Resepi Salmon sos pesto yang ni memang senang, you all patut try.
Table Of Content
You all tahukan salmon ni kalau pergi ke restoran harganya memang agak boleh tahankan. Dan Salmon ni pulak kiranya menu sihat. Dulu dulu aku tak pandai nak makan salmon ni. hehhe maklum lah orang kampung… pastu sejak kawin dengan abam tapi orang melaka jeree .. eh.. pandai pulak dia makan salmon. selain dari lamb dia kan mintak salmon. Haaa meh nak share resepi salmon yang senang nak buat ni
Rasanya aku pandai makan salmon ni dalam 8 tahun lepas kut. heheh siap ingat tau…sebab pencapaian dalam hidup. Korang pernah pegi restoran “delicious” haa.. dekat situla first time aku rasa salmon and pesto, itulah menu wajib order kalau kita orang pergi situ.
Barulah I pandai appreciate salmon… sebelum sebelum ni.. memang tak reti lansung nak kunyah salmon. Rasa kembang jer dalam mulut.. Tapi yang ini memang best. Tambah pulak fi derang goreng garing tang kulit tu…. uihhhh memang sedap ..krup krap. jer dalam mulut. tapi malangya selepas itu menu ni dah discontinue. So aku pun jarang lah jejak ke delicious nih.
So selama hari ini we all hanya makan salmon di restoran sahaja .. tapi sejak sejak nak kontrol makan ni makin rajin makan salmon lah pulak tambah2 cik abam kita ni lepas buat check up last 2 weeks hahah kolestrol agak tinggi.
so terpaksa control makan dia.. maka aku pun gugel laah mencari resepi yang best. supaya dapat rasa lain lain .. kalau tak sama jer boringlah kan. Dah lah kena control makan huhuhu. Masuk umor 40 an banyak kena consider … huhu.. eh… bebel pasal ni pulak kaan… korang baca jerlah kenapa aku memang concern sangat bab makanan sekarang ni
BACA : kisah kawan kawan dan saudaraa yang sakit Jantung
so aku ulang ini memang BEST and sempoi.
Korang boleh baca kat bawah ni untuk resepi salmon. Simple dah mudah
Bahan- bahan
- 4 salmon fillets
- ¼ tsp. salt
- ¼ tsp. Pepper
- 2 tbsp. olive oil
- ¼ c. milk
- 4 oz. Philadelphia Cream Cheese atau apa apa cheese pun okay
- 2 tbsp. pesto
- 1 tbsp. Finely chopped fresh parsley
Cara – cara
- Panaskan grill secara sederhana, aku pakai magic pan jer ..
- Ikan salmon tu hanya letakkan minyak zaitun, dan juga letakkan garam dan pepper. Pastikan grill kedua dua bahagian dan sehingga kulitnya seperti tertanggal, atau 10 minit masa masakan atau sehinggan ikan tu senang di cungkil dengan menggunkan garfu
- Dalam masa yang sama masak cream cheese dan susu dalam api sederhana selama 2 hingga 3 minit. atau sehingga cream cheese cair. Masukkan pesto dan pastikan sebati dan cream sos tu .
- Kemudian letakkan sos tersebut di atas ikan tersebut.
- Pastikan ada sayur sayur rerumput ada sekali yer..
- Siap!
khasiat : Nutrition Information per Serving: 10%DV vitamin A, 4%DV vitamin C, 6%DV calcium, 2%DV iron
Iman makan pun kata super sedap. Puas hati. Rasa macam boleh bukak restoran hahaha….. So apa lagi.. korang try lah..jangan lupa tag i dekat IG nnt.. heheh
Hari tu ada test chicken grill dengan pesto juga. tapi lain sikit teknik dia. nanti kita share erk
Lor…senang bangat ini resepi. Baiklah! nanti akan dicuba yer. Thanks Azni..selama ni makan salmon I grilled ajer atas pan. Ni ada sos istimewa die boleh la I mencubanya. 🙂
Haaaa senang sgt kaaaan…. cer buaaat
ikan salmon tu mcm mana nak basuh supaya bau hanyir hilang?
Hurmm salmon x hanyir sgt. Tp rendam dgn lemon pun ok