Takutnya bila dengar sakit Jantung. Kalau baru baru ni femes dengan drama 7 hari mencintai mu.. ha.. entri aku ni pulak 5 minggu dengan kisah sakit jantung. Pelik..sangat pelik.! sebab hampir setiap minggu kisah aku mesti ada kaitan dengan jantung. Agaknya bila dah masuk umor 40an ni memanglah banyak dengar kisah kisah penyakit disekeliling aku, kisah sakit jantung ni berlaku di lingkungan kawan kawan dan family rapat. Tapi alhamdulillah belum ada yang membawa kepada kematian.
Table Of Content
Aku suka share kisah macam ni, sebb aku yakin orang lain akan dapat manafaat dari maklumat dan yang penting mcm ni diari catatan untuk aku refer nnt.
Minggu Pertama : kakak aku ada simptom sakit jantung
Semuanya bermula dengan kisah kakak aku yang menjalani executive health check up di sebuah hospital swasta. Tiba tiba dia update dalam wassap katanya Dr nampak ada abnormalities dalam result stress test yang dilakukan, dan dr terus suggest go for angiogram and angioplasty. Kata kakak aku, hospital terus offer nak check insurans.
Hurmm.. korang rasa pelik tak. Mula lah ada perasaan, amboi senangnya spital swasta nih. So aku macam skeptikal ya amat okay… sebab eh.. senangnya derang ni buat duit. Tapi.. mmg serius ke keadaan kakak aku. so aku suggest for 2nd opinion.
Nasib baik aku ada kawan kawan yang kerja doktor dan juga yang pernah menjalani agioplasty nih. Selepas mendengar penerangan kawan kawan .. Fuh! banyak benda nak kena consider … salah satunya adalah faktor INSURANS ! boleh capai 42k walau pun di IJN
Mengikut kata kakak aku , memang lately ni dia selalu merasa semput tapi tidaklah sangat serius. kadang kadang sahaja. Kalau ikut dalam sejarah family aku, mak and ayah takder lansung sejarah sakit jantung. So masih menjadi tanda tanya. dalam we all risau keadaan abang ipar yang kerap pengsan dan dikejarkan ke hospital beberapa kali, yang mana kami suspek dia sakit jantung. Tapi rupa – rupanya kakak aku pulak yang disahkan ada masalah jantung.
Aku memang rasa terkejut dan panik sebenarnya. tapi kakak aku ni macam biasalah rileks sahaja. kool.
Malangnya insurans yang kakak aku amik pada thn 199oan ini agak limitied a, angiogram dan angioplasti ini bukan dikira pembedahan so insurans tak cover. Ishh naiyaa sungguh . So kakak aku amik risiko untuk kawal diet makan sahaja. Patutlah bila aku push di untuk 2nd opinion di hospital lain dia macam tak beria . Macam macam alasan .
Tapi sejujurnya kakak aku ni sorang yang suka makan dan peminat teh tarik. Dia ni jenis sayang kalau makanan tak habis. Pukul 11 mlm kalau atas meja ada mkn dia akan habiskan hahahah.. sayang punya pasal.. takper lepas ni kita sayangkan badan kita pulak yer.. okay
Terkini, baru semalam dia update dia pergi jumpa Baba Chong di melaka untuk alternatif treatment.. hehe katanya mmg byk block kakak aku ni… so nak tak nak kenalah diet.
BACA : Ubat Buasir
Minggu Kedua : Kawan husband dah ada tanda sakit jantung tapi
Husband balik rumah cakap his bff di ofc suspected sakit Jantung. Katanya sewaktu dia pergi bercuti dia rasa sesak sesak dada. tapi masih in denial bukan jantung kut. On the way balik ke rumah sampai terpaksa berhenti di RnR, sakit tu berulang dan dia ambik keputusan untuk stop di klinik yang berhampiran rumah.
Doktor pun terus keluarkan surat or GL untuk buat full check up di hospital. heheh tapi masih dalam mood relaks. Keesokan harinya baru dia pergi untuk buat full check up.
haih laaa orang lelaki.. begitu lah … sama seperti kawan aku sebelum ni… masih menggangap tiada apa masalah
Baca : Kisah ofis mate kena serangan sewaktu berbasikal
so the next day bila dah masuk hospital pakar, kata cardiologist sebenarnya dia telah pun kena serangan jantung dan dia bernasib baik . Maka dr terus buat prosedur angiogram dan angioplasty.
alhamdulilah … the procedure went well
Minggu Ketiga : Ingat asma rupanya tanda-tanda sakit jantung
Kisah ni agak menyeramkan bagi aku, selama hari ni kawan aku dok ckp asben dia pernah pengsan beberapa kali. Maybe sebab asma or darah tinggi. Tak terfikir lansung pasal jantung..
Asben kawan aku ni juga satu UNI masa belajar dulu. Tapi kita orang ni quite close. asal turun ke Utara jer mesti jumpa selain dari berhubung melalui wassap. dah berpuluh tahun kenal kan.. so bila kawan aku sorang ni luahkan kerisauan dia we all pun terasa lah jugak. Sapa tak sayang laki weh .
Aku dan kawan aku seorang lagi sempat visit ke Penang dgn amik day flight jer..
kisahnya begini, selama hari ni bila dia ada masalah asthma.. so mengandaikan yang mmg ada masalah asthma lah selama hari ini. So bila p klinik biasa.. belum apa apa bila dr tanyan ” Sakit apa?” .. hehe of course lah akan jawab ” saya ni ada asthma” so dr tu pun bagi jerlah ubat asthma..
hahhah.. aku rasa korang pun ada pengalaman mcm ni kan . betul dak? lenkali kita ubah cara bila jumpa dr. yerr…
Tetapi dia bernasib baik sbb keadaan bertambah buruk… “blessing in disquised” so derang decide pergi emergency unit di hospital swasta.Tapi masih mengandaikan masalah asthma. so sewaktu amik nebuliser kawan aku ni menjerit tak boleh bernafas lansung.. suasana jadi kelam kabut.
rupa-rupanya Heart Atack ! sakit jantung rupanya weh.. mmg tak disangka sangka
nasib lah Dr situ dpt detect and buat tindakan yang sewajarnya. cuba korang bayangkan kalau berlaku di rumah
Setelah tindakan susulan di buat, sepatutnya kawan aku ni kena buat angiogram tuk tau berapa ‘blockage’ yg ada. unfortunately BP tinggi dan demam, so sangatlah berbahaya. Kena tunggu sampai stabil
Akhirnya dapat tahu belah kanan 100% block. belah kiri 3 – kawasan 90% block.. huhuh all this while hanya survive on 10% untuk bekalkan oksigen ke badan.. mak aih.. scaryy… sgt scarry. tapi dia bernasib baik sbb tak terlibat dalam sukan ekstrem dalam keadaan mcm tuh . Bottom line.. kalau nak bersukan pun check lah keadaan kita macam mana .. itu yang kita dengar ramai yg collapsed masa main badminton, naik beskal and main bola
Lifestyle? hehhe dia perokok dan suka makan seafood katanya… teh tarik of course
Minggu Keempat
Asben tiba tiba jer bagitau, father in law kena tahan di wad disebabkan heart beat tidak menentu. Uihh.. another week dengan cerita jantung. My father in law ni memang pernah kena serangan jantung dalam umor 50an, dan dia dalam medication yang dr dah prescribe pada dia. Cuma mungkin faktor usia membuatkan dia bertambah lemah.
Condition dia pulak berbeza… dia perlu jalani monthly check up tapi kali ini dr dapat detect heartbeat nya tidak menentu.. tiba2 jer boleh slow .. lepas tu tu hilang sekejap and naik balik. Alhahuakhbar macam macam kan penyakit jantung ni.
Tapi yang sedihnya nampak dia lemah sgt, and tak bermaya. makan pun tak selera.
so we all balik cuba belikan makanan yang dapat menyelerakan dia. Alhamdulillah agaknya bila anak cucu berkumpul dia pun macam hepi
Minggu Kelima : cara elak sakit jantung
Minggu ni takder sapa-sapa yang sakit, tapi di ofis aku ada talk pasal Jantung. so aku pun amik peluang untuk faham lebih lanjut why and how pasal sakit jantung ni. so aku amik kesempatan tanyakan pasal situasi kakak aku tu.. bahaya tak kalau dia tak proceed dengan angiogram ..
So respon dr tu .. hurmm.. hehehe.. well.. kadang2 hospital swasta ni pun cepat sgt nak suggest procedure yang mcm2 kan.. tapi kalau hospital kerajaan at least derang akan bagi ubat yang bersesuaian katanya.. tapi apa apa pun kena tahu tahap severity sakit jantung tu,
Banyak perkongsian yang aku dpt.. apa apa pun kena jaga makan and lifestyle.
Aku agree sgt.. dari pemakanan memang membawa kepada bermacam penyakit.. bukan tak boleh makan tapi berpada pada. Pls be alert pada simptom sakit jatung.. ini yang sempat aku salin masa dengar talk tu
Symptom
1. Lengan and back rasa x sedap
2. neck or jaw discomfort
3. Susah nafas
4. Rasa gastric
5. Pengsan
Seram baca satu-satu kisah jantung.. sungguh penyakit jantung ni suka menyerang without sign apa-apa. Nauzubillah min zalik. Memang kena jaga makan, jaga lifestyle . Tq for sharing, insofff sangat dah ni..
ya Allah takut kan bunyi camni.. risau saya, minta jauh dari penyakit jantung yang kekadang kita tak sedar kan? semoga family u sihat
tiba2 insaf sgt2, mmg 40an selalu up cite psl skt jantung kan.. tq share