. hehe berani komen sebab mmg suka test pasta kalau pergi mana mana. Sotong kangkung sedap.! and paling sedap pisang sira dengan aiskrim. sampai ulang order okay
- Meja setup – ada dua tempat, satu di dalam satu lagi di luar sesuai untuk kalau orang buang event.
- Waiter – bagus and senyum jer..
Baca : El Ray Cafe food yang best tapi… harga berbaloi
First time sampai cafe ni kena amik gambar munge munge iteww Tudung by @darabyfathialatiff
One Comment