Resepi Siakap Kengsom | Aku ni nama sahaja duduk disebalah negeri thailand eh aku asal di Grik Perak, tapi haram aku tak pernah tau pasal resepi ini sehinggalah dah tua umur 30an baru tahu.
Table Of Content
Dari dahulu aku hanya tahu tomyam. tomyam, tomyam , lepas tu advance sikit siakap 3 rasa, daging masak merah. Dok lah ulang ulang yang itu kalau setiap kali pergi ke restoran siam. Eh lepas tu wajib ada telur dadar dan sambal belacan.
Korang pun sama dengan aku kan. hheheh
Aku teringat pertama kali aku makan di restoran Alissara yang terkenal dengan menu authentic siam, fuh! berpeluh peluh tau kalau makan. Masa ni aku ingat lagi aku makan bersama bff dan juga bussiness partner aku.
Dia pulak memang jenis makan yang pedas-pedas sahaja memang berpeluh menitik menitik . hahah puas katanya. Jadi korang boleh bayangkan tahap kepedasan masakan ini jadi pandai pandailah korang adjust yer. Menjerit pulak anak korang makan nanti.
Resepi ni aku tengok dekat FB Kamarul Ariffin Nor Sadan memang hebat tuan doktor ni, pandai menulis pandai masak. Terhibur sahaja kalau follow FB dia. Sejenis orang yang gigih yer. Aku sendiri pun jarang masak dan ambik gambar
Rasa macam mana Resepi Siakap Kengsom Ni?
Hurm aku nak sangat korang try jugak rasa, sebab makan tomyam tu dah cliche sangat kan. Yang in macam rasa asam rebus tapi dia macam tomyam tapi menyengatttttt…..
Kelebihan Kengsom ni sebab dia lauk yang pakej lengkap dengan sayur sekali! Senang, sekali jalan. Apa kata hari ni kita hadam cara masak kengsom pulak hehehe
Resepi Siakap Kengsom
Bahan-bahan:
- 1 ekor siakap
- ½ biji nanas
- 6 biji bawang merah ros
- 3 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili merah
- 2 inci kunyit
- 1 inci belacan
- 2 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 3 tangkai cili api/padi
- 1 biji limau nipis.
- ½ cekak kangkung
- 3 sudu sos ikan
Cara masakan
- Sediakan bahan-bahan dulu. Cili boleh tambah ikut citarasa masing-masing. Tadi jenuh kupas dan potong nanas. Sampai kecut-kecut jari. Hampir nak tersuap dalam mulut.
- Biasa beli di pasar dah suruh siang siap-siap. Kelmarin, beli ikan di pasar raya secara online. Sampai-sampai ikan bersisik lagi. Jenuh juga tadi nak siang. Macam-macam dugaan berpuasa.
- Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
- Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Sambil reneh saya sediakan bahan lain.
- Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ni memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
- Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
- Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan. Kita buat dia!
- Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
- Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar(fresh). Siap!
- Eh lupa masukkan kangkung! Haha! Masukkan sekarang!
- Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Kengsom ni masakan Siam, tapi dia macam adik beradik jugalah dengan ikan masak asam atau masak singgang. Tak jauh beza, kan?
Jangan lupa cuba Resepi Siakap Kengsom ni
Tolonglah rasa dan buat oit, aku ni selalu order dikedai sahaja. Tapi malangya hanya aku seorang sahaja yang minat masakan sebegini, husband dan anak aku cakap terlalu pedas untuk dia orang. Issh mana boleh tahankan
Aku dapat resepi ni aku simpan dekat blog aku sebab lebih senang untuk aku cari dah cuba nanti. Kalau dekat facebook ni susah sikitlah nak mencari hahah. lost kadang tu.
Apa ni kak, dah buat orang terliur tapi takde pula gambar siap masak. Tak lulus lah macam ni.. tak pernah tengok lagi masakan ni.
tak pernah masak kengsom ni tapi x tahu pulak ada kangkung dlm kengsom ni .. mesti sedappp kan
Ya Allah syoknya.. saya dari minggu lepas dok teringin nak buat kengsom. Tak menjadi-jadi lagi plan tu. Takleh jadi ni.. kena juga masak kengsom raya-raya ni.. hahaha