Mata buta kerana diabetis | macam tak percayakan, tapi tolonglah percaya ! Kalau ikut hukum lojik kita apalah kaitan kencing manis and mata . Normally yang paling obvious orang yang mengidap kencing manis kita akan lihat ada luka-luka yang lambat baik, ada yang telah potong kaki atau jari, kulit pun tidak berapa cantik.
Table Of Content
Betulkan?
Aku hanya tahu kesan secara lansung antara diebetis boleh membawa kekacauan pada saraf mata ini pada tahun 2007 rasanya, bila salah seorang ofismate aku menceritakan betapa dia hilang penghilatan secara tiba-tiba untuk seketika , katanya pada masa itu bacaan kencing manisnya tinggi.
Dia rasa macam ada ‘letupan’ urat saraf belakang mata dia, bila dia cakap letupan tu macam tak masuk akal, macam tak berapa tepat tapi mungkin cara penerangan nak menceritakan perasaan yang dialami tiba-tiba sahaja
Alhamdulillah bersifat sementara sahaja, selepas itu dia terus dapatkan cermin mata yang sesuai dengan power yang diperlukan
Mata buta kerana diabetis ?
Aku ada terbaca satu artikel dari HUKM , Dr. Mushawiahti Mustapha, Dr. Aida Zairani Mohd Zahidin ada menulis bahawa Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan seluruh struktur mata dan menyebabkan ulser mata (luka yang dijangkiti kuman sehingga menjadi ulser), katarak (kanta mata menjadi keruh sehingga pandangan menjadi kabur), glaukoma (tekanan tinggi di dalam bebola mata) dan retinopati (kerosakan pada urat mata atau retina).
kenapa diabetis boleh jadi buta ? Ini kerana Diabetes menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan. Kerosakan salur darah menyebabkan organ-organ penting di dalam badan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen.
Pada organ mata, kekurangan bekalan oksigen menyebabkan kerosakan pada retina yang dikenali sebagai retinopati, iaitu penyakit pada retina.
Cara untuk menjaga mata daripada kesan buruk diabetes?
Pesakit diabetes dinasihatkan supaya melakukan pemeriksaan saringan mata sebaik sahaja disahkan menghidap diabetes walaupun penglihatan masih baik. Jika mata masih dalam keadaan baik dan normal, saringan berkala harus dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Sebaliknya, jika keabnormalan awal dikesan lawatan berjumpa doktor mata perlu dilakukan dengan lebih kerap mengikut keadaan semasa pesakit agar doktor dapat bertindak awal untuk merawat sebarang komplikasi diabetes pada mata.
Perlukan Mesin yang canggih untuk diagnosed
Memandangkan ianya melibatkan saraf yang berada dalam mata memang susah untuk melihat kedudukan saraf tersebut melainkan menggunakan mesin khas yang terdapat di optomotetris yang tertentu.
Ianya bukan mesin biasa yang orang lihat berada dikedai cermin mata tapi hanya terdapat di tempat tertentu seperti hospital pakar mata dan juga kedai seperti Optom Eyecare Optometris Bangi
Masih aku ingat lagi, kunjungan aku sewaktu menukar cermin mata untuk hero kecik aku tu, aku lihat ada terdapat 4 jenis mesin atau alat yang akan membantu mengenalpasti sebenar-benarnya apakah masalah mata kita .
Memang agak terkejut melihat mesin yang banyak seperti di hospital pakar mata, harga spek berpatutan dengan servis yang dia orang berikan. KIranya dapat the right power untuk mata kita.
3 mesin utama di Optom
- Mesin Autorefcractor – menyaring power mata.
- Mesin Fundus – Mengesan abnormaliti bahagian belakang mata(fundus foto) & saraf
- Mesin Slit Lamp – Mengesan abnornamliti bahagian depan mata.
Perkongsian aku di FB membuatkan beberapa kenalan aku turut pergi ke OPTOM Eyecare Optometris ini untuk mendapatkan nasihat, alhamdulilah mereka sangat sangat puas hati sebab bukan 1 mesin untuk proses diagnosed tapi 3 mesin tau.
Kawan aku ni menetap di Saudi, jadi sepanjang percutian dia ke Malaysia tempohari, sempat dia buat eye check up di sini. hehehhe tak malu nak recommend
Pencegahan Mata buta kerana diabetis
Aku difahamkan, kehilangan penglihatan tidak dapat dipulihkan, jadi adalah penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan mata biasa yang termasuk pengukuran tekanan mata supaya diagnosis dapat dibuat pada tahap awal dan dirawat dengan sewajarnya.
Jika dah berusia lebih 40 tahun dan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi atau berisiko untuk berdepan penyakit mata yang lain, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan mata yang lengkap dari doktor setiap 1 hingga 2 tahun atau mungkin lebih kerap daripada itu.
Ingat yer bukan kedai sebarang yang menawarkan perkhidmatan seperti ini, samada pergi ke hospital pakar mata ataupun optometris yang berkelayakan seperti Optom Eyecare Optometris Bangi
Info Optom Eyecare Optometris Bangi
Sekiranya korang berminat nak mencuba dan mendapatkan konsultansi, Optom Eyecare Bangi dan satu . Korang boleh berkunjung ke sana mana-mana yang berdekatan.
1) Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.
- No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8,
- Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
- Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
- Website: http://www.optom.com.
- Facebook: http://www.facebook.com/optombangi
- Instagram: http://www.instagram.com/optombangi
Kalaulah dekat.. Boleh pi check mata ni dan buat spek kata baru kat optom.. Lama tak periksa power mata..