Sinopsis 7 Minggu Sebelum Kahwin | Nantikan filem romantik komedi lakonan Nora Danish dan MK K-Clique akan ditayangkan di Astro First saluran 480. Hurmm terus terbayang watak Nora Danish dalam citer puteri dulu yang comel dah cute sahaja. MK-Klique ni jarang jarang pulak tengok penampilan dia.
Table Of Content
Tak sabar pula nak tengok MK beraksi sebagai pelakon.
Filem romantik ini merupakan terbitan syarikat produksi KRU Studios bersama Bloombordia Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah wanita, Eyra Rahman dengan nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar. Kalau ikutkan terbitan KRU memang selalunya tidak mengeciwakan.
Menampilkan barisan para pelakon popular seperti Nora Danish (Syifa), MK K-Clique (Amar), Alya Iman (Natasha), Vanessa Reynauld (Ana), Ropie (Rafi), Yassin (Kyle), Sham Visa (Anuar Riza) dan Azizah Mahzan (Nenek).
BACA : Sinopsis Risik Pada Hati
Sinopsis 7 Minggu Sebelum Kahwin
Semua wanita impikan perkahwinan yang gilang gemilang dan sempurna umpama cerita princess dalam drama khayalan. Jaranglah kita nak jumpa yang mahukan simple simple sahaja. ( heheh betul tak? kalau ada pun mesti spesis yang rare)
Drama ini mengisahkan tentang kisah Syifa mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil. Saat dia bertemu dengan kekasihnya, Amar di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.
Seperti yang syifa bayangkan dari zaman kecil hinggalah besar. Gilang Gemilang dan penuh dengan bunga-bunga harum mewangi.
Namun Hanya tinggal 7 minggu saja lagi, tetapi pelbagai masalah menimpa Amar dan Syifa yang mengganggu dan menduga cinta mereka.
Pelbagai masalah timbul daripada masalah kecil hingga besar. Yang tak terfikir
Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna tidak kira daripada bentuk cincin idaman, pastikan ukuran saiz pinggang Amar tepat sehinggalah tinggi pengapit Amar pun kena seiring dan presentable pada hari perkahwinan tersebut. Jangan sesekali selekeh!
BUkan sekadar itu !
Keadaan jadi lagi kecoh bila kad jemputan perkahwinan dicetak salah oleh Rafi, aduh pulak tu ianya dari kawan baik Amar sendiri. Paling syifa mengamuk bila atas kad tersebut nama Ammar dengan nama perempuan lain.
Pelamin pulak umpapama singgahsana sang puteri, namum pelamin yang diidamkan Syifa bersama ‘wedding planner’ Kyle telah diubah oleh nenek Amar.
Aduh!
Nenek amar pun masuk campur dalam pemilhan tema. Mestilah berlainan konsep yang syifa idamkan. Syifa hampir meletup! Ianya sesuatu yang unaccaptable untuk dia. Benda yang dia idamkan dari dulu digangu gugat oleh orang lain.
Setiap masalah yang muncul telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur. Kemunculan Natasha, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.
Namun adakah mereka berpisah atau tetap meneruskan perkahwinan?
Lagu tema 7 Minggu Sebelum Perkahwinan
“7 Minggu Sebelum Kahwin” turut menampilkan lagu tema berjudul “Petanda” nyanyian Dian Hashim, artis naungan KRU Music.
Lagu tema ini kini boleh distrim di kesemua platform digital sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube.
Info drama
- Tarikh Tayangan: Julai 2022
- Rangkaian: Astro First 480
- Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
- Pengarah: Eyra Rahman
- Produksi: KRU Studios & Bloombordia Sdn Bhd
Watak Pelakon
- Nora Danish sebagai Syifa Hana
- MK K-Clique sebagai Amar Baharom
- Ropie sebagai Rafi
- Yassin sebagai Kyle
- Vaneesa Reynauld sebagai Ana
- Azizah Mahzan sebagai Nenek
- Sham Visa sebagai Anuar Riza
- Alya Iman sebagai Natasya
Selepas melalui tempoh pandemik, KRU Studios kini sedang didalam proses memulakan semula aktiviti penerbitan filem dengan mengeluarkan 4 filem terbitan bersama (termasuk “7 Minggu Sebelum Kahwin”) dengan beberapa penerbit pada tahun ini.
Berdasarkan kajian kami khususnya bagi pengedaran filem secara ‘Transactional Video On Demand’ atau ‘Pay Per View’ melalui platform digital di Amerika Syarikat, trend langganan di Astro First sebenarnya adalah mengikut aliran semasa dipersada antarabangsa.
Namun, KRU Studios akan tetap mengeluarkan filem di pawagam mulai 2023 bagi genre-genre filem animasi dan aksi.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.
No Comment! Be the first one.