Sinopsis Drama Shakira | Aku excited nak tonton drama ni sebab ada scene yang shoot di rumah aku hehe, rumah khai bahar lah kononnya. Rumah orang biasha biasher jer
Table Of Content
Jumpa dia orang ni secara live ya Allah, sweet and sempoi je sebenarnya. Nampaknya dekat sosial media dah trending nampaknya banyak juga promosi dari TV3.
Korang jangan lupa tengok drama bersiri ‘Shakira’ menampilkan gandingan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar akan disiarkan di slot Akasia TV3. Yang aku nampak jalan cerita ini seperti cinta 3 segi antara mereka. Shukri yahya bersikap seorang yang panas baran seperti dramanya yang terdahulu
Lakonan Khai Bahar sebagai pelakon baru memang not bad and mantap juga. Kalau shukri yahya tak payah cakaplah kan, tengok live memang melting. Janna Nick? artis favourite husband aku. Sanggup dia balik waktu lunch tu hahahaa
Apa-apa pun sinopsis mereka akan dikemaskini
View this post on Instagram
INFO DRAMA SHAKIRA
- EPISOD : 28
- TARIKH TAYANGAN : –
- WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
- RANGKAIAN : TV3 – Slot Akasia
- PENGARAH : Idora Abdul Rahman
- PRODUKSI : Wiranusa Corporation
PELAKON DRAMA SHAKIRA
PELAKON : Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Edika Yusof, Ikhwan Khairudin, Marisa Yasmin, Melissa Wafa
- Janna Nick sebagai Shakira
- Shukri Yahaya sebagai Amir
- Khai Bahar sebagai Irdi
- Syerinie Myra sebagai Anita
SINOPSIS SHAKIRA
Mengisahkan shakira yang berkorban untuk mencari pendapatan sampingan apabila kakaknya mengalami gangguan emosi. Shakira nekad untuk berhenti kolej demi keluarganya. Shakira sanggup menjadi buskers
Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Mereke berdua adalah anak yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin). Malangnya adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.
Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.
Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, Shakira terpaksa mengambil langkah lain dengan menjadi buskers untuk membiayai yurannya.
Namun lebih malang Zakuan abang iparnya terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental dan rumahtangga kakaknya mula goyang.
Di saat itulah Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).
Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Sebenarnya dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.
BACA: SINOPSIS SUAMIKU LELAKI PENDOSA
Shakira kemudian bertemu dengan Amir (Syukri Yahaya) yang mana hubungan mereka bermula dingin dek reaksi Amir yang seakan tidak menyukainya. Namun lama kelamaan ikatan yang terjalin bertukar rasa cinta apabila mereka semakin merasakan keserasian.
Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.
Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri.
Ketika kemesraan semakin terbit, bekas tunang Amir iaitu Anita (Syerinie Myra) kembali menjengah dalam hidup Amir hingga mencetuskan konfik cinta tiga segi.
No Comment! Be the first one.