Sambung bayar kereta | Huhuhu jangan buat pasal. Untungnya aku ni suka berkawan dengan ramai orang. Salah sorang ni sahabat FB yang ada berkongsi status kisah part sambung bayar kereta ni. Korang followlah FB dia, banyak tau dia kongsikan aspek perundangan.
Table Of Content
- Bacaan tambahan berkaitan dengan kereta
- Ini 10 sebab utama kenape ‘sambung bayar kereta’ adalah berisiko dan ditegah oleh Pengamal Undang-Undang:-
- Akta Sewa Beli 1967
- Penyewa boleh dikenakan hukuman denda
- Perjanjian ini adalah Void Ab Initio atau terbatal dari permulaannya
- Surat Akaun tidak sah
- Bayaran tertunggak ditanggung pemilik asal
- Pemilik asal bertanggungjawab atas saman pemilik baru
- Pemilik asal bertanggungjawab atas kesalahan jenayah pemilik baru
- Pemilik asal bertanggungjawab atas kemalangan pemilik baru
- Kos yang tibatiba kena tanggung
- Kereta mungkin dijual oleh pemilik baru
- Nasihat dari Peguam Puan Shada
- Belajar sesuati dari kisah sambung bayar kereta ini ?
Jangan lupa follow Shahadah okay
Ini kisah benar yang dia dapat selaku pengalaman sebagai seorang lawyer . Kalau aku yang karang semua ni macam tak layak pulak untuk berkata kata . Dan aku suka simpan info macam ni dalam blog aku sendiri supaya senang untuk rujuk kembali nanti pasal tindakan sambung bayar kereta ini .
Lebih baik korang jual kereta kalau nak pakai duit dengan kadar segera. Senang sahaja kalau guna platform online sekaran. boleh refer entri cara jual kereta online , nak renew insurans dan roadtax pun orang buat online selama hari ini kan
Bacaan tambahan berkaitan dengan kereta
- Cara Jual Kereta secara Online
- 7 Tips Jimat Minyak
- 10 sebab jangan sambung bayar kereta orang
- Honda BRV vs Honda HRV
- Kereta mampu milik untuk B40
Ada orang bertanya pada dia “SAYA NAK JUAL KERETA SECARA SAMBUNG BAYAR, LEPASTU NAK SELAMAT, LANTIK LAWYER BUAT PERjANJIAN TEPI.”Okay tak?
Jawapan : TAK OKAY.Sebab?
Ini 10 sebab utama kenape ‘sambung bayar kereta’ adalah berisiko dan ditegah oleh Pengamal Undang-Undang:-
Akta Sewa Beli 1967
- secara amnya mengatakan bahawa Penyewa atau Pemilik hendaklah meletakhakkan (assign) kenderaan tersebut kepada Pihak Ketiga dengan kebenaran pihak Bank.
- Dan tertakluk kepada prosedur-prosedur termasuklah menandatangani borang perletakhakkan (assignment) di mana pihak Bank mempunyai hak untuk menghalang dan/atau menolak permohonan ini .
Penyewa boleh dikenakan hukuman denda
- Sekiranya Penyewa gagal menepati peruntukan di dalam Akta Sewa Beli 1967 ini, Penyewa boleh dikenakan hukuman denda jika sabit kesalahan tidak melebihi RM25,000.00 atau Penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya.
Perjanjian ini adalah Void Ab Initio atau terbatal dari permulaannya
- Jika Penyewa (Pemilik) membuat Perjanjian dengan Pembeli baru tanpa memaklumkan kepada Pihak Bank mengikut prosedur yang betul berdasarkan Akta Sewa Beli 1967 ini.
- Berdasarkan Akta Kontrak 1950, mana-mana Perjanjian yang dibuat bercanggah dengan mana-mana Undang-undang contohnya Akta Sewa Beli 1967 maka Perjanjian ini adalah Void Ab Initio atau terbatal dari permulaannya.
Surat Akaun tidak sah
- Sekiranya Penyewa membuat Surat Akuan dan diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Surat Akuan ini juga adalah tidak sah dan terbatal, Berdasarkan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah, hanya dokumen-dokumen tertentu sahaja yang boleh diikrarkan.
- Dokumen berbetuk Perjanjian Jual Beli Kenderaan adalah tidak termasuk dalam senarai yang dinyatakan dan tidak sah jika diikrarkan.
Bayaran tertunggak ditanggung pemilik asal
- Sekiranya, Pembeli baru tertunggak dan/atau gagal membuat bayaran pada tempoh yang ditetapkan, Pihak Bank akan mengambil tindakan sibil terhadap Pemilik asal kerana Kontrak Sewa Beli Kenderaan tersebut adalah ditandatangani oleh Pemilik asal.
- Samada kenderaan tersebut telah dijual kepada Pihak Ketiga atau tidak terletak diluar kepentingan mereka.
Pemilik asal bertanggungjawab atas saman pemilik baru
- Sekiranya terdapat kesalahan trafik atau JPJ ke atas kenderaan tersebut, surat saman atau tuntutan akan diserahkan ke alamat Pemilik kenderaan dan Pemilik hendaklah bertanggungjawab melainkan jika telah diselesaikan oleh Pembeli baru atau pihak Ketiga sepenuhnya.
Pemilik asal bertanggungjawab atas kesalahan jenayah pemilik baru
- Sekiranya kenderaan tersebut disalahgunakan untuk tujuan Jenayah sebagai contoh : Pemandu membawa Pendatang tanpa permit dan/atau dijumpai dadah di dalah kenderaan tersebut dan/atau dijumpai mempunyai senjata berbahaya dan pelbagai jenis kesalahan jenayah,
- Salah seorang saksi yang akan ditahan reman dan/atau dituduh (jika positif) adalah Pemilik kenderaan selain Pemandu kerana bersubahat dan/atau memberikan ekses untuk membenarkan Prime suspect melakukan jenayah.
Pemilik asal bertanggungjawab atas kemalangan pemilik baru
- Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya terhadap kenderaan tersebut di dalam tempoh sambung bayar, Pemilik asal hendaklah tampil memberi kerjasama dengan mendatangani apa-apa dokumen berkaitan berhubung tuntutan Insurance.
Kos yang tibatiba kena tanggung
- Setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Benar, namun Tuan/Puan akan kehabisan wang, tenaga, masa untuk mempertahankan kes Tuan/Puan di Mahkamah kelak jika berlaku apa-apa perkara.
- Peguam yang bijaksana juga terpaksa bekerja keras menyelesaikan masalah Tuan/Puan yang Tuan /Puan cipta sendiri. Kos yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kesukaran dan masa, tenaga yang telah diperuntukkan.
Kereta mungkin dijual oleh pemilik baru
- Pembeli baru atau Pihak ketiga barangkali berkemungkinan menjual kenderaan ini kepada orang lain pula tanpa pengetahuan Tuan / Puan yang mana akhirnya Tuan / Puan tidak tahu status terkini kenderaan Tuan / Puan tersebut dan dalam milikan siapa ia berada.
BACA : HATI HATI SEWA KERETA DI UK
Nasihat dari Peguam Puan Shada
Apa yang saya kongsikan ini adalah antara sebab-sebab utama mengapa kami selaku Pengamal Undang-Undang menegah dan/atau tidak menggalakkan Tuan /Puan menjual kenderaan kepada pihak Ketiga secara sambung bayar tanpa melalui prosedur yang sah berdasarkan pengalaman dan/atau kajian Peguam kami mengendalikan kes seperti ini.
Meskipun amalan ini dipraktikkan secara meluas dikalangan masyakat, namun ia sama sekali tidak digalakkan dan Tuan /Puan dikatakan mengambil risiko sendiri jika timbul masalah dikemudian hari. Adalah menjadi tugas kami untuk membela dan/atau menasihati anak guam kami sekiranya berlaku sebarang masalah di kemudian hari dengan sebaik-baiknya, namun kami percaya mencegah adalah lebih baik dari mengubat melainkan Tuan /Puan tidak kisah menghabiskan masa, tenaga dan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menegakkan kes anda.
Justeru, saya ingin menasihati Tuan/Puan agar dapatkan nasihat atau pandangan Peguam atau mereka yang arif terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang terletak diluar kepakaran dan/atau bidang kuasa Tuan / Puan
Belajar sesuati dari kisah sambung bayar kereta ini ?
Benda ini sebenarnya ramai sahaja kawan kawan atau saudara mara kita buat. huhuh nasihat aku jangan buat pasal, kalau nak hati tenang, elakkan berhutang, elakkan masalah yang tak diundang macam ni.
Pilih lah jalan hidup ‘peace of mind’ tambahan pulak untuk orang yang bersara nanti.
No Comment! Be the first one.