Upin dan ipin | Masa dolu dolu sewaktu belajar komunikasi di USM.. pensyarah2 ni dok ulang kali cakap lah.. pasal benda ini. Maklum ler belajar pasal media. So kenalah tau kan.. mmg agak catchy frasa ni..
Media mencerminkan realiti atau membentuk realiti.
Korang paham? ke..tak paham.. heheh dulu dulu tak paham jugak.. yerlah masa waktu tutorial bincang pasal ni. lecturer biarkan jer kita bercakap .. membahas pasal frasa ni… tak ingatlah subjek apa tapi mmg best subjek ni. Bercampur dengan pelbagai kaum.. melayu india cina so kita dpt dengar perspektif yg berbeza beza.
cer kowang pikir kejap… 🙂
Pengaruh Upin dan ipin
ekceli nak citer pasal pengaruh Tv pada anak anak ni… saya mmg suka eskperimen dengan anak sendiri… dari kecik lagi saya test dia suka logo mcm mana dan yg dia senang ingat. Maklum ler omaknya kerja dlm bidang kreatif kan. so anaklah jadi bahan ujikaji. next entri saya akan share bab design pulak. Okay..back to iman.. Ada satu masa tu .. iman cakap
Mama… iman rasa teringin lah nak makan durian runtoh.
Rupanya tu semua skrip dalam citer upin ipin dalam episod durian. fuh .. berpeluh nak explain kat dia.. err… sampai skrg dia masih tak faham hehehhehe.. walaupun dia kata dia paham… kata dia.. atuk dlm upin upin cakap durian mmg boleh makan, durian musang boleh mkn so.. mestilah bole makan durian runtoh. Jenuh mama ni explain.
kali kedua pulak.. dia cakap.
Mama.. iman tak nak sunat.. iman takut..
siap nangis tu… heheh rupanya dia tgk episod upin ipin yang pasal sunat tu.. see.. see… Iman baru 4thn tau.. tapi senang nyer dia paham konsep sunat ini.. dahulu iman tak suka makan sayur.. tapi sejak tgk upin ipin ni.. dia kata dia pun nak jadi kuat ..upin ipin kata kalau nak sihat n kuat kena byk mkn sayur.. haaa senang kerja mama ni.. dia sendiri paham. Mmg besar pengaruh kartun ni.. atau media pada kanak kanak. Itulah dia tanggungjawab sosial Media.
Pagi tadi dalam Fb, salah sorang kwn saya pun ada menyatakan kerisauan Tv pada anak anaknya. huhuhu Masalah Global kan. katanya anak kurang membaca tapi lebih kepada TV.. dan bahasa bahasa yg tak berapa indah. Haduih takutnya nak handle situasi ni bila iman besar esok.
Iman baru 4 tahun.. nasib baik dia suka rancangan upin ipin ni. dan bg saya upin ipin ini mmg sgt bagus. sampai kalau saya travel ke indon.. jakarta ka… bandung ka.. bali ka.. semua akan tanya upin ipin ni.. dah akan terus mimik trademark utama siri kartun ini. ” betul .. betul… betul”. Yang tanya tu.. org dewasa tau…Mungkin disebabkan budaya kita hampir sama so senanglah untuk org indon pun memahami konsep upin ipin.
Saya ingat satu lagi rancangan kartun yg cukup femes jugak.. SInchan.. walaupun ianya adalah alih bahasa jepun ke melayu.. saya mmg tak suka. Ianya agak kasar, dan kadang2 mcm kurang ajar. tapi lately ni mmg lama dah tak tgk rancagan tu. Mungkin dah tak ada agaknya. Mulanya saya mmg tak menyedarinya tetapi bila salah seorang ahli keluarga agak terkejut dengan ‘budi bahasa” yg ditunjukkan dlm sinchan ni.. hurmm.. mmg bahaya lah.
Jadi back to persoalan di atas tu.. “media memaparkan realiti atau membentuk realiti”.. mcm kisah upin ipin dan iman.. pastinya sykt terbabit ada buat research bagaimana nak mempaparkan masyarakat kampung dan kisah anak2 tersebut di olah dengan comel sekali.. dan pusingannya membawa kepada penontonnya.. dan membentuk realiti seterusnya. dalam kes ini iman lah. setakat ini dia belajar apa itu sunat, makan sayur tu elok..and byk lagi.. dan akhirnya membentuk perlakuan positif seperti dalam kartun tersebut. Jadi apa bagaimana kalau kartun sinchan?? tidak mustahil ia juga akan membentuk peribadi iman dalam acuan sebegitu pula.
Memanglah byk faktor yang menyumbangkan terhadap peribadi dan kelakuan iman. tapi budak ini mmg mcm sponge.. dia akan absorb segalanya yg berlaku disekeliling. Kalau tak bagi tgk tv pula mcm zalim lah pulakkan..
Fuh mmg mencabarlah nak membesarkan anak anak ini. saya hanya mampu berdoa moga Iman akan terus jadi anak yg baik.
No Comment! Be the first one.