Sinopsis Semerah Cinta Humairah
Humairah dijodohkan dengan Shahir sebagai meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Shahir pula sanggup mengahwini Humairah demi ibunya. Ini lah antara intipati Sinopsis Semerah Cinta Humairah
Bagaimanapun, Perkahwinan ini tidak bermakna kepada Shahir kerana dia sudah ada kekasih, Camelia. Hubungan camelia dan shahir sebenarnya tidak direstui oleh ibu shahir. Di awal perkahwinan humairah dan shahir tidak menikmati berbulan madu bersama. Shahir sentiasa mengelak untuk bersama .
Pada peringkat permulaan Humairah masih cuba untuk sesuaikan diri dengan status barunya. Biarpun dia isteri Shahir tapi dia masih kekok berdepan dengan Shahir, malah masih memakai tutup kepala bila dalam bilik dengan Shahir.
BACA : Sinopsis Cinta Bukan Kristal
Perkahwinan yang disangka memberi cahaya baru dalam hidup Humairah rupa-rupanya tidak seindah yang diharapkan. Humairah sangat kecewa dan cuba bersabar sehinggalah Humairah mengandung dan lahirnya Harith.
Saiful, kekasih lama Humairah(adik Shahir) pula balik dari London “As a Wake Up Call” menyumbang kepada hubungan dingin Humairah dan Shahir.
Namun tanpa disedari Shahir mula cemburukan Saiful dan Humairah. Camelia terus cari helah pisahkan mereka dan dalam masa yang sama Datin Suria berusaha rapatkan mereka.
Musibah datang dalam perkahwinan mereka bila Shahir kemalangan dan menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah . Kerana keadaan ini Shahir mengambil keputusan untuk menceraikan Humairah tapi HUmairah tak mahu. Dia tetap di sisi suaminya. Berbeza dengan Camelia pula dia terus mengambil keputusan untuk meninggalkan Shahir
BACA : Pengantin 100 hari
Pencarian Humairah dan adik beradiknya terjawab bila meraka akhirnya mereka berjaya berjumpa dengan ibu mereka. Camelia dan sekutunya Hisyam ditangkap dan didapati bersalah mencuri duit dan merancang kemalangan yang menimpa Shahir. Semua yang berlaku terhadap Humairah dan keluarga mentuanya, hanya kerana dendam.
Best tak cite ni kak?
Best … and geram
tgk satu episod. terus terjebak..
best citer ni..
Kaaan …
best cita niii.Harap ada sambungan ke.. hikhikhik. Bini baik gitu,mana nak dapat.Suami lumpuh pon,masih setia lg.. Berkat doa isteri dan kasih sayang,suami dia normal semula.Sedihhh… besar betul pahala isteri dia tu