Bantuan khas Covid19 untuk mereka terjejas pendapatan atau dikenali dengan nama NADMA boleh diperolehi sehingga RM1,400 . Sila war warkan kepada rakan taulan atau sedara yang ada terjejas. Sekurang-kurangnya mereka alert atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Table Of Content
Bantuan ini dibentuk khas untuk mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Saluran bantuan kerajaan Malaysia akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
BACA: Pengalaman Vaksin di PWTC
Sila baca Syarat kelayakan Bantuan khas Covid19 dibawah sebelum memulakan proses permohonan.
Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19.
Walaubagaimanapun tertakluk kepada syarat syarat kelayakan yang harus dipatuhi.
Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas COVID19
A. Syarat kelayakan
Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;
menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
atau
menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)
B. Pemohon yang tidak layak
Bukan Warganegara Malaysia Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
C. Kaedah Bantuan
RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
D. Kaedah Permohonan
1. Baca garis panduan dengan teliti; http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
2. Sertakan dokumen wajib berikut;
> Salinan Kad Pengenalan Pemohon
> Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
> Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;
> Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);
https://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
> Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
> Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf
Hantar permohonan lengkap kepada;
i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);
atau
ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my
atau
iii. Pos kepada;
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.
Cara Bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Penafian Bantuan khas Covid19
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
*NOTA PENTING:
Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.
Untuk menyemak status permohonan yang telah lulus bagi Bantuan COVID-19 NADMA anda boleh melayari https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Ramai yang terkesan musim pandemik ini jadi aku masukkan maklumat bantuan ini supaya ramai dapat bernafas seketika dengan menggunakan tabung Bantuan khas Covid19
Semoga dipermudahkan urusan
Bagus bantuan ini,sekurang-kurangnya dapat ringankan beban mereka yang terjejas