Aku memang tidak pernah puas mencari solusi untuk melasma dan jeragat yang mencanak seiring dengan umur aku ni. Kali ini aku tekad nak cuba Vitamin C Serum annona ini pulak, kalau dapat treat masalah pori pori yang besar it’s a bonus untuk aku.
Table Of Content
Tapi alhamdulillah, memang berjaya juga aku sekat setelah aku buat sedikit research masalah aku ini. Memang menghantui tau. Awal awal lagi aku nak cakap, nak kulit cantik memang kena jaga luaran dan dalaman. Plus treatment di beauty center.
Setiap produk memang ada kekuatan dan kelebihannya, tapi tidak semua orang rasi or sesuai. So the only way untuk tahu kena cubalah, nak tak nak memang kena investlah. Dengan Harga RM39.00 aku rasa berbaloi untuk aku cuba.
Masa muda memang lah kurang berkemampuan dan tidak ada ilmu dari segi penjagaan muka. Alhamdulillah dengan faktor umur dan financial yang sudah stabil faktor penjagaan kesihatan luar dan dalaman memang menjadi prioriti dalam hidup aku.
Jadi korang jangan lah terkejut kalau tengok banyak produk yang aku pakai dan cuba kalau korang baca dalam blog aku ni.
Konsep aku senang, kenalah cuba dan kenali diri sendiri.
Yang pasti, aku sedar aku ini sejenis orang yang cepat immune. Disebabkan itulah aku punya pelbagai serum dalam satu satu masa.
Kenapa muka aku kusam/jeragat
- Tidak pakai suncreen or sunblock dari zaman muda. (sekarang dan insaf)
- Low BP, bermakna aku kekurangan iron yang membawa oksigen ke seluruh badan, kesannya aku cepat kusam. Jadi terpaksa lah aku ambil inisiatif tambahan dengan supplement iron
- Kurang minum air.
Ya! ini lah masalah aku yang aku find out kenapa muka aku tidak seglowing orang lain hahahah.. Agak frust bila kita pakai make up tapi tetap tidak glowing. Tapi alhamdulillah berkat menjaga akhir akhir ini memang nampak lah hasil bila orang tegur nampak berbeza.
Jadi kalau betul nak muka helok kenalah aku pastikan aku buat ketiga tiga diatas ini dan terus istiqomah. Doakan aku yer!
So my Verdict /finding produk Vitamin C Serum annona
Aku dah mula pakai dalam seminggu, dan kebetulan aku travel ke Bali (untuk kali ke 4 heheh) tapi masa aku pergi ya allah punyalah panas. So bersedialah untuk burn or berjelaga.
Tapi, alhamdulillah tak ada weh. Serius!.. 2 orang anak saudara yang follow sama hahah berbelang muka. Terus keesokan harinya terus mintak pakai serum ini.
So apa finding aku pasal produk ini ? haaa inilah yang aku rasa.
- Tekstur yang sangat halus and lembut
- Rasa seperti air tetapi bukan rasa ‘kosong”
- Kadar serapan yang sangat cepat
- Muka memang tidak rasa berminyak
- Sesuai untuk prep sebelum mula make up
- Membantu kurang burnt
Macam aku cakap di awal tadi, dengan harga yang mampu milik memang aku tidak teragak agak untuk mencuba annona Vitamin C serum. Nasib baiklah aku bawak masa travel.
Tambahan pula aku tertarik membaca beberapa info yang google sebelum ini. Jadi aku kongsikan disini untuk rujukan pada aku sendiri or perhaps membantu orang lain untuk membuat keputusan.
kelebihan Vitamin C Serum Annona untuk kulit
- Menghalang sinaran UV daripada matahari yang menyebabkan kulit rosak, jeragat dan tua sebelum waktunya.
- Produk yang mempunyai antioksida kuat berperanan melindungi kulit daripada radikal bebas yang menjadi punca penuaan pramatang.
- Exfoliant yang berfungsi menanggalkan sel-sel mati daripada permukaan kulit seterusnya menjadikan kulit semakin lembut, halus dan cerah.
- Membantu mencerahkan kulit melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.
- Dapat menanggalkan bintik hitam yang tak normal pada kulit.
- Berfungsi sebagai anti-inflamasi yang sangat baik untuk mengatasi masalah jerawat.
- Membantu penyembuhan luka pada kulit.
Point paling penting yang aku nak korang tahu, produk Vitamin C Serum ini berjaya mendapatkan KKM : LULUS KKM NOT161004544K. So selamat lah untuk digunakan. Ianya mempunyai 10x ganda Vitamin C dan ia akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding biasa.
- Tiada campuran Alkohol
- Tiada pewarna tiruan
- Tiada pewangi
- Sesuai untuk kulit sensitif
Kandungan utama Vitamin S Serum
- Glutathione
- Hyaluronic Asid
- Peony
- Delima
- Skull cap
- Saxifraga
Untuk maklumat lanjut Vitamin C Serum annona:
Fuh.. fuh… semua diatas ni memang terbaik. Nak tau lebih lanjut korang google la glutathione tu apa.. and hyaluronic asid tu apa. Kalau cerita nanti panjang lebar pulak. Cukuplah aku cakap produk ini ada kesemua diatas.
Maklumat lanjut
- Website : https://vitamincseries.com
- Instagram : https://instagram.com/vcs_annona
- Facebook : https://www.facebook.com/VCSAnnona
- HOTLINE : 010-8424243
Betul tu, sunscreen memang sangat penting. Saya time muda remaja dulu aktif sangat. kononnya tak perlulah susah-susah pakai sunscreen time masih study. Sekali ambik kau, sampai sekarang ada masalah pori-pori. mmmmmmmm
Low BP tu adalah ai….makanlah segala enis yg konon leh naik BP tak pernah naiknya. Tapi mmg tak dinafikan pengambilan Vit C hari2 mmg elok memandangkan kita pun hari2 mkn tu bukan selalu ikut apa yg ada dlm piramid makanan pun..
hehehe.. geng lah kita …
Selalu tengok kat wall FB orang share and jual produk. tapi tak ada yg details review macam ni. Maybe boleh try jugak once skincare dah habis. 🙂
Banyak juga produk kat pasaran ni. Nak beli kena tunggu orang review dulu. Buat masa sekarang ni saya guna serum dari minyak argan dari morocco. So far ok lah. Boleh juga pakai kat rambut dan kulit kepala juga. Janji produk yang digunakan tu sesuai dengan kita la kan…..vitamin c ni memang baik untuk kulit kita, Nak yang ori kena makan limau lah…
Betul2 terbaik amik ori … tapi selalunya tak sempt nak beli. Yg ini kita leak dlam handbag pun okay
Dah peringkat usia macam Rawlins lagi la perlu bantuan pelbagai ubatan agar sentiasa nampak glowing. Thanks sebab bagi review – maka boleh la nak try menambahkan sinar dan nur di wajah kan. Gitew.
Kita pun dah start pakai serum ni. Banyak brand dah kita Cuba. Lepas ni nak Cuba pulak serum vitamin c. Mana tau kulit kita tambah cantik lagi kan. Heheh
Annona vitamin c serum ni memang best. Saya guna botol ketiga. Face mist annona pun saya guna. Best bau dia. Pakai ni memang puas hati sebab kulit muka lembut dan licin. Parut pun makin pudar walaupun ambil masa sikit tapi puas hati sebab selamat digunakan.
Haaa ai pun plan nak try face mist jugak …
Yang Glutathione tu untuk biasa ada dalam produk cerahkan kulit kan. Eh rasa nak try pulak sebab kata tak burn bila duk tengah cerah terik tu
Nad pun suka pakai jenis serum ni, sebab serum dia meresap terus dalam kulit. Harga dia murah juga ye.. Serum vit c ni nmapak best pulak, sebab terang2 dia tunjuk oren. Oren kan kaya dengan vitamin c mestilah bagus untuk kulit
Yeerrrr kita memang ada masalah parut kat tangan ni hehehe tak mau hilang lama dah operate boleh ker nak di kurangkan hehehehe bila buat video nampak jelas sangat kat tangan tu wakakakka…
Huda pun dah try produk Annona ni, serius best sangat lepas guna. Memang jatuh hati dengan Vit C Serum ni.. kesan kulit jadi lembut jer lepas guna.
Samalah kita ada dark spot tapi kita dari kecil dah ada. Ya, siapa ada dark spot memang kene extra care. Puteri chaya sangat,dengan sunblocknya, suncreennya.. Buat masa ni, kita pakai DMS skincare dgn ST. Serum stemcell. Belum try lagi annona brand tapi memang selalu trngok good reviews.. Baguslah!
ramai jugak yang share review pasal produk ni..katanya bagus untuk yang ada masalah kulit. Liezni pulak jenis hangat-hangat taik ayam je kalau beli vitamin ni.. nak jugak try vitamin mcm ni..manalatau kulit mulus kan..hihihi
Pernah search vitamin c serum yg bagus dan akhirnya ramai kata serum ni yg terbaik… So no wonderlah serum ni lebih dikenali drpada vit c yg lain..
Menarik la vitamin C macam ni utk kulit kusam, kulit kita pun jenis kusam semacam. Tapi xmau la vitamin C yg cucuk2 hehe
bagus juga vitamin c ni ehhh…terutama pada kulit muka…mmg kena amik berat tentang penjagaan muka terutama org yang macam say adah beranak pinak ni..ingat nak cubalah satu hari nanti
Kadang kadang dah guna banyak produk, yang dikira terbaik dan mahal, belum tentu serasi kan.
Bergantung pada hormon individu.
Bagus bila ada serum vitamin C ni..
Dia membantu merawat masalah dihadapi.
Vitamin C serum ni nampak macam booster terus kat muka kan. Sy check IG nnt. Terima kasih.
saya pun pakai ni kak. best
Blh tau x kat mana nak dptkn serum nie? Di farmasi ada x
sis boleh beli dari instagram yang i tulis tu…
Vitamin serum C pasti juga aman untuk kulit sensitif ?