Geran Tanah Hilang, atau geran rumah hilang So macamana nak buat? Rasanya ramai yang alami macam nikan. kadang-kadang geran rumah/tanah boleh hilang sewaktu dalam simpanan salah seorang ahli keluarga. Ini merujuk kepada kes geran tanah yang mempunyai banyak pemilik dalam geran.
Table Of Content
Ini disebabkan andian atas andaian sesama ahli keluarga ia berada di tangan orang lain, dan akhirnya tidak dapat dijejaki tambahan kos pecah geran tanah ini bukan murah jugak.
Tahun lepas ini aku adik beradik memang tengah uruskan tukar nama geran tanah arwah mak yang telah meninggal 30 tahun dahulu. Keluarga aku memang besar. Kalau ikutkan ada yang aku tak kenal sepupu sepapat. Adik beradik arwah mak pun dalam 10 orang yang telah beranak kepada beratus orang, adik beradik aku sendiri sahaja 9 orang.
Jadi cuba korang bayangkan. Dalam satu geran tanah tu ada beberapa nama
BACA : Cara matikan setem LHDN Secara online
Sebenarnya bertahun sebelum itu kami cuba track terlebih dahulu dimanakah geran asal tanah rumah mak tersebut tetapai semuanya buat half way. Tetapi akhirnya Alhamdulillah genap setahun kami berjaya selesaikan urusan tukar nama tanah arwah mak kepada kami semua.
Tapi kes aku bukanlah kes klasik, ramai orang macam kami. Betul tak.
So persoalaannya bab geran tanah nih, kalau tak dijaga dengan betul. Memang boleh pening. Paling best, ada satu ketika. Masing2 tidak tahu siape yang simpan. Kena ingat 1 hakmilik hanya 1 geran saje walau ada lebih 1 pemilik dalam hakmilik tersebut.
Jadi apa yang perlu buat?
So dalam mencari maklumat tersebut aku kongsikan untuk korang juga. Manalah tahu kan boleh membantu, alang alang dah kumpul maklumat nih .
Tindakan pertama kalau Geran Tanah Hilang
Hendaklah memastikan bahawa hakmilik tersebut benar-benar hilang sebelum membuat repot kehilangan di Balai Polis yang berdekatan.
Seterusnya pergi ke Jabatan Tanah dan galian untuk memohon hakmilik yang baru.
Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi dan disertakan dengan repot polis, akuan kehilangan, salinan hakmilik dan akuan bank (jika ada), carian rasmi dan salinan kad pengenalan/sijil kematian dengan bayaran permohonan sebanyak RM90 bagi setiap hakmilik.
Dokumen yang diperlukan bagi membuat gantian geran:
- Surat Permohonan dari pemilik yg ada nama dalam hakmilik tersebut atau waris jika arwah telah meninggal,
- Surat Akuan Sumpah yg di tandatangan di depan PJS/Majistret,
- Laporan Polis bagi kehilangan hakmilik – CTC,
- Carian Rasmi Hakmilik terkini,
- Resit Cukai Tanah terkini. Semua tunggakan mesti diselesaikan,
- Surat Kuasa Perintah Pentadbiran Harta Pusaka / Surat Pembahagian Pusaka / Grant of Probate jika pemilik telah meninggal dunia,
- Salinan Kad Pengenalan semua pemilik atau Sijil Kematian jika ada pemilik yg telah meninggal dunia bagi hakmilik yg ada ramai pemilik.
- Bayaran Fee Penggantian Geran baru – berbeza mengikut negeri. (250 /400/600/700)
- Tempoh proses penggantian adalah 3-6 bulan mengikut negeri
Semua dokumen ini hendaklah diserahkan ke Pejabat Tanah Dan Daerah / Negeri di mana hakmilik tadi didaftarkan:
Jenis Hakmili#GRN/PN/HSD- PT Negeri#GM/PM/HSM- PTD Daerah/ Jajahan
Sekiranya pemilik telah meninggal dunia, geran gantian perlu dikeluarkan terlebih dahulu.
Selepas itu barulah Surat Kuasa Pembahagian Pusaka / Distribution Order boleh dikemukakan bagi turun milik dari si mati kepada waris.
Bayaran Permohonan Geran Tanah HIlang
Untuk permohonan baru ini pastilah akan dikenakan bayaran. Pembayaran permohonan boleh dibuat secara tunai atau cek. Jika pembayaran dibuat menggunakan cek maka jumlah RM190.00 itu tadi perlu di bahagikan kepada 2 cek iaitu sebanyak RM180.00 dan RM10.00.
Bagi bayaran RM180.00 (boleh dibulan dalam satu cek) tersebut ianya dikenakan untuk
- Pendaftaran Hakmilik – RM120-00
- Fail Surat Akuan – RM30-00
- Bayaran Notis – RM 30-00
dan bagi bayaran cek RM10-00 (cek yang berasingan) pula adalah bayaran untuk Deraf & Pelan di unit lain.
Permohonan menggunakan Khidmat Firma Guaman
- Gunakan kepala surat syarikat (letter head) untuk permohonan.
- Jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pengarah syarikat dan akuan sumpahnya (setemkan) RM10.
- Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M & A yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
- Jika permohonan melalui peguam, sila kemukakan salinan kad pengenalan (MyKad) peguam dan akuan sumpahnya.
- Lain-lain seperti permohonan individu.
Baca :
No Comment! Be the first one.