Swiss garden beach resort kuantan, percutian yang mendamaikan di Kuantan

Sebut sahaja nama negeri pahang, automatik terus terbayangkan sebuah negeri yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Negeri yang kaya dengan tempat menarik untuk dilawati. Kawasan tanah tinggi, pantai, hutan tebal, gunung, tasik, gua di sini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Macam-macam ada. 

As for me, kalau travel dimana sahaja pun aku akan pastikan percutian tu mesti menjadi lebih menarik.

So first and foremost kena buatlah perancangan dengan lebih teliti ke tempat tempat yang ingin dikunjugi. Selain dari tempat penginapan yang selesa selain kena standby tempat tempat makanan yang menarik hehehe.. sorry guys.. I’m a food lover. Tak lengkap kalau tak cuba makanan tempatan. Travel dalam malaysia memang boleh naik berat badan sbb pulun mkn hahaha. So memang dah terbayangkan 2 tempat wajib. Satu, aku akan naik sampai kemaman mencari keropok lekor, kedua aku tgh mengidam Mango Cheese Kula cakes di kuantan. Awal tahun hari tu dah pergi .. tu yang repeat lagi ke kuantan. 

So sebagai persediaan  aku akan menyenarai pendek tempat tempat penginapan yang menarik untuk dilanggan. Ini ritual wajib tau kalau nak travel mana-mana. Aku tak suka terjah tapi aku prefer untuk buat persediaan awal, Ini secara tak langsung akan membuatkan diri merasa lebih teruja untuk ke sana. Setelah meneliti beberapa tempat penginapan, aku telah memilih Swiss Garden Beach Resort Kuantan sebagai destinasi penginapan  pada kali ini.

Resort ini merupakan salah satu resort yang tersenarai dalam wishing list percutian. Kalau travel dalam negara, aku mementingkan keselesaan, ekslusif, dan jauh dari hiruk pikuk kota. Pendek kata, yang dicari adalah kedamaian.

Oleh kerana bilik bilik di sini selalu penuh, so aku mestilah perlu menempah bilik dengan lebih awal untuk mengelakkan mood untuk bercuti terbabas. Lagipun jarang nak dapat cuti dan peluang bercuti sebegini. Jadi setiap ruang dan waktu yang ada mestilah aku akan gunakan sebaik mungkin. Tempahan bilik dibuat secara online sahaja. Senang sangat kan.

Jadi, aku  book Swiss Garden Beach Resort Kuantan package online untuk memudahkan urusan.

Korang boleh baca entri aku verangan ke melbourne dengan apps traveloka, aku mmg suka sgt apps ni. Jadi lepas aku explore apps ni aku rasa senang dan terus jer guna untuk buat booking hotel. (pssst… kalau pandai byk promosi diskaun tau. so korang kena selalu alert.)

Baca : #Mytravelokaescapade bawalah daku ke Melbourne

Ok bilik yang aku tempah dengan kadar RM433.25/hari. Secara iklas aku katakan, berbaloi melabur untuk Suasana yang cantik. Tepat jam 2 tiba di perkarangan resort sebab bertolak dari KL dalam kul 10 pagi.

Aku disapa dan disambut ramah oleh penyambut tetamu disitu. Penyambut tetamu disitu sungguh segak bergaya memakai uniform identity mereka. Hehehh aku ni memang suka tengok bab ‘presentation’ yang menarik…  Tempat letak kereta biasanya selalu penuh. Tapi aku bernasib baik kerana mendapat tempat letak kereta yang tidak jauh dari bilik.

Di sini terdapat waiting room lebih dikenali dengan Malibu Pub. Sesuai bagi mereka yang sedang menunggu bilik untuk dikemas atau menunggu seseorang untuk berjumpa. Susunanya juga menarik dan teratur. Pihak reception sangat efektif dalam menangani pelanggan yang ramai. Bilik yang saya pilih adalah executive deluxe.

Sesampai di bilik, apa lagi  terus merehatkan badan diatas katil yang sangat empuk dan selesa. Ya sememangnya aku mahukan tempat yang selesa untuk beristirehat. Akhirnya dapat jugak berehat dari perjalanan yang memakan masa selama 4 jam ini. Letih jugak rasanya. Susunan katil, televisyen, cermin, almari sangat bagus.resort ni ada sediakan menu room service. So kalau korang lapar, boleh je order makanan dari bilik. Oh ya, setiap bilik ada disediakan selipar untuk pengguna. Bagus bukan?  Lantai bilik juga cantik dan sangat bersih. Mereka cukup menjaga sensitivity kebersihan di sini. Bilik air juga cantik dan bersih.

Pandai mereka dekorasi suasana bilik ini. Memang puas hati lah. Bilik air warnanya ceria siap ada bath tub lagi. So kalau nak mandi lama lama berangan sambil tenangkan diri, secara privasi, bolehlah mandi dalam bath tub ni kan.

Beranda juga menyajikan pandangan yang sangat damai. Seronok betul dapat bilik ni. Di belakang resort terdapat pandangan yang sangat menarik. Jadi boleh juga untuk mandi di pantai bersama teman teman atau keluarga. Oh ya, resort ni terdapat kolam renang yang menjadi tarikan untuk kanak kanak bermandi manda. Seronok betul apabila tengok ramai orang bersuka ria dalam kolam. Seolah olah menjentik hati dan memori terkenangkan  ketika masih kecil.

Kami sekeluarga memang sukakan kolam renang, dan selalu bermandi manda di kolam renang bersama kawan kawan. Pantang Nampak kolam, mesti nak mandi. Kalau travel dalam Malaysia Condition kolam renang paling penting. 

Selain daritu, kalau pilih hotel di tepi pantai sbb teruja nak tengok sunset sambil mendengar bunyi ombak menghempas gigi pantai.

Permandangan waktu sunset sangat syahdu. Ish…Sweet sangatkan? 

Kalau orang yang nak berhoneymoon ni mesti sweet. Bawak pasangan jalan jalan tepi pantai sambil angin sepoi sepoi bahasa menghangatkan lagi cinta yang membara bagi tiap tiap pasangan yang dating kesini. Sangat mendamaikan tau…

Kalau nak rasai sendiri momen momen yang aku ceritakan, cepatlah berkunjung ke sini. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti dengan selesa. Tak rugi kalau datang kesini. Takut anda yang tak terasa nak balik rumah.

11 Comments

  1. rozita March 24, 2017
  2. Mama Kembar 3 March 24, 2017
  3. myapilot March 26, 2017
    • azni March 26, 2017
  4. Qaseh March 26, 2017
    • azni March 26, 2017
    • azni March 27, 2017
  5. lokmanamirul March 26, 2017
    • azni March 26, 2017
  6. ema March 28, 2017
  7. Fatin March 31, 2017

Add Comment

CommentLuv badge