Tips Interview kerja Baru baru ni aku berpeluang berjumpa/ reunion dengan kawan kawan lama yang sama sekolah 25 tahun dahulu. Kami semua dah lingkungan umur 40an., dan punya banyak pengalaman bekerja. Hampir 18-20 tahun.
Table Of Content
Kebanyakkan kawan kawan aku ni kerja di pelbagai bidang, tapi nampak gaya pengalaman bila meng – interview budak budak ni hampir sama pulak. Antara tajuk yang kami sembang sembang ni salah satunya pasal budak budak fresh grad or Gen Y Interview kerja .
Apa yang berlaku dengan dia orang ni sebenarnya?
Hahaha macam macam nak cerita sebenarnya, siap gelak dulu nih sebelum terus menulis.
Rasa macam tak masuk akal pun ada tapi rasanya wajib pulak share dengan semua orang supaya boleh dijadikan sebagai panduan untuk kawan kawan atau anak anak kalau nak pergi interview nanti.
Selalunya dalam sessi interview, mereka akan diberi peluang untuk bertanyakan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Seingat pengalaman aku sendiri dalam musim interview dulu dulu, pertanyaan aku lebih banyak menjurus kepada soal kerja atau tanggungjawab.
Tak terfikir lansung soalan soalan macam di bawah ni yang budak budak Gen Y akan tanya. Tapi ini lah cerita serba sedikit Gen Y Interview kerja
Tips Interview kerja : Soalan Padu dari GEN Y yang tak masuk akal
- Waktu bekerja sampai pukul berapa?
Pertanyaan berkenaan waktu kerja tu sebenarnya standard dalam setiap sessi interview. Memang di galakkan bertanya. tapi yang paling tak tahan, budak budak Gen Y akan cakap
“Kalau waktu bekerja saya habis pukul 6, boleh tak saya tak nak diganggu selepas waktu tersebut. ” krik krik…
Hello, ko tu baru jer nak di interview untuk masa bekerja, kenapa lah tunjuk sangat sikap berkira pada waktu tu… korang rasa? nak tak hire budak budak yang tanya dan bercakap macam ni. Mestilah takkan.. tapi realitinya macam inilah.
2. Gaji lebih RM3500.00 boleh?
Seingat aku grad tahun 1998, gaji permulaan untuk degree RM1800.00 bila dah confirm barulah gaji naik RM2100.00 rasanya. Itupun dah cukup bersyukur, dan rasa macam dah tinggi dah.
Sekarang fresh grad gaji RM2500 permulaan secara purata tapi korang percaya tak budak budak hipster ni, berani mintak gaji RM3500 -4000 sebab derang ni dah buat kira kira. Bila mula kerja kalau pakai kereta honda, pakai Iphone 7, duduk kondo. atau pun nak pakai tudung itik yang rega rm200.00 sehelai tu.
Nak follow trend sekarang katanya. Boleh? percayalah inilah realiti. Mereka memang tak malu nak demand gaji tinggi macam tu. korang kena baca Tips Interview kerja nih
3. Boleh buka Social Media di ofis ?
Ini memang tak boleh tahan. Walaupun memang ramai yang buka sosial media di ofis, tapi macam tak lojik bila masa interview tanya soklan soklan macam nih. Sosial media ni dah jadi macam necessity untuk Gen Y, tak boleh dipisahkan.
Siap boleh tanya kebebasan penggunaan sosial media di pejabat sebab mereka perlu have “me time” Well.. kok yer pun janganlah tanya soklan masa interview dik oit.
4. Boleh kerja fleksibel atau work form home.?
Sebenarnya bukan tak boleh dik. boleh…. tapi tengok lah dulu job scope atau jawatan yang disandang. Kalau kerja di bahagian Finance, atau HR mana boleh dik oit. Selalunya yang berpeluang untuk kerja from home pun ada lah orang IT, dan selalunya yang boleh work from home ni untuk orang yang dah bertahun pengalaman.
Macam mana nak guide korang kalau awal awal lagi mintak kerja dari rumah, macam mana nak ada knowledge transfer dik oit.
Masalah Gen Y yang perasan bagus
Sebenarnya masalah budak budak Gen Y dan Z ni , bukan hanya di kalangan kaum melayu sahaja. Ianya melibatkan semua kaum.. melayu,india, cina. sama sahaja peel mereka. Mereka ini sejenis golongan yang hendak result cepat dan pantas dengan cara mudah. Macam ni lah cerita Gen Y pergi Interview.
Nak Kerja mudah, senang, tapi gaji mesti lebat.
Mereka boleh berhenti 24jam kalau tidak kena dengan jiwa mereka dan tanpa rasa bersalah. Sangat berbeza dengan zaman kita dahulu. Kita boleh tahan pressure dan tekanan kerja. .mereka ni macam tak boleh, hairan sungguh.
hurmm itu belum lagi masuk kerja pukul 10 pagi. Pelik betul, kita yang beranak pinak antar anak pergi sekolah dan siap rumah tangga boleh sampai ofis sebelum pukul 8.30 pagi.
Entahlah di mana silapnya. Adakah salah mak bapak sendiri yang telah mendidik mereka dengan cara yang sangat selesa berbanding dengan zaman kita. ?
Adeh… bila dikenang kenang, memang mencabar untuk hero kecik Iman sorang tu.. zaman dia dikenali dengan Gen Z.. apa pulak peel budak budak zaman ni nanti.
Tips Interview kerja yang aku kongsikan disini adalah sarcasm untuk mereka supaya pandai-pandai untuk mengawal diri sewaktu mengutarakan soalan.
Sedikit info pasal Gen
- Baby Boomer – selepas world war 2 – 1962
- Gen X 1963-1980
- Gen Y 1981 and 1994
- Gen Z 1995-2009
- Gen Alph 2010.
Credit Main images from http://www.generationy.com/about-generation-y-in-the-workforce/
No Comment! Be the first one.