Raya ke 5 baru ni , kami buat kelainan lagi. keluarga aku beramai ramai berangkat ke Sentosa Villa taiping. Memang berdekatan dengan kawasan Taman Tasik Taiping. Cewahh.. kali ini kami berhari raya di situ pula. Maklumlah dah tak ada orang tua huhu.
Table Of Content
Beginilah cara kami beraya, janji singgah semalam ke rumah peninggalan dan terus shoot ke taiping pula berkonvoi dengan 5 kereta. Lagipun Grik ke taiping bukan lah jauh sangat. Sambil tu boleh singgah ke kuala kangsar kampung arwah mak pulak. Yang penting tetap bersama sanak saudara kan.
Sebenarnya kami dah decide lama nak bercuti beramai ramai tapi selalu stuck dari segi jumlah bilik, Bajet , keluasan size bilik sebab heheh kami suka beramai ramai .. shhh…
Jadi pilihan kami ke sini memang tepat lah sebab pilihan hotel kami ni masih mengekalkan pilihan suasana kampung sesuai sangat dengan mood raya.
Satu lagi aku suka sebab aku rasa macam berada di bali pula.. ewah… tapi betul ni. Susah aku nak jumpa hotel and resort di malaysia yang konsep sebegini sebab selalu nampak dinding / bricks di kiri kanan. Kalau ada pun di Datai langkawi yang 6 star. mak aih .. mana mampu.
Sentosa Villa ni bagi aku sangat affordable memang dalam bajet kami.
Kenapa Sentosa Villa Taiping pilihan yang tepat
Aku bagi 7 sebab kenapa korang kena cuba try test untuk tidor di hotel ini. Ini bukan omongan kosong tapi ini lah apa yang aku dan famili aku rasa. Sampaikan rasa nak pergi lagi rasanya.
- Suasana Nyaman
Sentosa Villa taiping terletak di kaki bukit larut taiping yang sering menerima jumlah hujan yang tinggi. Jadi pokok pokok tumbuh segar di kawasan sini. So bila pokok pokok banyak.. O2 pun banyak lah . Sedap and Nyaman sangat. Macam terlupa sekejap kita berada di kawasan bandar di taiping. - Bilik yang besar
Banyak Pilihan bilik disini, tetapi memandangkan jumlah ahli kami ramai kami terus memilih bilik Family. haa tu dia..1 double bed dan juga 2 single bed. Plus kami tambah lagi dengan extra bed. Keluasan bilik memang sangat besar. Tingkap yang amat luas saujana memandang ke hadapan. memang osem betul bila bangun pagi. - Landskap yang sangat menarik
Sebaik sampai disini, habis kami terjah disekitar sentosa villa. Reception dan lobi areanya agak simple tapi aku memang terpesona dengan landskap di sekitar hotel ini. Siap ada sungai untuk bermandi manda. Jadi walaupun tiada kolam, anak sungai yang kecil ni pun membuatkan anak dan anak sedara aku yang lain terjun bagai nak rak. - Sentosa Villa berada di Taiping bandar yang aman damai
Taiping ni memang dari dulu bandar yang nyaman, pokok pokok dan tasik pun besar. Kalau pagi pagi joging di area sini memang segar bugar rasanya. Walaupun sekarang agak jammed atas tarikan pelancong tapi taiping tetap best tambaha tambah bangunan senireka yang mengekalkan warisan lama - Photo ops yang sangat best
Mood hari raya masih ada . Bukan main lagi anak anak sedara aku berjalan beramai ramai mengambil gambar. Setiap pelusuk kawasan disini memang sangat sangat best. Gambar pun cantik cantik. Korang tengoklah anak anak sedara aku semua bergambar .. haih macam nak masuk magazine. - Sesuai untuk family day.
kami amik dalam 4 bilik, cukup lah sekadar dapat berkumpul beramai ramai sambil mengambil gambar raya yang best dan pulun makan di bandar taiping. Semasa kami berada disini kami dapat lihat beberapa keluarga besar menganjurkan family day. Ada satu rumah bunggalow tu memang best aku tengok. Siap boleh masak masak dan makan makan secara terbuka atau di anjung. Kata receiptionist tu ada 8 katil besar . Haaa.. menarikkan. Confirm nanti abang abang aku ajak datang lagi ke sini. - Banyak tarikan sekeliling
Taiping ni bandar berserjarah . Ikutlah mana korang nak hala, kalau rajin boleh pergi muzium, boleh pergi kuala sepetang. atau kalau ada anak anak boleh bawa ke zoo taiping . Malam pun boleh masuk lagi. Tapi favourite tempat kami di taman tasik taiping sebab meninggalkan seribu kenangan arwah ibu dan ayah setiap kali datang kesini,
BACA : Family day di The kabin & Jeneral’s Lodge
Jalan Jalan cari Makan di taiping
Kalau datang taiping, korang ada banyak pilihan tempat makan. Ya amat! Ikutlah perut korang suka atau tidak. Mai aku suggest apa yang korang patut cuba
- Food court larut matang – Murtabak, laksa, mee combat, bubur cha cha, satay
- Belakang bomba
- Cendol ansari dan rojak
- Koaytew dolly
Maklumat Sentosa Villa Taiping
untuk harga terkini korang boleh refer di laman web mereka.
- Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak, MALAYSIA.
- Tel : + 605 – 805 1000, + 6013 – 593 1000
- Email : sentosavilla@live.com
- Web : https://www.sentosa-villa.com/
TIPS penting
Kalau nak murah, sila call direct dengan hotel mereka .. hahah kami dah terkena bila menggunakan 3rd party harganya agak tinggi sedikit.
Satu lagi tempat yang best untuk Family day , korang klik imej bawah ni hehhe. baru je kita orang pergi Raya haji tahun 2020
tempat ni memang femes. ramai orang suka datang sini especially kalau hari raya, memang fully book la sini kan. saya tak de rezeki lagi datang sini
mak aii..cantiknya tempat ni. esklusif sgt… nak kna terjah gak ni
Yerr cantikkkk ..
Dah lama tak ke Taiping, dulu sekolah sini.
Aiks sekolah mana? I pun sekolah taiping