Emas 916, juga dikenali sebagai emas 22 karat, Ia adalah bahan berharga yang memainkan peranan penting dalam budaya dan ekonomi Malaysia. Emas 916 ini sangat dihargai kerana kualiti dan keunikan yang dimilikinya. Jom explore cara kira harga emas 916
Table Of Content
- Faktor yang Mempengaruhi Harga Emas 916
- Kadar Karat Emas
- Keadaan Pasaran Emas
- Faktor Ekonomi
- Bagamaimana harga Emas ditetapkan
- Jenis Emas 916 Terbaik
- Cara kira harga Emas di Malaysia
- 1. Cara Kira Upah yang Dikenakan oleh Kedai Emas
- 2. Cara Kira Harga Emas Sebenar (Termasuk Upah)
- 3. Cara Kira Upah Setiap Gram yang Dikenakan oleh Kedai
- 4. Cara Kira Beli Emas Baru dengan Trade-in Emas Lama
- 5. Beza Pengiraan Antara Kedai yang Memiliki Upah dan Kedai yang Tidak
- 6. Trade-in di Kedai atau Simpan di Ar-Rahnu, Yang Mana Lebih Baik?
- 7. Cara Kira Harga Emas 916
Orang yang bijak dalam membeli emas biasanya mempunyai pengetahuan dalam cara kira harga emas sebelum membuat apa-apa pembelian. Dengan adanya ilmu ini, kita sebagai pembeli akan mudah membuat perbandingan yang berkesan untuk mendapatkan harga yang lebih menarik.
Faktor yang Mempengaruhi Harga Emas 916
Kadar Karat Emas
Kadar kemasinan Emas 916 adalah 91.6%, menjadikannya lebih murni daripada emas 9 karat. Semakin tinggi kadar kemasinan, semakin tinggi nilai emas.
**K (KARAT) ialah mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.
( 24K / 24K ) x 100 = 100 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %
Keadaan Pasaran Emas
Harga Emas 916 sangat dipengaruhi oleh pasaran global. Faktor geopolitik dan penyimpanan emas juga boleh mempengaruhi harganya. USD memainkan peranan penting sebagai faktor atau indeks perbandingan ke atas emas
Faktor Ekonomi
Kemerosotan ekonomi boleh meningkatkan permintaan emas sebagai pelaburan, menjadikannya lebih mahal.
Bagamaimana harga Emas ditetapkan
Harga emas ini ditentukan di pasaran London oleh lima anggota Pasaran Emas London yang terkemuka dan berpengaruh. Mereka adalah Barclays Capital, Societe Generale, HSBC Bank, Scotia Mocatta, dan Deutsche Bank. Mereka akan menetapkan harga emas dua kali sehari, iaitu pada waktu A.M fix (pukul 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas waktu tengah hari).
Penilaian mereka termasuk maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi dan sebaliknya
Jenis Emas 916 Terbaik
- Emas 916 dengan Sijil Kualiti: Apabila anda membeli emas 916, pastikan anda mendapatkannya dari penjual yang sah dan sijil kualiti disertakan. Ini memastikan emas yang anda beli adalah sejati dan berkualiti.
- Emas 916 Berstempel: Pilih emas yang mempunyai stempel yang jelas menunjukkan 916 atau 22K. Ini menjamin ketulenan emas.
- Emas 916 dengan Rekaan Menarik: Selain dari nilai ketulenan, rekaan juga penting. Pilih rekaan yang sesuai dengan selera anda.
Cara kira harga Emas di Malaysia
Sekarang, mari kita teruskan dengan panduan cara kira harga emas yang bijak.
1. Cara Kira Upah yang Dikenakan oleh Kedai Emas
Kedai emas biasanya mengenakan sedikit upah bagi sesiapa yang membeli emas di kedai mereka. Ini penting untuk dipahami kerana ia boleh mempengaruhi jumlah sebenar yang anda perlu bayar. Cara kira upah adalah seperti berikut:
Formula Kira Upah = Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh pengiraan:
- Berat emas: 10 gram
- Harga emas kedai: RM260
- Jumlah perlu dibayar = RM3200
Formula Kira Upah = RM3200 – (10 x RM260) = RM3200 – RM2600 = RM600 (kadar upah yang diambil)
Formula ini sangat penting jika anda membeli emas di kedai yang tidak bertanggungjawab menyembunyikan jumlah upah yang diambil.
2. Cara Kira Harga Emas Sebenar (Termasuk Upah)
Seringkali, harga emas yang kita beli sudah termasuk upah tertentu. Untuk memahami harga sebenar, gunakan formula berikut:
Formula Kira Harga Emas Sebenar = (berat emas x harga emas kedai + upah) / berat emas
Contoh pengiraan:
- Berat emas: 10 gram
- Harga kedai: RM260/g
- Jumlah upah: RM280
Formula Kira Harga Emas Sebenar = (10 x RM260 + RM280) / 10 = (RM2600 + RM280) / 10 = RM360 (kadar harga emas sebenar)
Pastikan anda faham cara pengiraan ini dan elak dari membeli emas dari kedai yang tidak mengguna cara pengiraan yang jelas.
3. Cara Kira Upah Setiap Gram yang Dikenakan oleh Kedai
Setiap gram emas, kedai akan mengenakan upah tertentu. Untuk mengira upah ini, gunakan formula berikut:
Kadar Upah Bagi Setiap Gram = Jumlah Upah / Berat Emas
Contoh pengiraan:
- Berat emas: 10 gram
- Jumlah upah: RM280
Kadar Upah Bagi Setiap Gram = RM280 / 10 = RM28 (upah kedai kenakan bagi setiap gram)
Setiap kedai mungkin mengenakan kadar upah yang berbeza, jadi pastikan anda faham cara pengiraan yang digunakan oleh kedai tersebut.
4. Cara Kira Beli Emas Baru dengan Trade-in Emas Lama
Bagi mereka yang mempunyai emas lama tetapi ingin membeli emas baru, anda boleh berdagang dengan menggunakan kedua-dua emas tersebut. Cara kira harga emas dalam situasi ini adalah seperti berikut:
Formula Kira Harga Emas Selepas Trade-in = (Berat emas baru x Harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade-in kedai)
Contoh pengiraan:
- Berat emas baru: 10 gram
- Berat emas lama: 8 gram
- Harga emas kedai: RM260/g
- Harga trade-in kedai: RM235/g
- Jumlah upah: RM280
Formula Kira Harga Emas Selepas Trade-in = (10 x RM260 + RM280) – (8 x RM235) = (RM2600 + RM280) – (RM1880) = RM1000 (jumlah tambahan selepas trade-in emas)
Pastikan anda memahami harga perdagangan emas untuk kedai sebelum membuat keputusan.
5. Beza Pengiraan Antara Kedai yang Memiliki Upah dan Kedai yang Tidak
Bagi menentukan sama ada kedai yang mempunyai upah atau kedai yang tidak adalah lebih menguntungkan, gunakan formula berikut:
Kira Harga Emas Sebenar = (Berat emas x harga emas kedai + upah ) / berat emas
Contoh pengiraan:
- Kedai A: ada upah
- Kedai B: tiada upah
- Berat emas: 8 gram
- Harga emas kedai A: RM260/g
- Harga emas kedai B: RM270/g
- Jumlah upah kedai A: RM240
- Jumlah upah kedai B: Tiada upah
Kira Harga Emas Sebenar Kedai A = (8 x RM260 + RM240) / 8 = (RM2080 + RM240) / 8 = RM290 (harga emas sebenar kedai A)
**Kira Harga Emas Sebenar Kedai B = (8
x RM260) / 8 = RM260 (harga emas sebenar kedai B)**
Contohnya menunjukkan, kedai B mempunyai harga yang lebih murah sebanyak RM30 berbanding kedai A. Oleh itu, pastikan anda selalu memeriksa kadar upah yang diselitkan dalam jumlah harga perlu dibayar.
6. Trade-in di Kedai atau Simpan di Ar-Rahnu, Yang Mana Lebih Baik?
Bagi mereka yang mempunyai emas lama tetapi ingin memiliki emas baru, pertimbangkan sama ada emas lama lebih baik didagangkan di kedai atau disimpan di Ar-Rahnu. Cara kira harga emas dalam situasi ini adalah seperti berikut:
Formula Kira Harga Emas Selepas Trade-in = (Berat emas x harga trade-in kedai) – (Berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Contoh pengiraan:
- Berat emas: 10 gram
- Harga trade-in kedai emas: RM240/g
- Harga emas Ar-Rahnu: RM275/g
- Kadar paratus pinjaman: 70%
Formula Kira Harga Emas Selepas Trade-in = (10 x RM240) – (10 x RM275 x 70%) = (RM2400) – (RM1925) = RM475
Pastikan anda memeriksa harga emas Ar-Rahnu dan harga trade-in di kedai yang terkini sebelum membuat keputusan.
7. Cara Kira Harga Emas 916
Bagi mereka yang ingin membeli emas 916, gunakan formula berikut untuk mendapatkan pembelian dengan harga yang lebih murah:
Formula Kira Harga Emas 916 = (berat barang) x (harga emas) + (upah)
Contoh pengiraan:
- Berat emas: 8 gram
- Harga emas: RM260/g
- Upah: RM230
Formula Kira Harga Emas 916 = (8 x RM260) + RM230 = RM2080 + RM230 = RM2310
Jangan takut untuk berunding dengan kedai emas dan tawar-menawar kadar upah yang ditetapkan oleh kedai emas. Dengan pengetahuan ini, anda akan dapat membuat pembelian emas yang bijak dan berbaloi. Ingatlah, pembelian emas adalah pelaburan, jadi pastikan anda membuat keputusan yang tepat.
No Comment! Be the first one.