Buffet Ramadhan 10Binjai Perdana | Kalau pergi mana-mana buffet ramadhan opkoslah mesti ada killer dish dia. Aku rassa dah 3 kali aku pernah makan makan di sini. Aku tak tingat tahun bila tapi masa tu ada juadah istimewa Sambal Kupang. Memang marbeles!
Table Of Content
Tapi kali ni tak ada pula juadah tersebut huhuhu . Nampak tak? aku kalau bab makan memang boleh teringat-ingat
Kali ini aku tengok 10Binjai Perdana Kuala Lumpur City Centre ini telah membuat sedikit renovasi, ruang makannya lebih luas maka lebih ramai boleh masuk dalam satu masa. Binjai Restoran mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang.
Dalam keadaan ekonomi sekarang dengan harga barangan yang menaik bak giler, aku tengok harga buffet ramadhan 10Binjai Perdana Kuala Lumpur City Centre kira boleh diterima.
- Early Bird RM100 nett (till 2 april)
- RM118.00 nett per person
BACA : Senarai Buffet Ramadhan 2022 di Selangor dan Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan 10Binjai Perdana Berbaloi
Dengan harga yang ditawarkan dan pelbagai juadah yang disediakan, memang banyak dan sangat berbaloi. Ini aku buat perbandingan dengan beberapa tempat yang lain.
Masakannya pun memang enak dan ‘berasa”
Pelbagai resepi warisan dan hidangan tempatan akan diperkenalkan oleh Chef , nostalgia masakan ibunda yang pastinya memikat hati dengan tema – “Dari Dapur Binjai”.
150 aneka juadah
Fokus utama hidangan mereka semestinya Kambing Golek yang lembut, enak dan menyelerakan. Di samping menu Kambing Golek, buffet Ramadan kami juga memperlihatkan resepi masakan Melayu seperti
Menu Buffet Ramadhan 10Binjai Perdana memang varietylah aku rasa. Standbu perut sahaja
- Ketam Lemak Berlada,
- Daging Rendang Minang,
- Ayam Percik,
- Ayam Golek,
- Kambing Opor Bali,
- Udang Sambal Tumis
- dan tidak dilupakan hidangan pencuci mulut seperti Ais Kacang, Cendol, Apam Balik, Waffle dan pelbagai juadah enak
Sebenarnya terdapat lagi juadah yang istimewa, seperti nasi arab, putu piring, pelbagai sup dan mee disediakan. Putu piring dia gemuk and gebu gebu.
Tetapi aku paling teruja dengan pilihan kerabu yang disediakan. Fuh! saat aku menulis ni pun aku terbayang bayang. Punyalah banyak pilihan sampai aku sendiri confuse nak ambil yang mana untuk dimasukkan dalam pinggan aku tempoh hari
View this post on Instagram
Yang paling seronok sewaktu aku memilih kerabu, pilih sos dan kemudian chef akan menggaul dan tambah bahan bahan lain. “Experience’ tersebut yang seronok bagi aku, sampai siaplah satu reel nak cerita bestnya bila pilih-pilih kerabu yang fresh tu ..
Kadang-kadang kalau pre ready kerabu tu macam berairkan, heheh itu aku tak berapa syiok. Ini sangat bersih, kering and kemas sahaja presentationnya. Bila di campur dengan sos tu walaweh sedap yakmat! rasa nak pergi makan lagi.
Surau dimana?
Kalau berbuka puasa di luar , selain menikmati juadah bab surau sangat penting bagi aku yer. Takkanlah nak datang makan sahaja dibulan puasa ni. hahah sia-sia pulak kita berpuasa. Jadi jangan lupa solat tau.
Surau disediakan di tingkat 5 untuk tetamu yang mahu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.
Untuk tempahan
Perdana Kuala Lumpur City Centre akan sentiasa mematuhi SOP Kementerian Kesihatan dan cukup menekankan aspek pembersihan dan status halal . Ini merupakan keutamaan bagi pihak Perdana Kuala Lumpur City Centre dan kami telah disahkan Halal bersesuaian dengan kriteria Shahriah Islam.
10Binjai Restoran
- Baucher pembelian awal : RM100.00 seorang
- Harga Asal : RM118.00 seorang
- Hubungi : 03 – 7490 3838
Saya pun suka makan kat Binjai ni. banyak pilihan makanan. Makanan sahur dia pun banyak choice
kan DP .. k.azni suka makan sini