Teman lelaki upahan |
Ishhh.. Drama yg berhantu dan mengganggu tidur lena ku. aku sampai mc tgk drama ni.. sbb tgh demam selsema + pulun tgk tak boleh tidor nak abiskan drama ni. berhantu wooooo… Okaylah meh nak habaq sikit, sejak2 dah masuk umor 40an ni dan jugak sejak hero masuk sekolah mmg lama tak tgk drama melayu ni.
Padahal aku ni dulu pelajar broadcasting thawwww… Mmg involvelah dlm bidang2 pembikinan pilem ni. Antara kerja pertama aku ni buat skrip tak berbayor hahah bersama sama tuan direktor drama tlu ni haaa .. Tp aku x mampu melangkah jauh dlm bidang ni. Aku give up kih kih… maka kawanku idora abdul rahman pun meneruskan perjalanan menjadi anak pilem. sbb impian konon lebih pada new media.
Eh meleret pulakk.
Ni nak buat confession ni. aku x sempat pun nak tgk drama ni sebenarnya. Abis tu sampai rmh pun lambat. So setelah dgn kehangatan drama ni .. Maka, Aku pun intai lah sikit. Eh aku x kenallah pelakon ni.. Yg kenal pun izara aishah.. Dian.. Mahmud ali bashah and opkos director nya isma dan juga idora tu(nak kena lekuk lah kan kalau tak kenal)
So tanya dulu ni dekat geng2, korang ada tgk .. Apa feedback?..korang suka dak.. pelakon okay dak? maklumlah akak mana ada masa.. pastu semua cakap TORBAEK… alamak… terus rasa, apa yang aku dah missed ni.. terasa tua sgt hahaha
so maka berlaku lah pecutan or marathon untuk tengok drama nih… abis tu kawan kawan pakat tag kat FB.. ruginya tak tgk aido direct …
Sinopsis Teman Lelaki upahan
Episod mula mula tgk nih.. scene dlm flight tu.. aku suka.. sbb dia byk main perasaan.. mcm aku pun turut skodeng kyra and haidar.. muka bengang El tu mmg nampak aa… episod 1-3 mmg agak slow.. dia mcm membina dari .. lepas tu character memasing terus build up. makin lama makin strong setiap sorang satu pelakon tu. jalan cerita pun terus menaik.
bak kata member member mula mula scene dok gelak gelak.. pastu bila scene yang hujung dok berendam air mata. ungku ismail ni aku mmg tak pernah tgk dia berlakon or aku yang tak perasan. tapi cara dia mmg selamba abis. mcm tak baca skrip. adam pun dengan gaya dia yg lawak n selebet tu memang mencuit hati.
terasa yg kita pun berada dekat dlm drama tu. tak rasa mcm tengok drama pun.
camna nak ckp yer.aku rasa cara dia luahkan skrip, cara dia communicate sesama pelakon tu ish.. mmg superb. takder paksaan lansung untuk dia orang luahkan setiap bait bait skrip tu. seolah olah tu kisah dia orang. ingatkan aku sorang jer rasa mcm tuh ..
rupanya sewaktu tgh tgk drama ni kat komputer, asben pasang telinga dia pun agree dia ckp cara lontaran skrip tuh mmg bestlah.
boleh dikatakan setiap sorang pelakon tu semua berjaya membawa watak sendiri, even izaira aishah tu pun ish.. dengan sifat manja and sweet.. dapat rasakan kenapa bang ngah/el tu pun jatuh cinta pada dia.
kyra? hehehe memula perasan tgk dia samalah mcm perasaan si EL pada dia. haha eksennya minah nih.. pastu bak kata EL psiko.!! hahaha.. sesuka hati jer nak soh orang jadi teman lelaki upahan. ker mmg ada erk? kih kih maklumlah akak bukan Gen Y. tapi mmg meluat… meluat means baguslah kan. mmg itu lah watak dia kan. watak yg menjengkelkan tapi at the same time dia sgt sweet, suka tgk wardrobe dia. semua kena jer walaupun byk pakai pakai skirt yg pendek pendek. takpa.. badan dia cantik heheehhe
graph cerita ni memang menaik and pom! meletup.
tetiba shj semua jalan cerita berubah, el bukan el yg dulu.. tetiba jer rasa missed dgn perangai dia yang gila gila tu. kyra pulak selepas dah minta maaf dengan ayahnya kita rasa simpati dengan nasib dia, betapa dia rasa tertipu dengan kisah mama dia yang kononnya dianaiya oleh daddynya sendiri. ceritanya pulak bertentangan dari apa yang dia bayangkan.aku boleh feel lah perasaan tu. terasa mcm bodoh, marah, sedih sbb terasa byk buat bersalah dengan daddynya sendiri.
okay watak dato or daddy and datin tu.. akak suka.. sbb bukan mcm typical watak dato and datin yang selama ini. sblm ni watak jamaludin hassan sebagai dato yg arrogant yang kita terbayangkan kalau jadi DATO..
tapi ni dato sempoi and kewl..mmg lain lah mcm yang selama drama tv tampilkan watak sorang “dato”.. sepesen. gatal.. eksen, arrogant. yang ni a different type of dato. sbb ramai orang kita mcm ni sebenarnya. Datin tu pun wpun nampaklah mcm datin muda tapi again datin yang sangat baik and sweet. Kenapa aku suka? sbb byk jer dato and datin yang baik mcm tu, dan yang penting ia dpt membentuk satu perspektif orang kaya yang baik dan berbudi bahasa.
Itu sbb aku kata drama ni mcm lain sikit.. eh. lain bnyk.. Ending dia perghh… makan dalam.. cukup dengan dengusan nafas Kyra.. best!! heheh wapun ada kwan2 yg tak suka ending begitu.. tapi for me, itu sgt sgt powerful dan tidak cliche… pastu wpun happy ending yg di wrap up masa credit title … cukup rasa.. simple and sweet.
Kalau ikut satu wawancara yg EL ckp kat TV3.. peranan pengarah tu sendiri yang memberikan kebebasan kepada pelakon utk melakukan watak watak tu as long conti lah… so.. am so proud of you my pren idora abdul rahman.. and opkos lah isma.. cenggini 👍 haa…
Cuma tulah… drama melayu ni ditayangkan pada waktu 7.00 petang.. masa semua mak mak sibuk sampai rumah.. nak masak.. nak urus anak. nak maghrib. mmg orang mcm akak ni tak sempat… and am not alone. most of my wassap group yang sama umor (41) heheh. mmg lama tak tgk drama melayu atas faktor ini… sib baik lah ada internet …
akak berjaya meracun ramai suku sakat.. dari hujung mesia sampai ke ausiee.. semua jadi sawan TLU. and most of them ckp lama tak dpt tgk drama sebaik ini.. dari segi skrip.. pelakon and pengarahan. syabas to the team. kira almost perfect lah…
so aido.. bila next drama??
agak agak ada TLU raya tak???
2 Comments