Sinopsis Rindu Kasih | Drama Rindu Kasih menerusi Slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh pelakon popular yang pernah viral dalam drama Risik Pada Hati iaitu Ummi Nazeera. Gabungan Izue islam dan Umi nazeera seperti dalam Drama Patahnya sayap sebelum ini. Sama-sama mantap dan hebat. Lakonan yang tidak pernah mengecewakan.
Table Of Content
Drama ini walaupun disulam dengan perasaan cinta di antara 2 watak utama namun sinopsis Rindu kasih ini sebenarnya betapa Salina merindui sosok seorang ibu dalam kamus hatinya.
Salina dibesarkan seorang diri oleh bapanya, Khalid (Arash Mohd). Rahsia ini pada mulanya disimpan rapi oleh Khalid tentang kisah sebenar ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.
Hakikat yang perit untuk ditelan, Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah. Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan pada masa itu.
Khalid membesarkan Salina seorang diri namun bila salina semakin dewasa. Salina begitu berazam untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, malah dia sanggup melakukan jenayah hanya untuk menemani ibunya di penjara. Sesuatu yang tidak disangka, satu tindakan yang drastik betapa dia rindu dan seperti ingin membuktikan sesuatu.
Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Selain itu salina juga bersahabat dengan 2 kawan rapat yang lain Murni dan Hisham. Keakraban mereka 4 sekawan memang dikenali di kampung. hisham dalam diam jatuh hati pada salina sendiri. Murni pula lebih meminati Amir.
Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.
Sedar dari pengsan, Zamani, ayah Amir membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina.
Demi amanah bapanya, Amir menikahi Salina. Meskipun tiada restu si ibunya sendiri.
Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Walaupun itu salina bayangkan, ingin menumpag kasih seorang ibu, Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Malah halijah sering mengadakan beberapa helah untuk memutuskan ikatan mereka
Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan.
Apakah suratan tertulis untuk Salina dan Amir akhirnya. Apakah salina akan mendapat kasih sayang yang diidamkan dari ibunya sendiri. Banyak persoalan yang akan timbul sewaktu menonton drama rindu kasih ni. Yang pastinya ianya sangat meruntun hati dan perasaan, kasih seorang ayah, kasih ibu, kasih anak dan juga kasih seorang suami kepada isterinya sendiri.
Boleh jadi emo kalau tengok drama sebegini.
Sinopsis Rindu Kasih
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: 16 November 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
- Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
- Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
- Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Lagu Tema (OST) Rindu Kasih
- Seandainya – Ariff Bahran
- Retak – Aqeesh Aleeya
Watak Pelakon Sinopsis Rindu Kasih
- Izzue Islam sebagai Amir
- Ummi Nazeera sebagai Salina
- Nafiz Muaz sebagai Hisham
- Amyza Aznan sebagai Shida
- Arash Mohd sebagai Khalid
- Shazia Rozaini sebagai Huda
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
- Ezzaty Abdullah sebagai Murni
- Meor Mohd sebagai Iqbal
- Ayu Azlina sebagai Siti
- Nik Ramly sebagai Zamani
- Ikhwan Khairudin sebagai Khalid Muda
- Fariza Shafinaz sebagai Halijah Mudah
- Iskandar Shah sebagai Amin
- Yamin Abu Bakar sebagai Supri
- Siti Rohani Dollah sebagai Tini
- Elly Suhaili sebagai Sofia
- Hairi Ab Ghani sebagai Kamil
Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Drama Rindu Kasih menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my
mesti best citer ni kak.. tengok pelakon pun power power.
Macam best jer drama ni. Nak follow lah jugak.