Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang 2019

Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang di Terazza Brasserin and Melati dengan tema semarak rasa bermula dari 6 May hingga 4 June 2019. Selain dari itu terdapat juga promosi early bird semurah RM99.00 sehingga 5 May 2018.

Kalau betul betul nak bawak famili berbuka puasa musim ramadhan nanti aku rasa korang kena rebut peluang nih. Berbaloi baloi. Jimat  banyak tu.

Keistimewaan jamuaan buffet ramadhan di sini terdapat 100 juadah istimewa yang dibawakan dari setiap negeri di negara kita tau. Memang super specialllah. Kalau ada yang teringin sotong sumbat atau Laksa sarawak boleh datang ke Buffet Ramadhan Dorsett ini. First time aku jumpa hotel buat laksa sarawak, kurlass kan.

Kalau aku tengok history dari dulu Hotel Dorsett Subang ini tetap mengekalkan Menu Istimewa Sup Tulang Gear Box dan Kambing Golek Berempah. Kedua- dua ini adalah signature dish dari Dorsett Subang.  Bercakap pasal sup tulang Gear Boax ni paling terkejut, bila tengok jiran sebelah mintak dekat kaunter tersebut siap tanya nak makan berapa oran? kalau 2 orang saya bagi 2 hahahah.. matilanak … banyak tu …

Kalau hari tu datang dengan abam memang dah amik dah sup nih. Tapi takut membazir pulak bila makan sorang-sorang. Perut dah penuh dengan makanan lain hahaha. Memang rambang mata lah. Sebelum ni aku pergi preview buffet ramadhan di Best Western abam jugak yang pulun banyak makan heheh.

Jadi untuk korang yang memang kaki Sup Tulang Gear Box, pergilah serbu Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang . Boleh ulang banyak kali makan nih hahahahha…

Juadah makan disini memang banyak. Kalau rasa rindu masakan negeri tapi bertaraf hotel korang boleh intai intai sini tau.

Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang

To be frank tak kesemua makanan yang aku cuba, huhu tak muat perut tapi aku memang memilih apa yang betul betul aku nak cuba. Bila food tu memanggil manggil tu hahaha kenalah ambik kan.

Jadi aku nak kongsikan menu wajib korang cuba tau… please cuba. Nanti share komen kat bawah ni apa pendapat korang pula.

Pilihan Modernmumthingy

  1. Creme Brulee 
    Korang wajib rasa yang ini, antara creme brulee yang terbaik pernah makan. hahah aku makan dalam 4 mangkuk kut. Memang sedap sgt, cukup rasa. Gebu, lembut and manis yang boleh terima.
    Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang
  2. Gulai Tempoyak Patin
    Aku memang agak cerewet makan gulai tempoyak ni. Hanya makan di restauran Gobang Temerloh, tapi bila tengok jiran sebelah meja aku ni sedap jer sauk kuah nih . Aku pun apa lagi ambik juga nasik. hahaha…  Tak tahan woo.. sehingga menjilat jari
  3. Bubur Lambuk
    Yan ini betul betul berdekatan kaunter Sup TUlang gear box. Feel bulan posa yang best makan denagn bubur lambuk  Yang ini pun sodap weh!!

Menu Menarik

Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang
  • Briayani Gam Johor
  • Gulai Tempoyak Pating Pahan
  • Gulai Kawah kelantan
  • Rendang Tok Perak
  • Sup Campur kedah
  • Spageti Makanan Laut Sabat
  • Gulai Lemak Pisang Muda Selangor
  • dan banyak lagi…. korang tengok jelah gambar gambar ni COnfirm terliur
Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang

Harga

Terdapat 2 jenis harga mengikut lokasi

  • Terazza Braseserie RM 165 ( Dewasa)
  • Melati Room RM155 (Dewasa)
  • Early Bird Pruchase  sehingga 5 May 2019  RM99.90 sahaja
  • Pakej Kareem Ramadhan Room package Sahur and Iftar untuk 2 orang RM370
 

Fasiliti

1. Surau.
2. Tempat letak kereta.
3. Ruang makan indoor dan outdoo

Hubungi

3 Comments

  1. Dura Norell April 28, 2019
  2. ummi nani May 7, 2019
  3. Saidila Rahman May 23, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!