Bantuan Perkeso hilang pekerjaan | Bulan 12 ni kira genaplah kiranya setahun abam dapat surat MSS dari ofis lama abam dengan syarikat “tutttt”. Kira nightmare dalam hidup kami laki bini. Tidak boleh tidor berhari hari. Aku nak kongsikan betapa Bantuan Perkeso membantu meringankan beban kami pada masa itu.
Table Of Content
- Susah cari pekerjaan dalam ekonomi sekarang
- Panik dan Anxiety
- Hanya Allah tempat mengadu
- Susun dan Audit kewangan
- 3 kali kena retrenchment weh! nasib yang ke3 ada Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
- 3 bulan laki aku survive dengan Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
- Nasib baik Sistem Insuran EIS Perkeso ada
Lama dah aku simpan dan pendam babak kesedihan keluarga aku laki bini.
Walaupun MSS dan diberi pampasan, tapi ianya tetap tidak memberikan ketenangan kami laki bini. . Kalau kongsikan kepada orang lain pun aku tak rasa orang akan paham. Orang hanya cakap tak payah risaulah, korang ada duit pampasan
“Untunglah Banyak duit dapat duit pampasan”
Mungkin itu hanya ayat penyedap hati, tapi susah oo kami nak telan. Memang serabutlah. Terasa macam tak cukup sediakan payung atau back up, menyesal tak ada bisneslah, menyesal tak settle hutang cepatlah..
Eh! macam macamlah.
Susah cari pekerjaan dalam ekonomi sekarang
Dengan faktor umur and ekonomi sekarang aku rasa tidak semudah untuk melaluinya dan untuk mencari pekerjaan dengan cepat. Hanya orang yang melaluinya saahaja yang dapat memahami betapa serabutnya kami masa tu. Hidup rasa tunggang langgang sekejap tambah-tambah aku ni seorang yang jenis suka befikir atau jenis orang yang henti henti fikir.
Fikir dan berangan tu tu hobi aku hahaha
Satu lagi peel Aku ni sejenis orang yang nak cepat cepat habis hutang sebab aku tak nak tua tua akan kerja teruk untuk nak settlekan semua. Bukannya lama lagi nak pencen. 7 tahun sahaja lagi. Jadi, bila dah kena MSS dah kacau planning aku untuk persediaan pencen
BACA : Tips Tenang Meniti Usia Emas
Panik dan Anxiety
Kadang kadang rasa macam anxiety pulak. Maybe Sesiapa yang lalui sahaja akan paham. Siyes weh, masa tu memang tekan Panik button! Memang syukur sangat dengan Bantuan Perkeso hilang pekerjaan sebab ada cushion sementara.
First memang kena downgrade lifestyle hahahah, kami ni suka JJCM. So ini antra satu cara nak kawal perbelanjaan.
Yer aku ni agak extreme bak kata laki aku.
Tindakan aku samada Atas atau bawah, payah aku nak berada ditengah tengah.
Hanya Allah tempat mengadu
Dengan keadaan huru hara beberapa bulan, tempat yang paling baik ko mengadu semestinya Pencipta kita yang tak pernah lupakan kita. Kami sekeluarga tak henti henti buat sembahyang hajat dan berdoa semoga dimurahkan rezeki.
Kadang-kadang kita kongsikan masalah dengan orang at the end kita yang sentap. konon nak release stress tapi kta boleh jadi sentap jugak bila orang cakap, itulah… mood kita kan turun naik
Bunyi macam cliche bila aku cakap bercakap lah dengan Allah. tapi sesungguhnya dia lah tanpa bias untuk kita luahkan apa yang terbuku dalam hati ini.
So bottom line, disaat ko jatuh ALLAH sahaja tempat sebaik baiknya ko mengadu.
Susun dan Audit kewangan
Takut dan panik, sebab pada masa yang sama company aku pun tidaklah stabil mana walaupun semi government. Kiranya masa tu banyak juga yang kami cut dan susun balik kewangan kami. Aku korek dan audit semua hutang laki aku dan susun semula supaya dia tidak tambah tenggelam
Malah kami dah bersedia nak lepaskan kereta HRV kami kalau ada keperluan mendesak, kalau dia belum dapat kerja dalam masa 6 bulan atau setahun Kiranya kami dah set plan A, plan B, Plan C. so called lah.
Perjalanan kami masih jauh, walapun nak hampir golden series tapi kami perlu fikirkan hero kecik kami tu, dahlah dapat dia lambat, Kesian kalau masa nak sambung belajar nanti kewangan tersekat. Apa yang aku fikir bagaimana kami nak tampung dia masuk belajar nanti. Tidak boleh joli dengan duit pampasan yang ada.
Dalam masa yang sama alhamdulillah, banyak juga hutang-kutang kami yang dah langsai seperti hutang rumah. Satu keputusan yang besar yang amat aku syukuri sewaktu kami langsaikan hutang rumah 8 tahun dulu. (walaupun geng hartanah takkan setujuhehehhe )
hurmm … aku masih tidak boleh ‘brain’ yang orang cakap kami boleh berpoya poya dengan duit pampasan yang dapat. At the first place korang tahu ker berapa yang laki aku dapat? kalau 2 juta tu mungkinlah bolehkan hahahaha…
Walaupun orang kata jangan pikir jauh benda yang tak jadi, tapi korang kena ingat setiap 10 tahun krisis ekonomi pasti berlaku. Disebabkan laki aku pernah lalu 3 kali retrenchment kami laki bini memang beringat sangat sangat. Seram sejuk, hahahha. Seram sejuk sebab belum bersedia.
kalau ikut kalkulator yang EPF dan setkan, by the age 55 kami laki bini kena bersedia dengan dana RM1 million sekiranya panjang umur 70 tahun.
korang dah ada ?
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang bagi tapi tidak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa. Untuk mereka yang punya tahap redho yang tinggi tu mungkin bolehlah kut.
Tapi kami laki bini memang insan yang lemah hahaha…
3 kali kena retrenchment weh! nasib yang ke3 ada Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
Yer, 3 kali husband aku kena retrenchment dari zaman muda. Kesian sungguh bila pikir dan kenangkan nasib suami aku nih. Padahal aku selalu cakap dia orang yang baik, tak reti nak kata-kata orang, tak reti lah mengungkit, and selalu bersyukur dengan rezeki dia sewaktu ditempat lama
Mungkin sebab dia terlalu cool membuatkan orang ambil kesempatan. Susah juga jadi orang baik ni. Jenis buat sahaja apa yang boss bagi at the end di perkotak katikkan.
2 kes retrenchment sebelum ini pada tahun 1997 dan 1999 memang sah sah faktor ekonomi dan merger, pada masa ini tiada bantuan EIS, Sakit juga tambah yang kedua tu nak dekat masa tarikh perkahwinan ktia orang.
Tapi kali ketiga ini adalah permainan politik orang atasan dia or to be exact boss dia yang dah naik kaduk. Boss muda yang jenis nak impressed orang atasan. But latest news yang aku tahu at the end dia yang resign sebab panas bontot dengan boss yang lebih atas
heheh aku cakap ini doa orang yang teraniaya. ada uker dia. ishh jahat pulak aku kan
3 bulan laki aku survive dengan Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
Kalau ikutkan tarikh terakhir laki aku terikat dengan syarikat dia sehingga bulan Feb 2021. Tapi sebaik laki aku dapat surat MSS dia dah mula hantar kerja dengan beberapa agensi lain. Walaupun ada duit MSS tak bermakna kita orang boleh rilek dan tak ambik kisah, sebab pada masa itu kita tak tahu keadaan pandemik pada masa itu.
Berapa lama ekonomi akan okay?
Tak tahu peluang kerja yang akan dapat dengan faktor umur macam dia. Semua tak tahulah. Tambah tambah tengok ada orang yang dah berumur 50 memang susah nak dapat kerja sampai lah ketua. Orang yang tak bernasib baik tu ada sahaja disekeliling kita cuba korang
. huhuh mau tak cuak.
So dalam group dia memang ramai berkongsi yang benefit SIP dengan Perkeso ini. Tetapi dia orang macam blur blur berapakah amaun yang akan dapat dan proses untuk mendapatkannya.
Orang kata bila kita dah lalui barulah kita ambil tahukan!
Alhamdulillah proses smooth dan senang. Perkeso telah assign kan seorang pegawai atau PIC untuk dia berkomunikasi dan update status and progress. Kira 5 star lah boleh bagi kepada perkeso ni, sama macam KWSP sangat efficient.
ALHAMDULILLAH, bulan 5 laki aku dah mula bekerja ditempat baru
Nasib baik Sistem Insuran EIS Perkeso ada
Masa dah mula dapat tahu MSS tu dalam group dia dah mula kongsikan bagaimana nak apply, ada yang dah dapat cepat ada yang dapat lambat. Semua tak tahu berapa jumlah yang akan dapat. Mana nak fikir nak cari kerja, nak susun dokumen untuk apply. Memang lega dengan Bantuan Perkeso hilang pekerjaan
Yelah semua first timekan.
Tapi korang jangan risau dia orang ni sangat effisien lah, ada person in charge akan guide satu persatu. Kalau korang masih blur apa kebenda semua ni korang boleh baca next entri aku bagi penerangan apakah EIS ini. Tak rugi lah kita amik insurans under socso ni. Kiranya ia bantu untuk kita bernafas sebelum kita dapat peluang seterusnya.
2nd time saya kena buang ni dapat bantuan untuk 3 bulan jer sebab tak cukup setahun bekerja di tempat kerja yang dibuang. lagi sebulan nak genap. huhu
oooo macam tu pulak yer …
Bagus infonya kak.. boleh save siap2. Memang boleh fenin pk bab kewangan nih.. lagi2 bab hutang.. camane nak survive kalau tetiba takde kerja.. tulis ni pun dah rasa seram..
EIS mmg sgt2 membantu..pegawai2 perkeso yg handle kes pun sgt ok..
Terbaek sisturr
Hurmmm.. x reti nak komen sebab dah 17 tahun x keje makan gaji. Tapi bagus la sifat beringat dan ada perancangan tu.. itu yg terbaik. Even yg tgh ada kerja pun kena sentiasa beringat dan ada backup plan. Semoga kita semua dimurahkan rezeki hingga ke anak cucu..
Pernah rasa gak hubby kena tamat kontrak. Pampasan pun tak banyak mana. Nasib baik lah zaman sebelum pandemik jadi dia usaha jd driver Grab ja dulu. Cukup lah nak tampung perbelanjaan. 5 ka 6 bulan juga lah baru dapat kerja lain. Lega, Alhamdulillah.
kita serabut tak tau nak habaq kan. kacau abis planning