Ohfreefood apps yang wajib semua muat turun dalam HP

Ada satu applikasi atau Apps  yang dikenali nama ohfreefood yang aku rasa memang patut ada dalam setiap hp korang mulai hari ini. The beauty of this apps korang boleh #kongsirezeki dan elakkan pembaziran dengan kawan-kawan opis or penduduk kampung or taman perumahan.

Simple sahaja kan !

Masih diperingkat awal tapi objektif kewujudan apps nih sangat sangat bagus. Kadang kadang kita boleh stuck nak pikir dengan siapa kita boleh berkongsi rezeki, atau nak bersedekah. Tapi yg penting kewujudan apps seperti ini membuktikan IOT tanpa batasan.

Terkenang pula kalau zaman aku kecik-kecik, arwah mak selalu masak lebih dan akan sumbangkan pada jiran tetangga.  Seronok betul zaman tu, siap bertukar juadah. Tambah tambah kalau bulan puasa.

Tapi dalam keadaan sekarang aku memang akui, memang tak sempat nak bersembang sembang dengan jiran tetangga seperti zaman zaman mak kita dahulu. Maklumlah sekarang ni kaum wanita ramai yang berkerjaya. Berbeza dengan zaman arwah mak aku yang menjadi surirrumah sepenuh masa. Majoriti yang sampai rumah jam 7 petang, nak sediakan makan malam dan uruskan anak anak pulak.

Dua zaman yang berbeza tapi kita boleh teruskan tradisi memberi dengan menggunakan apps ni kan. Manalah tahu kan, ada termasak lebih boleh lah kongsi dengan jiran jiran nanti.

Aku tidak tahu sama ada applikasi ni boleh membataskan pergaulan seperti zaman mak mak kita, tapi looking at realiti sekarang memang aku jarang bertemu muka dengan jiran tetangga.  Jadi aku mengharapkan apps ini boleh memperbaiki sesuatu yang “hilang’ dari zaman mak mak kita.

jadi korang ingat yer, ingat Ohfreefood kalau teringat makanan atas meja yang banyak tu tak tahu nak buat apa.

  • #kongsirezeki
  • #terlebihmasak
  • #takhabismakan
  • #sajabelilebih

User experience dan interface design

Dah kerja hakiki aku, huhuh ,aku memang suka explore aku memang suka mencuba apps seperti ini dari segi user experience, flow, kontennya, objektif dan sebagainya yang berkaitan. hahah memang itulah kerja hakiki.  Tapi untuk permulaan, aku bagi thumbs up pada inovasi idea seperti ini.

So sis dah test hari ini dari segi flow dan user experience utk apps ni. Mmg banyak lagi yg boleh improve. Tapi come on guys apps ini masih baru beberapa bulan dalam pasaran.

Aku memang sentiasa teruja untuk mencuba benda yang baru tambah tambah yang membawa manafaat kepada masyarakat. Jadi aku rasa macam bertanggung jawab pulak nak war-warkan benda yang baik macam nih.  Barulah semua start up company akan lebih bersemangat untuk menghasil kan produk yang bermutu seperti ini.

Aku percaya pihak team ohfreefood akan tingkatkan lagi design, font yang digunakan dan user experience based on feedback yang dia terima dalam peringkat pilot projek ini. Dengarnya banyak Universiti pun banyak berstuju untuk join program ini. Maka kuranglah masalah pelajar yang tidak cukup makan seperti yang heboh dalam media sebelum ini

Aku cuma mahukan semua rakyat Malaysia support inisiatif meraka.

Baru- baru ini secret recipe buat promosi buy 2 free 1, jadi aku pun ambik kesempatan ini beli lebih sambil sambil test apps ini kan. Memula tu adalah error atau problem dari ios ini tapi team ohfreefood bersungguh sungguh untuk fixed kan masalah ini.

Akhirnya bila aku berjaya Listkan makanan tersebut, perasaan tu memang best. and bila ada pula orang request makanan yang kita share tersebut. Memang satu perasaan yang BEST!

 

suka kemain dapat kek sedap yer

 

Bagaimana untuk memulakan Ohfreefood

  1. Install apps di playstore atau di apple store
  2. Login via Fb ataupun register email
  3. Share food – isilah maklumat seperti yang diminta
  4. Listkan makanan tersebut
  5. Tunggu sehingga keluar successful

 

Kalau dah appear makanan tersebut di main landing page seperti ini, bermaknamakanan anda berjaya di listkan di dalam apps ini dan tunggu lah mungkin ada kawan atau pun strangers yang berada dalam senarai apps ini untuk request makanan yang ada listkan

Oh lagi satu, anda juga boleh rejek sekiranya anda lihat orang yang sama meminta atau request makanan yang anda keluarkan

 

 

Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal apps ni, aku syorkan korang cuba masuk website dia orang and dowload lah apps nih. Jom support start up lokal

Website : www.ohfreefood.com
Facebook : https://www.facebook.com/ohfreefoodofficial/
Instagram : https://instagram.com/ohfreefoodofficial/

4 Comments

  1. Mama Kembar Tiga April 1, 2019
  2. Nina Mirza April 1, 2019
  3. Salina Johari April 1, 2019
  4. Haida April 1, 2019

Add Comment