Thn ni dah rasanya dah genap 13 tahun bersama company MIMOS berhad. Mmg rasa mcm dah lama dekat sini tapi selama ini mmg seronok dan enjoy bila masa setiap kali buat project bersama rakan2 rakan opis.
Tahun lalu 2 org lama dah mengundurkan diri atas sebab persaraan dan juga meneruskan bisnes sendiri. Memang terasa juga kehilangan opis mate ni sbb dah lama bersama sama dengan mereka dari mula menjejakkan kan ke MIMOS bukit jalil ini.
Bottom line.. apa sahaja yang kita buat mestilah seronok dan sentiasa happy dengan tugasan. Kerja mesti kena ikhlas baru hati senang. Komitmen juga kena tinggi sbb kita dibayar gaji untuk menyiapkan tugasan diberikan.
Cuma .. bila seorang demi seorang mula meninggalkan opis ni maknanya kita bukan lagi muda. Thn 2002 dulu salah seorang dah meninggal, mmg masa tu terasa sangat kehilangan dia walaupun dia bukanlah org melayu tapi hubungan yang dibina atas dasar kekeluargaan buatkan kita sentiasa rapat seperti keluarga.
kebanyyakn kami semua hampir sebaya, agaknya selepas ini sapa pula yang akan meninggalkan opis nanti yer.
No Comment! Be the first one.