Resepi Ikan Asam rebus sesuai sangat untuk orang yang nak diet tau. Masa kecik kecik dulu inilah resepi yang arwah mak selalu buat, dulu tak pernah tahu pun asam pedas melaka. Dah umur 20an baru tau asam pedas melaka. Kira macam another version asam pedas yang menumis pulak, and minyak dia lebih berlinang
Table Of Content
Yelah dulu zamn susah , ini resepi yang mudah dan senang nak buat. Ada ikan, ada cili, ada asam keping pun jadi dah. Leps tu nak sedap bolehalh tambah bahan-bahan lain macam bendi or nenas kan.
Kira macam improvised version.
Tapi yang nyata resepi ikan kembung masak asam rebus ni memang menu sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak, dan juga cepat disediakan. Masakan asam rebus ni kuahnya cair sahaja sebab kita nak ia lebih berkuah dan boleh dihirup seperti sup.
BACA : RESEPI SUP IKAN MERAH
Kalau rasa tak sedap badan sesuai masak menu asam rebus ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa. Orang pantang pun sesuai kalau nak makan masakan yang sebegini,
Sebenarnya boleh sahaja pakai ikan apa pun, ikan kembung, temenung or siakap pun okay. So kalau bukak peti ais itu sahaja yang ada. balun sahaja.
Resepi Ikan asam rebus
Bahan-Bahan Ikan asam rebus
- Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
- Tomato / kacang bendi / batang keladi
- Serai – 1 batang (di ketuk)
- Asam keping (3-4 keping)
- Sedikit serbuk ikan bilis
- Garam secukup rasa
Bahan-Bahan B : untuk di kisar
- Lada kering (8-10 batang)
- Bawang merah besar – 1 labu
- Bawang putih – 2 ulas
- Belacan – setengah inci
- Kunyit – setengah inci
Cara-cara Masak Ikan asam rebus
- Didihkan air di dalam periuk
- 2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
- 3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
- 4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
- sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.
Tips:
- Selalu orang tambah nenas, nak bagi rasa masam manis, tapi ada orang pakai Betik muda nenas.
- Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kalau guna kunyit hidup lagi sedap lah.
- Kalau tak ada cili hidup, boleh juga kalau nak masukkan sedikit cili kisar atau cili boh sebagai ganti.
- Anda boleh masukkan serbuk perasa jika suka.
Baca : Resepi Sup Tulang
Selain Ikan asam rebus, kemudia versi merah jadi asam pedas, ada satu lagi resepi yang aku suka “kengsom”. kiranya ni macam adik beradik dia la hahahhaa.. tapi improvise version hehhee. nanti dah dapat resepi yang yang best aku simpan dekat blog. Meanwhile kalau korang nak rasa kengsom yang meletop korang boleh try di Restoran Alissara yang terletak di Puchong intan.
Mantappp!!
No Comment! Be the first one.