Cara jual kereta online | Pernah jual kereta Proton Iswara yang pertama pada tahun 2005. Masa tu memang dah tetapkan akan pakai kereta hanya 5 tahun sahaja sebelum depreciatian value. Alhamdulilah bernasib baik jumpa dengan salesman yang okay dan kami masih ada baki loan dengan bank lagi pada waktu itu, dan salesman itu jugak yang lunaskan
Table Of Content
Kali ketiga yang aku ingat masa jual Nisan Levina masa nak upgrade kereta honda HRV 4 tahun dahulu. Dan aku aku rasa memang semua orang akan melalui proses yang sama
Memang proses yang kami buat sama dengan cara di bawah ini, jumpa orang yang betul dan terus urus di paspakom.
Bab salesman atau middle man ini sangat penting, sebab abang ipar aku pernah kena tipu , dimana kereta dia pernah dibawak lari masuk ke kelantan. Masa dapat track kereta tu balik berada di dalam kawasan kampung dan ramai yang samseng and scary katanya.
huhu ini kes tak bernasib baik, Kalau nak cerita memang drama sangat sangat. tak sangka benda ni jadi dekat abang ipar aku. Next time aku cerita bab ini.
Kali ini aku nak kongsikan cara jual kereta sahaja
Sekarang kita ada macam macam cara kalau nak jual kereta nih. Mai aku kongsikan dulu beberapa cara orang lain jual kereta yang telah menggunakan beberapa platform. Aku rasa cara ini lebih selamat and dipercayai dan jangan sesekali sambung bayar kereta orang
Cara Jual kereta di MarketPlace FB
Perkongsian dari Fb Khair Shaidi, memang sempoi sebab dia pakai marketplace FB sahaja. Dah ada platform guna sahajalahkan.
Disini dia kongsikan cara newbie macam dia jual kereta terpakai(second). Dia kongsikan dekat FB supaya suatu hari dia tak lupa dan orang lain boleh jual sendiri. Tidak terlalu susah dan Tidak terlalu senang.
- Tangkap gambar, dapatkan detail kereta dan iklankan di marketplace (fb).
- Bawa client tengok kereta. Kasi cuba drive. Puas hati baru runding harga. Sebaiknya ada deposit tanda komitment dan serius nak beli. Kes ni client bagi deposit RM500.
- Pergi ke bengkel kereta berdekatan untuk last check-up. Dapatkan pandangan pomen kompenan apa perlu dibaiki bagi lepas Puspakom saja.
- Buat appointment Puspakom secara online di link https://www.puspakom.com.my. Sign up lepas tu set masa yang anda available. Bayaran RM35.51 (RM30 Tukar Milik + RM3.50 caj proses + RM2.01 sst 6%
- Bawa Geran asal waktu ke Puspakom. Lepas selesai proses puspakom, report akan dapat diemail yang didaftarkan. ( sebelum ke JPJ, buyer dah selesaikan bayaran. Dapatkan resit sebagai rujukan bersama )
- Set masa dengan owner dan buyer ke JPJ bagi proses tukar hak milik. Bawa geran asal dan IC. Penama berkenaan perlu ada untuk thumbprint. Bayaran RM100.00 proses tukar hak milik.
- Selesai dan boleh serah kunci.
Alhamdulillah Dalam tempoh 7 hari selesai semua. Rasanya jual kereta lagi mudah dari jual rumah.
- 23hb : Iklan
- 24hb : Client test drive dan bayar deposit
- 27hb : Ke bengkel untuk baiki kereta.
- 28hb : Cek puspakom
- 30hb : Tukar nama di JPJ
Bacaan tambahan berkaitan dengan kereta
- Cara Jual Kereta secara Online
- 7 Tips Jimat Minyak
- 10 sebab jangan sambung bayar kereta orang
- Honda BRV vs Honda HRV
- Kereta mampu milik untuk B40
Pengalaman cara Jual kereta menggunakan platform online
Ini pengalaman orang lain jual kereta menggunakan beberapa pltaform lain pula. Puan Syazwani ni lagi best, dia cuba beberapa paltform. Aku terbaca pasal benda ni pun rasa menarik jugak kalau kongsikan dekat blog aku.
Pengalaman jual kereta melalui MyTukar.
Macam aku cakap awal awal tadi, sekarang nih memang banyak platform online yg dah start jual beli kereta yg sangat memudahkan kita. Instead of pergi survey satu satu kedai jual beli used car. So antara nya, mytukar, carsome, oncar, solecare dan BANYAKK LAGI.
You can feel free to contact each of them; tapi yang puan syawani contact adalah oncar, carsome & mytukar. Prosedur semua syarikat ni lebih kurang sama, tapi yg membezakan nya adalah HARGA yg akan mereka tawarkan pada kita nanti.
Sistem dia orang memang ada beza sikit, ada yang akan masukkan kereta kita dalam bidding @ ada yg terus beli direct kereta kita. Depends.
Pengalaman Puan Syazwani menggunakan platform online
Oncar
- Bila contact ONCAR terus set appointment dengan kita untuk buat inspection. Dia akan datang rumah kita and buat inspection kereta, so kita tak payah pergi mana mana.
- Duduk je rumah. And FREE je dia dtg buat tu. Takda charge.
- Inspection tu, dia akan cek fizikal kereta& test drive kereta kita.
- Then dia terus bagi harga tawaran pada kita.
- Kalau kita setuju dengan harga yg ditawarkan, kita boleh terus buat urusan jual beli masa tu.
- Tapi kitorg tak trus setuju sebab nak survey lagi syarikat lain.
- So ktorgg hold dlu. –
- Harga yg ditawarkan : RM20,0002.
Carsome
- Appointment dgn carsome kat Branch Kajang.
- Bila sampai Branch, carsome just cek geran kereta & tengok fizikal kereta dulu, t
- Tidak buat inspection menyeluruh, then dia terus bg estimation harga je.-
- Harga yg ditawarkan : RM16,000
- Bila dengar harga tu terus balik je sebab memang terus keluarkan dari list.
- Rendah sangat
Mytukar
- Lepas contact PIC myTukar, dia bagi kami appointment untuk buat inspection.
- Mula- mula nak mintak nak datang rumah, tapi slot yg sesuai tak availble, so dia kata boleh datang trus kat Branch untuk buat inspection kat sana.
- So pergi buat inspection terus kat branch dia kat Kajang
- Bila sampai tu, dia mintak geran & buat inspection.
- Dalam 30-40minit juga dia cek kereta.
- Settle cek kereta, dia tak terus bagi harga. Dia kata akan bagi harga esoknya.
- Push untuk dapatkan harga asap sebab tengah bandingkan harga dengan yang lain. Mr Ray kata dia akan masukkan kereta kami dalam bidding session.
- Bidding antara used car dealer. So dia kata akan masukkan slot tengah hari , dan insyAllah dapat harga petang tu jugak(5.15pm)
- Alhamdulillah, petang tu dia bg harga.
- Harga ditawarkan: RM21,900.
- So terus setuju je sebab dah malas nak fikir lagi. This is the highest price we got ,
So Terus confirmed with myTukar, cancel dengan Oncar. Oncar insist nak naikkan harga sikit, tapi still tak boleh lebih dari mytukar. Alhamdulillah harga yg ditawarkan tu lebih daripada total baki loan, so dapat lah sikit lebihan tunai.
Urusan di Bank Pulak
So bermula lah proses jual beli dengan Mytukar di bank rakyat banting memandangkan loan di sana tambahan geran original pun disitu.
Masuk bank, jumpa pegawai bank and tanya baki loan & total after rebate. -Lepas dapat details harga & no akaun loan, Mytukar akan terus buat tukar hak milik (thumb) kat situ. –
Settle pindah hak milik , Mytukar akan bank in terus full payment kat akaun loan kita.
Lepastu, kita cek semula kat bank , dah terima belum bayaran full settlement tu. Bila dah terima, bank kata 4hari akan keluar myBatal.
lebihan cash dari full settlement tu , myTukar akan terus bank in pada kita once dia re-check kereta tu lepas ambil kereta kita.Alhamdulillah , lepas 4-5jam ; lebihan tunai dah masuk bank acc.
So settle urusan Jual-beli kereta. Next nak tunggu Geran Original dapat kat kita , and kami akan hand over geran ori pada Mytukar. Oh dan no hidden charge jugak for all the proses.
Tiada fee tambahan. So mybe dia dah siap ambil komisen daripada harga jualan kereta tu(maybe).
Kalau kereta korang dah habis loan, and nak jual terus tanpa urusan dengan bank, lagi mudah gais. Diorang akan datang terus kat rumah, bank in terus depan mata korang, pindah hak milik, dan settle! Macam beli sayur je
Bila aku nak tukar kereta, aku pun nak follow cara jual kereta online macam ni
Myvi aku dah habis bayar tahun lepas setelah loan 7 tahun. Tapi buat masa sekarang aku nak enjoy dulu hidup tanpa loan kereta dan MYVi aku sangat sangat behave hahahhha. Tak pernah ada masalah. Aku selalu puji kereta aku setiap kali aku drive tau.
Tambah-tambah kalau aku drive sorang aku akan cakap bertapa aku bersyukur mampu memiliki kereta untuk pergi kerja dan mudahkan kerja aku. aku selalu cakap syukur myvi aku tak pernah buat hal. Sekarang aku nak simpan duit and susun financial aku betul betul sebelum aku pencen nanti, dah tulis cara jual kereta online ni mestilah aku nak cuba juga nanti.
tip menarik..Carsome pun dengarnya meningkat maju