Mirelle Beauty Brightening Serum wajib dipakai dalam rutin harian

Makin lama mencari penyelesaian masalah jeragat atau pigmentation makin banyak info yang aku tahu. Maka makin aku sedar naif nya aku dalam penjagaan muka. Sungguh aku tak sangka serum sangat penting dalam rutin harian. aku hanya fokuskan muka ini dengan moisturiser cream dan sunblock. Kali ini aku nak share pasal satu lagi produk serum dari Mirelle Beauty Brightening Serum dan juga BB cream nya.

Sejak aku faham kepentinggan serum ini plus ada experience dalam produk serum yg lain  sebelum ini, aku tidak teragak agak untuk terus mencuba serum dari Hawa Skin Care. Itulah bak kata P.ramlee “kecik kecik tak nak belajar ” heheh. So far tak ada masalah walaupun aku tukar tukar produk, macam buat  R&D pulak aku ni kan.

Tertarik nak mencuba produk mirrele beauty serum dari Hawa skin care disebab kan kandungannya. Antara bahan yang digunakan dalam produk adalah habbatus sauda, minyak argan, madu, kulit kayu manis, minyak tea tree, minyak badam, minyak zaitun, minyak blueberry.  Dalam entri sebelum ni aku pernah review pasal argan and marula oil kan. Memang terbukti  bagus, itu yang buat aku tidak teragak agak nak cuba yang ini pula.  Tambahan Ianya produk buatan Malaysia dan semestinya Muslim serta dijamin 100% HALAL

Yang pasti persamaan serum ini teksturnya sangat halus berbanding moisturizer cream yang biasa . Kenapa teksturnya  wajib halus? Ini adalah kerana serum khas untuk  adalah rawatan dibawah kulit. Atau dengan kata lain terdiri dari molekul molekul halus yang akan menembusi kulit kita.

 

bagaimana serum membantu dari dalam

Kulit kita akan bertambah kering bila meningkat usia

Makin berumur makin kulit kering tau. Tambah tambah bila hampir dekat dengan menopause. Itulah sembang- sembang dikalangan kawan kawan yang berumur . huhuh dilema orang 40an ginilah uolls.

Range produk skincare untuk wanita yang 40an ke atas sememangnya berlainan dari yang biasa. Kalau pakai yang biasa biasa tidak membantu sangat. Jadi jika tidak mampu mendapatkan set skincare yang seperti aku cakap, aku sangat sarankan korang untuk mengambil serum mirablle ini. Jangan tunggu lagi.

Aku memang obses untuk lembabkan kulit aku sekarang

Faedah yang paling biasa  dalam penggunaan serum ini termasuklah mengurangkan  penghidratan, peningkatan khasiat, mencerahkan kulit, dan pencegahan jer awat. Mereka juga membantu mengukuhkan sel-sel kulit. Walaupun krim muka lain mengandungi hanya 5 hingga 10 peratus bahan aktif, serum muka boleh mengandungi sehingga 70 peratus

Mirelle Beauty Brightening Serum

teksturnya sangat halus dan wangi.. sejuk sahaja letak kat muka

Faedah menggunakan Mirelle Beauty Brightening Serum

  • Ia sesuai untuk kulit kering, normal, kombinasi dan sensitif.
  • Mencerahkan kulit daripada masalah kulit kusam.
  • Membantu menutup liang-liang pori besar
  • Merawat masalah jerawat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Merawat masalah kulit kering
  • Melembabkan kulit wajah
  • Merawat kulit sunburn
  • Bebas dari bahan kimia terlarang

 

perasan macam anak dara jap. Hehhe amacam? ada nampak glowing tak?

Mirelle Beauty BB Cream

Aku tak pernah menggunakan BB cream tapi disebabkan dah expose dengan beberapa produk penjagaan dan kecantikan kulit aku pun terpikir nak cuba. Selama hari ini memang prefer pakai foundation sahaja.  Biasalah aku ni kalau nak beli sesuatu barang confirm akan buat research dulu

So apa itu BB cream?

BB Cream adalah singkatan untuk krim ‘blemish balm‘. Ia adalah kombinasi serba boleh produk seperti pelembap, primer, SPF, asas, rawatan kulit, dan concealer. Ia pada asalnya dicipata di Jerman sebagai krim all-in-1 untuk digunakan oleh rawatan selepas laser pesakit. Dengan kata lain ianya untuk perlindungan, menutup parut-parut, dan penghidratan. hehehe in hasil pencarian sejarah BB cream

Jadi Miralle beauty BB cream ini adalah produk pertama yang aku cuba pakai. Disebabkan kadang kadang lepas sembahyang di luar atau di opis pun, aku rasa senang nak calit Mirelle Beauty Brightening Serumdan juga bb cream ini sebab handy.  So aku tak payah dah pakai foundation. Tapi sebaiknya yang aku baca kalau nak betul betul nampak muka peloles lagi, selepas BB cream pakai lah foundation dan loose powder. Nanti aku nak try buat lah tgk macammana.

 

 

Tapi bagi aku cukup dah kalau pakai serum dan bb cream mirelle beauty nih. Rasa confident lah sikit dari pucat dan kusam sahaja hehehe. Takkan nak bawak semua produk dalam handbag.. aduh jenuh la.

Cuma aku nak ingatkan, kalau korang tidak mencuci BB Krim-tidak kira apa jenamanya sekalipun ia akan membawa kesan sampingan untuk kulit korang Ya.  BB Cream memang sangat bagus. Ianya seperti asas atau pelembap berwarna biasa, tetapi BB Cream juga mengandungi pigmen warna, yang menyumbat kulit jika ditinggalkan untuk jangka masa yang panjang.

Bukan salah BB cream yer tapi sendiri yang tak jaga

Jadi salah satu tips penjagaan muka bila masa memilih BB cream pilih lah yang tekstur ringan seperti keluaran Hawa Skin Care ini bukan yang tebal dan berat. Ingat aku cakap di atas tadi, yang tebal confirm akan membuatkan pori pori kita tersumbat dan akhirnya akan jadi jerawat dan masalah lain pula.

 

Info Lanjut.

7 Comments

  1. YB Shehan September 24, 2018
  2. Ai September 24, 2018
    • azni September 24, 2018
  3. Salina Johari September 24, 2018
  4. Huda September 24, 2018
  5. hawa September 25, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!