Kesan ekonomi mengikut kumpulan | Siapa yang paling terkesan sekiranya ekonomi gawat lagi. ? Kita telah lihat kesan pandemik 2020-2021 ramai yang terkesan, ada yang hilang pekerjaan seperti suami aku sendiri, ada yang bangkrap dan ada kawan aku terpaksa gulung tikar.
Table Of Content
Ada yang kata paling terkesan sebenarnya T20 disebabkan komitmen yang sangat tinggi vs golongan B40 yang mempunya hidup yang lebih simple.
Jadi bayangkan Tsunami ekonomi 2023 nanti.
Sejarah Gawat tahun 1998
Aku masih ingat Ekonomi gawat pada Tahun 1997-1998. Aku sendiri menyaksikan perubahan drastik di Malaysia. Bermaca spekulisi , ada yang mengatakan terdapat jualan pendek spekulatif mata wang Malaysia, ringgit.
Pada masa itu belum ada klasifikasi mengikut group jadi susah untuk buat perbandingan Kesan ekonomi mengikut kumpulan
Yang aku tahu ramai yang bunuh diri bila pasaran saham jatuh merudum
Pelaburan langsung asing jatuh pada kadar yang membimbangkan dan, apabila modal mengalir keluar dari negara, nilai ringgit turun dari MYR 2.50 setiap USD kepada, pada satu ketika, MYR 4.80 setiap USD. Boleh rujuk Bank Negara Malaysia untuk perubahan tukaran wang
Erk! sekarang July 2022 pun dah RM4.20 kan?
Aku sendiri graduan yang menamatkan pelajaran pada tahun 1998, hampir separuh bidang bidang boradcasting dan advertising terpaksa tutup syarikat masing-masing. Dan ramai yang menganggur, dan aku sendiri memulakan perkerjaan sebagai kerani di salah sebuah syarikat Pembinaan.
Suami aku sendiri terlibat 2 kali retrenchment dengan production house pada tahun 1998 dan juga anak syarikat puncak niaga pada tahun 2000. Tapi sebenarnya dah hatrik ! 3 kali gais husband aku kena, terkini pada tahun 2020 sewaktu pandemik dengan SIME Darby property, kena MSS pulak. Nasib baik dapat pampasan dan Insurans dari perkeso.
Jadi tidak hairanlah orang tengok aku agak fobia dengan pusingan ekonomi ini. Cuma inilah pengajaran yang paling penting dalam hidup kami supaya lebih beringat, kawal kewangan, lunaskan hutang yang tertunggunggak.
Aku sendiri menyaksikan betapa strugglenya kakak aku sendiri terpaksa bayar hutang rumah dari RM600 kepada RM1000 ditambah dengan abang ipar aku sendiri telah dipotong 50% gaji. 6 tahun gais untuk dia bangun semula
Ubah sekarang !
Lately ini banyak kita baca betapa kita telah diingatkan membuang gaya hidup dengan meningkatkan simpanan mulai sekarang sebagai persediaan berdepan dengan kemungkinan situasi ekonomi menjunam teruk tahun hadapan.
Jangan malu untuk kurangkan beban hidup ini.
Buang gaya hidup, bersedia ekonomi menjunam teruk,
Bank Negara Malaysia (BNM) umum kadar dasar pada May (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus. Terkini pada July OPR juga dinaikkan lagi
Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, perkara itu sudah dijangka bagi mengawal inflasi termasuk trend negara maju yang agresif mengetatkan dasar monetari.
Tiada siapa akan tolong kita percayalah! Kesan ekonomi mengikut kumpulan hanya diri sendiri yang akan tahu
Jika tak mampu lagi pakai kereta BMW itu, jual sahaja. Tak payah acah acah cakap faedah bank mahal, selenggara tinggi . Selagi kita tak mengaku kita silap. Kita tak akan keluar dari kemelut ekonomi ini.
Kita sedang tanggung bahananya!
Siapa paling terkesan ? Kesan ekonomi mengikut kumpulan
Memandangkan kita mengkalisifakasikan skala pendapatan penduduk malaysia dengan 3 golongan utama ini, mari kita study siapa yang terkesan Kesan ekonomi mengikut kumpulan
1. Bagi Golongan B40
Mereka tak peduli sangat bab graf ini semua, sebab mereka bukan majikan, yang penting tiap bulan ada gaji . Simpanan tak ada pun tak apa janji masih kekal ada kerja nak makan.
Keutamaan mereka adalah harga barang yang makin mengila harganya. Makin mahal makin kecil duit mereka. Jangan sembang buat kerja tambahan, semua kerja mereka dah buat. Pada mereka sehari ada 32 jam seminggu ada 8 hari golongan ini.
Bagi yang malas, akan kekal bermalas dalam golongan ini.
2. Bagi Golongan M40.
Golongan ini kesannya juga besar, sebab mereka paling besar dan banyak hutang. Bank suka beri mereka hutang sebab gaji ‘sedang sedang’ dan ‘sedap buat hutang’.
Bila majikan potong gaji, golongan ini paling terkesan.
Bila ekonomi perlahan, mereka sukar dapat kembali gaji lama yang dah kena potong. Mereka ini juga dah ramai terlibat dengan kerja tambahan, jangan terkejut abang rider itu Arkitek dan enginer yang kita jumpa dalam mensyuarat pengurusan.
3. Bagi Golongan T20
Golongan ini juga mula terkesan, dulu mereka masih boleh bertahan. Tapi mereka tidak bergantung pada satu sumber pendapatan. Tutup satu ‘telaga pendapatan’ ada 12 telaga lagi yang masih menanti. Tapi jika mereka terlibat langsung, sumber pendapatan mereka inilah yang paling banyak hilang.
Mereka kreatif dan sentiasa ada sumber pendapatan baru dicipta waktu ekonomi begini.
Ini lebih kurang rumusan kesan ekonomi gawat mengikut kumpulan. Korang group mana ? heheh sendiri sahaja yang tahu kan
Golongan perasan acah T20
Bagi yang masih acah acah hidup gaya T20, perlahankan dan berhentilah. Suasana ekonomi tidak semeriah dulu lagi. Tiada siapa yang pedulu kalau pakai kasut coach atau gucci. Semua akan fikirkan periuk nasi yang perlu di isi.
Cuba formula ini, jika kita T20 cuba gaya hidup M40, Jika kita M40 cuba gaya hidup B40. Bagi B40 kekallah berjuang agar menteri kekal hantar bantuan.
Benarkah Tsunami Ekonomi akan berlaku ?
- Semua orang sedang meramal, ramai jangkakan ekonomi tahun depan akan lebih parah lagi.
- Dua tahun lepas dr. azizul pernah tulis Wabak Penyakit atau Wabak Ekonomi .
- Elon Musk sendiri meluahkan kebimbangannya ‘rasa tak sedap hati’ dengan melakukan beberapa struktur semula dan kehilangan kekayaan bernilai RM847.41 billion berbanding tahun lalu.
- Menurut China Global Television Network (CGTN) 60% CEO dunia meramalkan kemerosatan ekonomi dunia ini.
- IMF juga tidak menolak ramalan bahawa ekonomi global akan lebih , ‘Lebih gelap dan ketara’ tahun depan. Berkurangan dari 6.1% kepada 3.6% sahaja!
- Ketua operasi Citigroup, Nathan Sheets meramalkan 18 bulan kedepan dunia akan mengalami recession sehingga 50%.
- Sekuriti makanan kita juga masih banyak bergantung dari luar. 30% beras kita import dari luar. Moga Kedah berjaya tanah beras 5 kali untuk 2 tahun nanti.
- Golongan B40 tidak pedulikan sangat gelombang ini, kerana selama ini hidup mereka memang sedang dihimpit.
- Golongan M40 ramai yang terbeban dengan hutang besar, kemampuan hutang menjadikan mereka kesayangan bank.
- T20 akan terkesan kali ini, jika selama ini mereka aman dan selamat. Gelombang kali ini ada kesan buat mereka.
Habis Nak Buat Apa?
Aku memang hairan kalau semua ambil endah tak endah, korang kena tahu eKesan ekonomi mengikut kumpulan dan ambik langkah berjaga-jaga
- Bersedia.
- Tingkatkan nilai simpanan yang kita mampu ada.
- Pastikan ada aset yang mudah kita cairkan bila diperlukan.
- Kurangkan makan diluar, apatah lagi guna khidmat penghantaran. Ia mahal 30% dari biasa.
- Makanan bukan lagi ‘hiburan’. Berhenti bazir makanan dan meraikan sesuatu dengan acara makan makan hingga berlebihan.
- Jangan berhutang untuk sesuatu yang susut nilai.
- Penuhkan kembali Dana Kecemasan yang dah susut waktu pandemik lepas.
- Kata kuncinya, bersedia gais!
Nukilan asal dari Dr. Azizul Ali yang banyak berkongsi tentang ekonomi negara
Seram baca.. tapi itulah realitinya sekarang kak. Memang boleh sesak nafas kalau dok kenang-kenangkan.. kalaulah dapat kurangkan hutang tu. Bersyukur sangat-sangat dah.
Ambil tahu, takut. Tapi kalau tak ambil tahu tak boleh juga. Dah lama amalkan masak dan makan di rumah. Menu simple tapi yang penting pikat hati suami dan anak-anak.
Memang seram tengok keadaan ekonomi sekarang. Nak tak nak kena terima dan tukar mode cari solusi berbanding banyak baca keadaan sahaja. Masa macam ni lah kemahiran jadi penting. Persiapkan diri dengan kemahiran satu usaha juga.
Thanks so much for this informative post, learnt so much more reality here. Absolutely not easy for our living costing when the economy not stable good. Let’s us all always ensure savings & try to explore more earning or investment opportunities. Cheers Siennylovesdrawing
Semua orang terkesan. Nak tak nak kita kena hadapi semua ni kan? Moga dipermudajkan semua urusan kita
Sekarang memang rasa terlebih kesannya. Tak boleh harap gaji semata. Kena cari side imcome dan lebih berjimat
Teruskan usaha dalam mencari rezeki…
Dalam masa yang sama… Jangan pernah putus asa dan berdoa kepada Yang Maha Memberi Rezeki…
Dan seterusnya tawakallah … Kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap…
Semua orang akan dan telah melaluinya.. Sape kita nak menolak yang mampu hanya bersiap sedia. Tq kongsi peringatan
Dah komen rupanya.. komen lagi sebab situasi ni memang menyeramkan. Setuju bab gandakan simpanan itu. Selebihnya kita bertawakal.
Tahun 1998 tu, masa tu…Memang rasa sangat terkesan, tak sangka tahun 2022 ni menghadapi benda yang sama..kena jimat dan pandai bajet perbelanjaan sendiri dan family
hanya orang yang umur baya kita sahaja yang paham melaluinya .. dak-dak muda tak rasa .. payah giler nak cari kerja
Rasa biasa sahaja.Gaji kecil atau gaji besar bukan masalahnya.Bahagia paling utama.