Travel kena stop dulu kah ? aduhhh… sedihnya
Mr. asben cakap “aku dah paranoid!” hahah maybelah kan .. sebab dah pernah nampak and experience kut melalui zaman gawat ni. Walaupun tak kena direct tapi bila tgk nasib saudara mara and kawan kawan kena .. aduh sakit. malah ambil masa 10 years untuk recover balik. serius weh kena pikir travel ni kena stop atau macam mana.
Table Of Content
Travel ni bagai satu ketagihan kami laki bini. Biarlah pakai kereta biasa biasa tapi yang penting dapat travel. Tapi cara kami travel pun ala ala bajet. Bukannya hotel mahal.
Dah lalu zaman gawat
Gawat thn 1998 –
Tahun tulah aku grad dr USM.. masa tu zaman advertising and broadcasting mmg tengah teruk which is bidang yg aku belajar masa kat U. ramai yang kena buang kerja. dan aku sendiri nak cari kerja amatlah susah. merata cari kerja. in fact pernah jadi freelance writer takde gaji.. hehe.. kerja admin opis gaji bawah 1K. Aku balun p. My sister punya kes pulak terpaksa bayar interest rumah yg agak tinggi untuk rumah yg berharga MR110k, monthly pernah capai RM1100.o0. giler kan.. Blr turun naik. unpredictable.
Mr. asben punya 2 kali kena retrench dlm masa 3 thn. mula2 dengan production house.. lepas tu selepas join syabas pun kena jugak. uolls bayangkan masa tu tgh plan nak kawin. huhuhuhu ikat perut weh. Mujor masa nak dekat kawin. dapatlah kerja lain. rezeki org nak kawin kaan..
Gawat 2008 –
tak baper nak rasa, sbb masa tu fokus nak beranak hahahaha.. Actuallly aku bernasib baik sbb kerja dgn GCC co. Tabungan pun dah ada. My asben pun dah kerja co yang okay. Org lain mcm mana ? Yg aku tahu masa tu saham jatuh merudum. Sapa yang ada beli unit trust masa tu untunglah sekarang ni. Tp kes kena buang ni huhuhu mmg ada.
Travel kena stop sampai bila?
Mula2 tak rasa sangat, tapi bila tengok duit makin jatuh mula lah terasa, sbb aku selalu travel.. so mmg selalu usha money changer. oct 2014, sempat ke NY. masa tu hanya 1usd = rm3.20, sekarang ni dah sampai rm 3.80. lepas tu dengar greece hampir muflis. malaysia pula skrg dengan beberapa isu yang tak settle2. lepas satu satu terbongkar. 1MDB, duit jatuh , Isu MARA lah.. lepas ni entah apa yang keluar.
So berani lagi nak TRAVEL??
hahaha.. untuk orang yang kaki nyongket bab kata orang perak. buat buatlah insaf sekejap. Awal tahun baru ni aku dpt booking air asia dgn harga murah tapi…. patutlah tak beberapa sedap hati masa dapat booking ticket ke Korea untuk 3 orang dlm RM1300++. lain macam betul perasaan tu. dah sampai nak masuk code utk credit card. aku tekan cancel. Mujorlah ada gerak hati macam tu. walaupun aku ni kategori bajet travel tapi kalau jalan dalam keadaan tersekat sekat ni, mmg tak best.
Tukar strategi
So jalan yang terbaik adalah continue sahaja simpan duit tabung berjalan. kalau dpt offer yang best baru kita terjah.
Aku tak tahu tentang orang lain. tapi aku mmg cuak. alhamdulilah rumah dah habis bayar. but looking at condition sekarang yang sangat tak menentu, sykt GLCC and GCC pun boleh goyang. kena restructure plan tabungan dengan perbelanjaan. walaupun tiap hari aku intai group travel, hati ni gedik jer kan. tapi kali ni rasa kuat sgt untuk stop apa yang boleh and salah satunya travel. Insyallah ada rezeki, kita aktif kembali untuk travel. walaupun orang kata tak perlu jadi kaya untuk travel. tapi mesti kena tau dimana nak letak ‘warning sign’ untuk diri sendiri. Pendek kata ukur baju di badan sendiri.
Sekarang…Fokus untuk simpan and tabungan. korang boleh baca macamana aku buat tabung travel kalau tak memang tak merasa lah aku nak jalan memana weh. Kena ikat perut
Uolls mcm mana???
Samalah, terpaksa fokus kepada penyimpanan duit. Samalah kita juga, dah terasa sedikit bahangnya bila duit MYR jatuh ke 3.78. Hmph.
Duit Malaysia Drop lagi sekarang 4.30++ over 1 USD. Dijangka MYR akan terus menyusut ke 5 MYR per 1 USD