Sinopsis drama tahyul | Dalam zaman dunia media sosial memang kita lihat ramai yang mengejar populariti. Sama juga dengan kisah tentang 5 sahabat begitu teruja menjadi content creator demi meraih populariti dan wang.
Table Of Content
Namun segalanya berubah dan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Mereka adalah pencipta kandungan dari laman sosial “Tales Of Tahyul“, biasanya mereka telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang. Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen.
Namun kali ini mereka tidak bernasib baik !
Hakikatnya lokasi yang dipilih kali ini memang dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu.n
Apabila penggambaran video bermula, situasi menjadi tidak terkawal apabila ia semakin jelas yang lokasi dipilih mereka itu memang benar-benar berhantu yang mana ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri dan tragedi. Dari olok-olok dan tahyul kini ia betul betul menghantui mereka.
13 episod akan mewarna untuk sinopsis drama tahyul ini. Pastikan korang berada di hadapan tv siap dengan selimut okay.
Saksikan drama ‘Tahyul’ bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober ini, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
BACA : Sinopsis Drama The Hotel, lakonan Mira Filzah menjadi pembunuh bersiri
Maksud tahyul menurut DBP
2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali; ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~
. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Info Sinopsis Drama Tahyul
- EPISOD : 16
- TARIKH TAYANGAN : 12 Oktober 2021
- WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
- RANGKAIAN : TV3 – Slot Samarinda
- PENGARAH : -PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
Pelalon Drama Tahyul
Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita Che Wan, Tania Hudson, Aidit Noh, Fauziah Latiff
No Comment! Be the first one.