Contoh resume untuk fresh graduate | Di pasaran pekerjaan yang kompetitif pada hari ini, sebuah resume yang tersusun dengan baik boleh menjadi kunci untuk membuka pelbagai peluang kerjaya. Resume anda berfungsi sebagai representasi kemahiran, pengalaman, dan kelayakan anda, dan yang paling penting sila highligtkan soft skill anda yang pastinya membuatkan majikan memilih anda .
Table Of Content
- Contoh Resume: Cara membuat resume yang asas
- Kenyataan peribadi
- Maklumat peribadi
- Anugerah dan pencapaian
- Skill
- Bahasa
- Pendidikan
- Penglibatan aktiviti
- Rujukan
- Resume percuma untuk download fomart Word
- Kesalahan yang perlu dielakkan ketika membuat resume
- Tips Contoh Resume terbaik!
- Rajin-Rajin Refer Tips di Linkedn
- Tips dari CEO Turkish Aerospace Malaysia ( Tusas Malaysia Sdn Bhd)
- Contoh Resume untuk Jawatan Embedded Systems Engineer
- Senaraikan projek semasa program ijazah
- SoftSkill Penting Untuk Ditonjolkan
- Resume fresh Grad VS Sudah bekerja
Semua orang kemungkinan mempunyai keputusan yang hampir sama, tetapi majikan cendurung melihat personaliti dan soft skill yang akan korang tonjolkan kelak.
Sebelum memohon pekerjaan, rata-rata calon akan mencuba sehabis baik untuk mencari template atau pun tips-tips yang akan menambat hati majikan untuk membaca resume kita. Kebiasaanya pelajar- pelajar lepasan universiti atau fresh graduate yang tidak punya pendedahan agak keliru bagaimanakah untuk membuat resume yang mampu menarik minat majikan
Yang pasti resume untuk fresh graduate sangat berbeza dengan resume untuk orang lama bekerja.
Contoh resume ini adalah contoh resume dalam Bahasa Melayu. Segala info yang dikongsikan dibawah ini juga boleh menjadi contoh resume lepasan SPM. Cuma boleh diubah mengikut kesesian. DIbawah ini disediakan download contoh resume format microsoft word ataupun resume template untuk memudahkan korang semua .
Contoh Resume: Cara membuat resume yang asas
Kenyataan peribadi
- Menyatakan jawatan yang ingin dipohon. Contohnya seperti manager, tenaga pengajar dan sebagainya.
- Menjelaskan tentang keperibadian diri atau harapan calom ketika temuduga.
Contohnya: “Saya merupakan individu yang komited dengan kerja, menepati masa dan berfikiran positif. Saya juga mampu untuk bekerja dalam pasukan dan sedia untuk mempelajari perkara baru yang dapat meningkatkan kemahiran dan prestasi peribadi.“
Maklumat peribadi
- Meletakkan data peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi oleh majikan
Anugerah dan pencapaian
- Menjelaskan anugerah dan pencapaian yang pernah diterima oleh calon. Contohnya menerima anugerah dekan bagi semester 5 sesi mac 2020 dengan cpa 3.85
Skill
- Menjelaskan skill yang ada pada diri yang mampu untuk membantu calon dipilih. Contohnya: mahir menggunakan software adobe dan juga Python
Bahasa
- Calon perlu menyatakan kefahaman dan kefasihan dalam Bahasa utama. Terdapat beberapa syarikat telah menetapkan syarat untuk mahir Bahasa utama
- Contohnya Bahasa melayu (menulis: 7/10 bercakap 9/10)
Pendidikan
- Calon perlu meletakkan maklumat tentang latar belakang Pendidikan calon berserta tahun dan institusi Pendidikan
- Calon perlu susun maklumat Pendidikan terkini dahulu
Penglibatan aktiviti
- Calon perlu menjelaskan rekod penglibatan calon. Contohnya menyertai pertandingan
Rujukan
- Calon perlu meletakkan keterangan tentang individu professional yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk pihak majikan hubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan maklumat calon.
- Contohnya untuk fresh graduate, mereka boleh meletakkan tenaga pengajar mereka sebagai rujukan atau supervisor dari tempat intern mereka
Resume percuma untuk download fomart Word
Untuk memudahkan korang nah ada template dalam microsoft word. Cuma tukar dan personalised untuk bidang korang.
Kesalahan yang perlu dielakkan ketika membuat resume
- Tidak senaraikan skill yang anda ada untuk ditawarkan di tempat kerja baru
- Resume melebihi 3 muka surat dan lebih. Selalunya kalau resume lebih 3 muka surat pasti resume tidak akan dilayan
- Menggunakan nama samaran
- Kesilapan ejaan dan tatabahasa
- Menggunakan font yang susah untuk dibaca
- Menulis perkara yang tidak berkaitan dengan kerja yang dimohon
- Menggunakan ruang yang ada untuk hiasan yang terlalu banyak sedangkan ruang tersebut boleh digantikan dengan info-info yang penting untuk majikan tahu
- Menggunakan template resume sehingga lupa untuk memadam sebahagian dari isi asal template resume tersebut
- Menggunakan resume yang lama dan tidak dikemaskinikan untuk permohonan kerja baharu
Tips Contoh Resume terbaik!
- Resume perlu gunakan font yang professional seperti Arial, Times New roman, Helvetica ataupun Tahoma
- Menggunakan saiz font antara 10 sehingga 12 sahaja
- Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat
- 1 hingga 2 mukasurat
- Tambah elemen yang menarik di dalam resume seperti senarai pengalaman, kemahiran yang dimiliki dan pencapaian yang tertinggi setakat ini. Elemen seperti ini dapat menarik minat majikan untuk membaca resume anda
- Senaraikan tahap Pendidikan dari SPM hingga pencapaian yang tertinggi dan mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini
- Resume perlu ringkas dan padat.
- First impression untuk resume sangat penting untuk menarik hati majikan untuk membaca dengan lebih detail
Rajin-Rajin Refer Tips di Linkedn
Platform Linkedn lebih profesional untuk sebarang berkaitan maklumat pekerjaan. Malah jika bernasib baik korang mungkin boleh mendapat peluang pekerjaan disitu.
Jangan lupa untuk follow beberapa figura yang terkenal mengikut bidang anda.
Tips dari CEO Turkish Aerospace Malaysia ( Tusas Malaysia Sdn Bhd)
- Tips menarik khas untuk lepasan ijazah di kongsikan oleh En. Mohd Shahiman Sulaiman, CEO Turkish Aerospace Malaysia
Sedikit perkongsian buat para lepasan universiti yang sedang mencari pekerjaan utk meningkatkan lagi peluang anda utk dipanggil ke sesi temuduga, langkah pertama ke arah mendapat tawaran pekerjaan, insha Allah.
Maklumat penting yg harus ada dalam CV/resume anda:
- Nyatakan kelayakan anda
- Nyatakan CGPA anda
- Senaraikan semua mata pelajaran yg diambil yg berkaitan dgn pekerjaan yang dipohon.
Contoh Resume untuk Jawatan Embedded Systems Engineer
Pastikan info-info yang berkaitan seperti dibawah, wajib! ada
- C, C++, Assembly Language, Microprocessor, Systems Design, Computer Interface Design, etc yg telah diambil.
- Kepilkan transkrip atau nyatakan gred yg diperolehi.
Senaraikan projek semasa program ijazah
Terutama yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon (FYP, Capstone, IDP, Grand Challenge, Competition) beserta dgn sedikit penerangan tentang skop tugasan anda, skil teknikal yg digunakan.
- Contoh Projek : Design of robotics arm
- (a) Penerangan projek.
- (b) Skop tanggungjawab anda: e.g. saya bertanggungjawab dalam ‘digital circuit design of the controller’ menggunakan Altium, fabricate PCB / gunakan design kit yg dibeli, dan juga menggunakan C/C++ to program on the ABC microprocessor, yang bertanggungjawab utk mengawal robotic arm tersebut.
Maklumat-maklumat di atas adalah “pengalaman” kerja anda sebelum graduate yang memberikan gambaran kepada syarikat tentang keupayaan anda terutamanya kebolehan menggunakan ilmu yg dipelajari ke alam pekerjaan nanti, untuk menyumbang ke arah keperluan dan pembangunan syarikat.
Untuk yang masih belajar, work backwards. Apa cita2 anda.
Kenalpasti apa yg diperlukan utk bekerja dalam bidang tersebut, ambil mata pelajaran yg berkaitan dan buat projek2 yg berkaitan. Semuanya dengan secemerlang mungkin.
SoftSkill Penting Untuk Ditonjolkan
Selain hard skills, kebanyakkan company memang akan cari pekerja yang ada banyak soft skills. Tapi sayangnya, ramai job seekers especially fresh graduates tidak include soft skills dalam resume.
RUGI!
Fara Nadira, dari Talent Acquisiton Specialist di Epicareer
Sebab soft skills pun sama je penting macam hard skills.
Amaran, Jangan hanya google soft skills and main letak je dalam resume tu tau. Nanti stuck pulak bila HR tiba tiba suruh explain pasal soft skills tersebut.
Okay ini tips dari Fara Nadira, dari Talent Acquisiton Specialist di Epicareer kongsikan cara nak describe soft sills yang korang letak dalam resume tu.
Guna ni time interview tau! ini antara contoh ayat skill dalam resume
- 𝗢𝗿𝗴𝗮𝗻𝗶𝘇𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻
“I make sure that my team members and I know established project deadlines, and then I set benchmarks so that we can track our progress. For most projects, I also set “early deadlines” a day or two ahead of the “final deadline” and do my best to meet that target so that the project is completed ahead of time..” - 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗣𝗹𝗮𝘆𝗲𝗿
“I enjoy working in a team environment, and I get along well with people. In my past work experience, I implemented a system to help organize communication between my coworkers to enhance our productivity as a team.” - 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝘁𝗮𝘀𝗸𝗶𝗻𝗴
“I prefer to handle one project at a time. It allows me to focus on the task at hand. However, in business, while that would be ideal, the reality is that I need to be able to adjust to outside forces. When a lot of things come at me at once, I create a checklist, which helps me to prioritize and guides me to work on the most pressing needs first.”
Lepas tengok contoh ni, korang tengok balik resume and fikir apa soft skills yang sesuai dengan korang and letak lah dalam resume. Lepastu bolehlah prepare ni sebagai jawapan korang sewaktu interview nanti.
Resume fresh Grad VS Sudah bekerja
Sama tetapi tidak serupa. Memang berbeza untuk kedua kategori ini. Antara 2 point penting yang perlu korang kena paham
- Untuk orang yang bekerja pencapaian Akademik bukan lagi menjadi priotriti.
- Untuk orang yang bekerja, pengalaman projek yang dibawah pengawasan individu akan menjadi kayu pengukur untuk melayakkan seseorang itu dipilih.
- Selain dari itu Majikan juga berminat untuk melihat certification tambahan seperti PMP dan lain-lain
Maybe next time aku akan share pula dari skop orang yang bekerjaya. Sengaja aku tinggalkan begini untuk korang fikirkan dan evaluate Resume korang dengan contoh resume yang aku kongsikan ini.
Good Luck !
No Comment! Be the first one.