Wang tidak dituntut | Korang tahu tak, kalau duit korang dah terjun masuk ke jabatan akauntan negara? itulah namanya Wang tidak dituntut . korang pun tak tahu kan..? Selalunya wang tdak dituntut akan berlaku untuk kes kes macam akaun bilamana kita dah tak aktif selama beberapa tahun.
Table Of Content
maka pihak bank pun kenalah hantar kepada Jabatan akauntan negara dan juga rupa-rupanya apply untuk wang cagaran utiliti pun termasuk dalam ini jugak tau.. cth deposit api air ( ini untuk kes kita dah berpindah lah).
Maka ia dikenali dengan nama wang tidak dituntut.
Macam mana aku tahu pasal WTD ni? Aku ni pun hanya tahu sebab ada terlebih bayar untuk loan rumah. Bila rumah dah habis bayar dan nak tutup akaun baru sedar . Eh eh.. dah terlebih bayar orang bank cakap.
Update tahun 2023 : korang boleh buat secara online sahaja . masuk link https://egumis.anm.gov.my/
memang senang sangat, daftar masukkan IC dah boleh tahu berapa jumlahnya. Pembayaran pun secara online.
Pengalaman mintak wang tidak dituntut tahun 2015
Aku simpan sini untuk kenangan aku mengejar duit tersebut pada tahun 2015. Masa tu tak ada sistem lagi.
Memang my mistakelah sebab terlampau sibuk dan lengah lengahkan nak settlekan hal ini sampai person in charge pulak berenti. Maka bermula episod sukar untuk menuntut wang tidak dituntut tersebut.
Meh nak share kronologi untuk case I or pengalaman menuntut wang tidak dituntut. Hehehe sendiri punya silap kan, melengah lengahkan nak settlekan hal nih.
Untuk kes buku akaun yang biasa mungkin tidak serumit kes aku ni. Dengarnya bawak IC, buku bank… tapi untuk kes buku bank yang hilang heheheh… akan melalui sikit kesukaran. Kena panjat branch mana yg kita buka account tu, depa kena print bla bla bla …
Wang tidak tuntut kerana duit akaun rumah terlebih bayar
Kes aku pulak untuk Duit akaun rumah 2 nama yang telah terlebih bayar dan kena tunggu diwartakan
Kronologi mengejar Wang tidak dituntut
- June 2014 – rumah habis bayar
- Dec 2014 – Orang Loan bank call inform cakap macam bawah nih
Ada duit lebih lahkak. Kena isi borang bla . bla .bla..
- Februari 2015 – Baru teringat takda feedback dari bank. Maka aku pun call bank balik, laa.. rupanya person incharge dah resign. Banker cakap duit dah ke jabatan akauntan negara.
Tapi u kena pergi selepas bulan July sbb lepas tarikh tu baru diwartakan.
- July 2015 – Aku panjat jabatan akauntan negara di menara maybank tu. tapi dapat feedback Jabatan akauntan negara belum dapat full status pasal duit ni.
- Duit tak masuk lagi. Tapi good news, rupanya kalau kita panjat ke sini bagi no ic kita maka kita boleh check duit-duit kita yang dah terlepas masuk sini.
- Jeng jeng .. ada duit la.. duit akaun masa belajar di USM dulu. RM400++ oit.. banyak tu. lepas beli 1 handbag hahaha.
- Pihak jabatan akauntan negara cakap nanti datang balik yer selepas duit dah masuk. lepas tu nak panjat kesitu lagi bercintalah nak masuk KL kan. huhuhu. sampai terlupa sebab sibuk sangat.
- March 2016, contact semula Bank untuk dapat pengesahan duit dah transfer ke sana or belum. 3/4 kali call bercakap dengan orang yang lain lain akhirnya baru dapat. Barulah dia orang bg borang UMA-8..
katanya oo sepatutnya orang yang pernah contact you sebelum ni kena hantar form ni sekali pada you. adeh… frust dah dengar masa ni. Napa plak tak dimaklumkan kena isi borang ini jugak.
- May 2016. surat pun sampai, dapatlah surat pengesahan amaun tertunggak. bila tengok borang UMA8 tu serious pening. siap kena ada ambil pesuruhjaya sumpah lah.. pastu kena buat stem hasil bagai.
- May 2016- July 2016 – cuba contact Jabatan akauntan negara. Punyalah hazab nak dapat dia orang ni. I call.. husband pun call asyik tak dapat jer
- 18 July 2016 – akhirnyaaa dapat bercakap dengan pegawai dijabatan akauntan negara. Dia siap cakap pulak ..
Apa hal bank soh isi UMA 8. cukuplah borang UMA7..borang UMA8 ni untuk tuntut duit orang yang dah mati.
uwarghhh matilanak. cuba korang bayangkan kalau aku dah panjat tingkat 42 menara maybank tu.. sakit hati tak??? kita bukannya sentiasa ada masa nak call dia orang, kita pun ada kerja nak buatkan. haishh.. nasib baik tak pergi.
suami isteri jadi kena bukak akaun bersama. dah jadi satu kerja nak kena amik cuti bukak akaun. Ini untuk bila proses pembayaran balik nanti.
Nih alamat untuk Jabatan Akauntan Negara kalau korang nak p lah kan.
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my
Perihal Wang Tak Dituntut
Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965 terbahagi kepada tiga kategori:
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayarkan dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Gaji, upah,bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayarkan kepada kakitangan.
- Dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
- Cagaran dan deposit di mana tujuan wang itu dikutip telah pun dicapai.
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
- Pemiutang atau penghutang pelbagai.
2.Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekali pun dalam satu tempoh tidak kurang dari tujuh tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Akaun simpanan.
- Akaun Semasa.
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
baca : kalau hilang buku ASB
untuk ketahui lebih lanjut you all boleh refer disini juga. http://km.anm.gov.my/Artikel/Maklumat
Berapa lama proses wang tak dituntut? Bergantung kepada dokumen yang kita bawa
Okaylah kita paham lah proses nak keluarkan duit ni bukannya senang. nak pastikan duit dapat pada orang yang betul betul supaya dia orang tak kena audit. tapi yang aku tak puas hati ada beberapa perkara pasal proses wang tidak dituntut.
- Pihak bank pun nampaknya tidak punya ilmu yang cukup pasal isu macam ni. korang ingat kita orang ni takde kerja ker nak call sana sini time kerja? Sat borang ini lah.. borang itulah… lepas tu guide customer betul betul. weh.. kami ni sekali seumor hidup kut lalui proses macam ni. aku rasa bank tiap hari ada jer orang call, mesti dah ada SOPP kan.
- Laman web jabatan akauntan negara tu sangat sangat tidak membantu. Semua benda dia ‘campak’ kat situ . Informasi publik dan government servant diletakkan pada tempat yang sama.
- Cubalah korang letak diri korang untuk orang macam aku ni nak cari info. Situlah pasal pekeliling diaorang situ jugak maklumat asas pasal “Wang tidak dituntut” .Disebabkan aku ni memang kerja study pasal web, terus terang aku cakap navigasi laman jabatan akauntan negara ni ‘crap’ .. typical gomen. semua benda korang campak.
haaa.. lepas geram ni sebab, rasa terseksa betul nak mencari informasi tau tak!!! korang tak caya.. cuba masuk http://www.anm.gov.my/ korang cari maklumat and proses untuk WTD ni. nanti korang komen dekat bawah tau..
Esok nak p buat akaun bersama …. nnt aku update status hari rabu bila dah p Jabatan akauntan Negara dapat settle atau tidak masalah duit aku ni erk
P/s agak agak korang takder duit p lah panjat tingkat 42 mana tahu ada 2.6billion muahahha…
Update !.
Aduii payahnya nak buat akaun bersama rupanya. dekat 1 1/2 jam baru settle, tu pun sebab datang awal pagi. Pastu kena tanya macam macam pulak sebelum dia orang benarkan untuk bukak akaun bersama. tak taulah bank lain. tapi bank kepala rimau ni mcm2 proses and dokumentasi yang kena buat.
Selepas dah buat akaun tu, aku pun panjat balik menara maybank. Haha kat situ berlaki situasi yg pelik.kauntet kat situ ckp tak payah buat akaun bersama pun tak apa..
korang rasa?
Berasap tak aku masa tu? Haruslah kan! Last2 aku ckp balik baper lama proses pergi balik ni?.. akhirnya bdk pompuan ni pun paham dan akan update pada aku personally bila duit akan masuk semula. 3 weeks dr tarikh tu aku dptlah balik duit aku.
Sendiri punya silap
Lain orang lain kes .. tp ini lah kes aku yg bermula dr kesilapan aku sendiri yg lambat follow up. Dan … dpt officer yg tak berapa membantu malah menyusahkan.
Good luck untuk korang. Aku pun ada lagi duit yg belajar masa kat uni dulu… tapi malangya di USM pulau pinang. Aku dah P cawangan di Kuala lumpur .. hahahah derang kata kena p branch yang sama juga… abis tu???? dah kena amik cuti lebih pulak nak ke sana… huhuhuhu
Bestnya kalau tiba tiba dapat tahu Wang tidak dituntut ni ribu riban kan.. kan kan.
alamak.. mcm x berbaloi ja sy nak pegi tuntut duit yg dah ada dekat pejabat wang tak dituntut tu.dahla rm 170ja hmmm
Rm170 tu duit juga.. kalau dah dkt kl pergi jerr
kalau kita call jer mintak dorang checkn status boleh x?
Mmg x boleh.. kena p sana
selama ni penah dgr je, dah check dgn jbtn akauntan negara, uih..banyak tu yg tak dituntut. terus pi bank minta surat pengesahan.haha…smpai bank, org bank terpinga2 pasal ni. tak tau la bape lama nk dpt surat pengesahan bank tu. tak sbr aih, nak dpt balik duit tu… 😀
Waaaa… hahaha best tu …. i ada 1 akaun lagi yg x boleh settle sbb ada di penang .
Boleh check melalui online tak? Atau wajib pergi ke Jabatan Akauntan Negara juga?
kena panjat jugak kat jabatan akauntan negara tu . dekat menara maybank. memnag tak boleh check onlone
Boleh ke kalau kita nak tuntut wtd ni bagi pihak yg dah meninggal dunia? Contohnya suami menuntut bagi pihak isteri yg dah meninggal dunia.. dan bagaimana caranya?
boleh..just bawa sijil kematian asal utk semakan.
Ye gok ekk
Mcm mana nk check wang yg x dituntut
En kena pergi jabatan akauntan negara . Kalau di kl di menara maybank.
sekiranya ade uit wtd.. kite dah panjat bangunn.. bpe lame dapt uit tu pulak?
Kalau complete document semua dlm 1-2 miggu.
Aku punya lebih drpd 7 akaun bank yg xaktif…masa dulu nk tutup kat bank,pegawai bank ckp xboleh tutup akaun. So aku let it be laa…
Sekarang kita boleh claim WTD drpd akaun2 bank yg xaktif.
Aku pun kebetulan ada urusan di bandar,aku pergi pejabat AG. Disana aku diberitahu semakan sudah tutup utk arini…katanya limit sehari hanya 150…aduih…aku tanya mcm2 sbb dh dtg jauh..tp ttp xdpt…akhirnya ada sprang brader bagi no member dia yg dash daftar tp xftg semak…alhamdulillah…dpt gak.tk bro..
Dah disemak,akaun aku hnya ada WTD berjumlah …alamak….
RM 10.25 sahaja…aikkkk???
Pelik,drpd 7 akaun bank yang tak aktif,hanya ada rm10 je.?? Tak ke pelik? Kalaupun setiap akaun berbaki minimum rm10..kalau 7 akaun dah ada sekurang2nya rm70…macamana boleh tinggal hanya rm10????
Staff AG tu jawab ,kalau nak detail kena pergi cawangan2 bank yg kita pernah ada akaun 2 tersebut mintak peg bank semak…
Huuuuiii…satu kerja pulak….pikir punya pikir,ahhhh…lantak kaulah…nak kena pergi setiap bank pulak….lepastu mcm2 lagi akan timbul…..apa punya hal laaaa…..masuk kereta …blaahhhhhh.
lepas hantar borang wtd di jbtn akauntan negara.. berapa tempoh masa nak dapat duit kita tu semula puan? bole call jbtn tu x utk tanya status duit dah bank in or x?
Dalam 2 minggu.. boleh jer call tanya utl status
sis azni,
Sya da cb call, x de pn yg sambut tu call..
dah lebih 2 minggu.. ari tu submit dalam 24/08/2017
Sy punya dah nak masuk 3 bulan..x de masuk pun. lembab betul.
huhuuh skrg sbb ramai yang mintak kut.. mcm saya ni dulu masalah komunikasi .. tu yg jadi proses yang panjang .
Nak tanye Mse blaja dulu ade terlebih byar yuran dlm rm300++.tu dikira wtd gak ke
Kalau masuk akaun U ..urmm x dapek nak selamatkan laaa kut
Salam Puan.,
soalan saya satu saja…berapa lama Puan kena tunggu untuk dapat balik bayaran wtd Puan?.Saya dah tunggu hampir 3 bulan tak dapat2 lagi pun.
Aslmkm puan
Saya pun nk tanya berapa lama puan tunggu selepas submission?
saya punya kes lambat jugak… sbb ada misscomuunication tuh… kalau dapat orag yg betul handle mmg cepat jer dalam 2 minggu.
Saya pun ada WTD ni.. Baru nak ambil.. Jenuh nak tgg kalu camni..
Mujurlah tak lama lagi akauntan negara nak lancarkan portal egumis, boleh check online lepas ni. Saya baru baca pasal tu dekat sini https://semakanonline.com/egumis/
lepas hantar borang uma yg dah lengkap bersama dokumen sokongan ke anm ..berapa lama proses duit akan masuk ke akaun kita? ada cakap sebulan ada cakap 4 bulan?… sapa tahu…
kalau betul document lengkap .. mmg cepat. dalam masa 2 minggu ke 4 minggu
kalau bawak IC saja boleh tak? i prefer pergi dekat menara Maybak KL tu. buku bank zaman dulu entah pergi mana dah
Yerr bg ic jer.. buku mmg hilang lah kan
payah nak tuntut duit orang yang dah mati.Rasanya ada berjuta juta kot.. hihihiks.. Tapi tu rasanya,macam harta ahmad albab dah lerr. Status tak tahu sehingga sekarang.. huhuhu
Hahahah org yg dah mati mmg p amanah raya .. byk proses
Saya mohon WTD online pada 3/7/23, dapat emel pengesahan dokumen pada 13/7/23 dan duit masuk pada 21/8/23. Agak lama jugak tapi dapatlah bayar hutang insuran..hihihi
kan… jadilah dari duit tu tak bergerak