Kawan kawan aku bagi feedback yang positif pasal sabun ni, sangat sangat membantu katanya. Bila aku tengok harga wahh… boleh tahan juga RM68.00 huhuhu. Tapi macamana pun, prinsip aku kalau mahal tapi berbaloi memang tak ada masalah. Katanya sabun ni sabun hilangkan bau badan dan juga untuk orang yang ada masalah kulit sensitif atau gatal-gatal.
Table Of Content
Eh betul ker ni?
Kadang kadang aku ni skeptikal juga. Tapi to be frank aku tergerak nak beli ada 3 sebab.
- Kempen #bmf
- Bahan asas untuk sabun ini adalah tanah liat ( selain dari kandungan lain)
- Hurmm.. hero kecik aku tu balik sekolah berbaulah ketiak dia bila balik sekolah takkan aku nak bg pakai deodorant. Kecik lagi kowt!
Haa.. rare kan justifikasi aku.
Entahlah kenapa aku terpikat sungguh dengan “kandungan tanah liat kaolin” tu hahaha. Kelakar pun ada.. Tapi sebenarnya aku kaitkan dengan kewujudan kita dari tanah and bla bla bla..
Korang jangan gelakkan aku tau, hahahha sebab deep into my heart aku rasakan sebegitu. Macam back to fitrah gitu.
Kisah aku dan sabun Azymacare Clay Body wash
Aku memang dah consume sabun ni dalam 2 bulan, aku memang suka bau dia, macam unik sikit. Bau yang fresh tapi bukan macam flowery yang melampau. Aku selang seli pakai dengan sabun yang ada heheh sayang, mahal kut. Disebabkan banyak testimoni kata bagus untuk buang bau badan so aku memang ternanti nanti nak tengok hasil pada diri sendiri terutamanya bila aku aku datang bulan.
Selalunya aku merasakan badan aku merembeskan hormon yang tidak berapa sedap sebelum datang bulan. Selama hari ni memang aku pakai deodoran dari produk amway sahaja yang dapat membantu aku membuang bau yang tak berapa best tu.
Aku risau sangat orang lain dapat bau yang kurang menyenangkan tu dari aku hahahha , tapi aku sendiri yang terasa rasa kut hehehe
Alhamdulillah betul sungguh, memang dapat bantu kurangkan rasa ketidakselesaan pada aku. Memang aku tenyeh betul di pelipat ketiak untuk pastikan kurang bau kurang yang menyenangkan tu. Experience gatal tu belum lagi lalui. If dah lalui nanti aku update balik entri ni.
Kisah husband aku dah sabun
Satu malam tu, dalam jam 12 rasanya hahaha, aku dengar bunyi bising. Laki aku ni mundar mandir keluar masuk bilik. Ish bising sungguh, tak boleh aku nak tidor
So dalam mamai tu aku tanya dok cari apa tu?
Hahha dia dok bebel sapa ubah krim gatal dia. Dia dah letak sebelah katil, and jenuh cari tapi still tak jumpa. Alamak, aku cuak jugak aku ke yang ubah cream tu.
Laki aku ni ada masa dia akan ada rasa gatal gatal dibadan dia, aku rasa kalau dia makan tak betul penyakit gatal dia akan menyerang. So malam tu dia rasa tak selesa dicelah peha dia pulak.
Kalau dah mula menggaru korang tahulah kan, memula tu dah sedap but end up melecet.
Aku malas nak tolong cari sebab aku mengantuk, so aku cakap pakai lah sabun azymacare dalam toilet tu botol kaler oren. So dia pun bergegas masuk toilet.
Beberapa minit lepas tu aku bukak mata elok dah dia landing tepi aku. aku tanya macammana? okay tak?
haaa.. legaaa.. Hilang dah gatal tu .. hahahaha itulah kisah di malam hari.
Sabun hilangkan bau badan
Produk Diyakini, Selamat Dan Halal
Azymacare clay body wash dikilangkan oleh Kilang yg mempunyai international certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa. Ada GMP, pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia), dan mendapat U.S. Food and Drug Adminnistration (US FDA)
Kandungan mineral, kalsium, oksigen dan zinc oxide yang tinggi dalam tanah liat kaolin ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit malah untuk masalah kesihatan juga seperti cirit – birit
BACA : Bedak Agnesia bedak legend
kebaikan tanah liat kaolin ini pada kulit manusia pula adalah ia dapat menyerap lebihan minyak di muka dan badan. Ia sangat sesuai kepada seseorang itu yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak.
Selain dari kandungan tanah liat, ada kandungan lain
- Chamomile
- Lavendar Oil
- Timun
- Lidah Buaya
- Body Odour Remover
Azymacare Clay Body wash, sabun hilangkan bau badan ni aku tengok dalam website dia orang terang terangan mengatakan mereka tiada mengandungi (bahan yang biasa terdapat pada kebanyakan produk mandian di pasaran):-
- Diethanolamin – bahan sangat bahaya yang akan menyebabkan kanser hati.
- Paraben – ialah sejenis bahan pengawet yang boleh menyebabkan kanser payudara dan mengalakkan sel-sel kanser untuk merebak.
- Pewarna sintetik – adalah bahan kimia yang menyebabkan kesan alahan untuk sesetengah orang.
- Silikon – Ia memberi kesan illusi kulit yang cerah, tetapi itu bukanlah kulit yang cerah sebenar seperti yang kita mahukan kerana ia adalah tiruan dan diperbuat daripada plastik.
- Lyral – berdasarkan Kesatuan Negara Eropah (EU), penggunaan Lyral (nama dagangan bagi wangian sintetik) boleh memberikan kesan alahan kepada kulit sensitif.
- Sumber haiwan – Tiada bahan dari sumber haiwan, hanya berasaskan bahan semulajadi tumbuh tumbuhan dan mineral tanah liat sahaja, justeru ia bersih, halal lagi suci.
nih aku share info produk sabun hilangkan bau badan tu, kalau korang berminat boleh lah try contact no yang aku share ni.
Harga RM68/pax (300ml) Harga Promosi RM100/ 2 pax (sehingga stok masih ada)
Korang kalau nak beli, boleh hubungi +6019 776 0647/ +603 6732 0647
atau layari www.azymacare.com
atau wasap terus https://www.wasap.my/+60197760647
Ohh good to know ni, dgr mcm bagus juga yea bodywash ni..nanti boleh la nak usha2 jugak bodywash ni 😁
walaupun mahal at long as die bagus takde masalah..bagus jugak sabun ni ye..boleh rekeman kat adik la..sebab die ada mslh kulit gatal jugak
Something differ dengan sabun ni sb gunakan tanah liat. So boleh dipakai pada muka juga ya? Nanti nak cuba lah clay bodywash Azymacare.
Menarik perkongsian ni. Kita pun ada kulit sensitive maybe sabun ni dapat membantu. Thanks share.
Kita pun banyak baca orang cite pasal sabun ini daripad tanah liat hurmm sebab kita tahu yang tanah liat banyak khasiat dan kebaikan kepada kulit terutama yang sensetif.. Kita pun rasa nak guna juga hehehe nak tahu macam mana baunya..
fuhh ingatkan kegatalan apa rupanya gatal badan hahaha bagus jugak ye sabun ni boleh hilangkan bau badan
hahhahah part gatal lain tu kena jaga jugak kaaan,.
Anak saya pun selalu gatal gatal badan ni. Boleh cuba lah jugak. Bebudak kan, bila gatal gatal, mak bapak die pun rasa terseksa sekali huhu
Ramai review ni best and boleh hilangkan bau badan kan.. Geram plak kita.. Rasa nak try gak satu nnt…. Apa2 pun awak.. Tq for sharing about this product
Bolehlah saya dan family cuba sabun ni. Banyak juga tengok kawan2 share tentang sabun ni 🙂
Jap first time dgr sabun dr clay?? Serius ahhh?? Terkejut kita baca.. Hehehe.. Tp sabun cm biasa ekk… Bagus juga ni utk kulit gatal2.. Wawa nak suggest kt kakak wawa sbb dia de mslh kulit gatal dr dlu lagi.
Memang menjadi ke? Untuk kulit sensitif pun okay? I jenis kulit sensitif. Dah pregnant ni makin menjadi2 pulak masalah gatal2 kat bahagian kaki. kalau menjadi nak jugak cuba.
alhamdulilah.. asben i okay pulak . ada few fren yg okay.. but ada jugak yg tak okay . ada yg memula gatal still ada.. continue beberapa kali okay
Nak pergi beli dan cuba dah… Banyak jenama tak sesuai untuk saya
itulah .. cuba lah kan .. mana tahu rasi …
Jadi nak cuma body wash ni soalnya juga banyak yg share. Soal harga tak jadi problem asalkan manfaatnya banyak buat kulit
Dah guna… Memang best bau dia. Paling best boleh legakan rasa gatal bila guna kat area kulit yang gatal-gatal tu.