Iman nak jumpa barney di puteri harbour theme park
Puteri harbour theme park Best!! Iman macam tahu2 jer cuti sekolah dah bermula. Siap tanya .. “mama kawan iman ramai tak dtg sekolah. pergi jalan2 naik aeroplane. pergi tidur hotel “ amboi.. kelass anak aku ni. 4tahun dah pandai demand nak per bercuti . macamlah dia pun cuti sekolah hehehhe.. walau pun baru tadika kaan.
Tapi bila dipikirkan balik dah namanya budak maka memang begitulah dia. mmg begitu fitrah budak budakkan. so dalam pemerhatian aku, maknanya dia dah pandai bersosial di sekolah dan boleh bertukar tukar pendapat. boleh berkongsi cerita. bagi aku .. tu ada lah progress yang baguih untuk dia.
Iman happy di puteri harbour theme park
Actually mak pak dia pun sama kaki nyongket.. org perak kata nyongket tu .. maknanya kuat berjalan. . cuma poket tu jer nak kena plan sikit.. kalau bab jalan ni setiap tahun KPI jalan mestila 2 kali.. wajib… so apa yg perlu buat kenalah wajib menyimpan dan cari percutian yang agak mampukan.
Ikutkan tahun ni dah achieve.dah p penang and p bali. Tapi bila tgk member member ada post g tpt ni alamak! macam best jerk.puteri harbour theme park mcm menarik jerk.. kan kan.
Iman mmg membesar dengan lagu barney, bob the builder dan pingu… thomas and friends. Jadi rasanya pilihan kami untuk bawak iman ke situ mmg tepat lah.. sbb memang dia enjoy sgtlah
Walaubagaimana pun tempat mcm ni mungkin sesuai untuk budak umur 8 thn kebawah, ini based on feedback dari kawan kawan yang pernah pergo.. tapi yerlah lain budak lain tahapnya kaan. Mengenangkan nanti iman mungkin tak minat barney nnt tulah aku dan hubby gagahkan jugak p Johor nih.
Kalau ikut pemerhatian budak budak ni kan ada tahap tahap kartun yang disuka. sekarang ni Iman dok syok tgk movie cloudy lah.. frozen lah.. haa yang paling tak tahan movie pacific rim.. yang ni bukan kartun.. yang ni pasal robot bagai. Memang begitulah fasa budak budak.. alaa.. kita pun dulu macam tulah kan.
Okay back citer pasal tempat nih. Memang ramai yang tak tahu. Promosi tak sehebat legoland atau Sunway lagoon tu. Actually tempat ni memang berdekatan dengan LEgoland.
Nasib baik iman dah pernah p legoland dengan trip siti nurhaliza..tempat tu mcm panas sikit lah. taulah kalau bawak budak budak ni.. panas jer terus meragam.. mak pak pun ‘meragam’ juger.
Iman ni sebenarnya dia adalah cakap nak tidur kat hotel legoland yang baru siap tu..errks!! RM 800-RM1k satu malam kan.. omak aih.. tak merasalah rasanya nak p tempat tu. tapi tengok gambar hotel tu memang lah best. Memandangkan zaman ekonomi barang naik ni .. kenalah berimat cermat jugak. Mana yang mampu sahajalah.
So.. tempat ni dalam bangunan.. air cond.. heheh kira okaylah kan .. sambil dia orang main main .. ada tempat lepak untuk mak bapak. tempat letak stroller pun ada. alamak lupa nak amik gambar. aktiviti yang disediakan okaylah menarik juga. walaupun mungki tidak sehebat kidzania.
Floor pertama tu bertemakan Hello kitty. mungkin sesuai untuk anak perempuan.. tapi tu balun jerks… semua benda dia nak buat. walaupun nail art.. biarkan jerk.. biar dia experience. maklumlah omaknya tengah sibuk explore pasal “user experiance”..
paling kelakar dia kata dia boleh pakai sebab abang jimmy cousinnya yang kawin hari tu boleh jer pakai.. oo rupanya dia tgk jari abg jimmy yang ada inai tu.. kih kih.. memerhati juga anak aku sorang nih .
So apa aku rasa tempat nih? hurmm.. bagi aku dengan RM85 untuk semua tempat tu berbaloi lah.. sebab air cond.. and budak budak pun enjoy sangat. kalau anak anak yang suak main indoor playground..haa setiap floor ada .. main sampai puas. setiap masa ada show yang akan ada dari karikatur karikatur tersebut.
Tempat makan pun ada juga. Harga seperti yang dijangkakan.. boleh agak bukan normal price.. tapi.. boleh lah.. dari segi interior design nak kata hebat sgt pun tak jugak… tapi bolehlah .. kalau nak ambil gambar tu. okay lah..
Untuk yang ada anak perempuan suka verangan jadi princess or ballerina, ada satu tempat yang menarik juga. haa.. cuba tgk gambar balkis ni. org perak cakap abis hati ..hehehe.. siap tak nak keluar. siap dapat pakai mcm ballerina. dipasang music yang bersesuaian
Puteri harbour theme park
Floor 1 ; hello kitty
Floor 2 : Barney and friends
Floor 3 : indoor games
kalau sapa- sapa nak tau dengan lebih lanjut boleh jer masuk website dia orang ni http://www.playtime.com.my/ kalau ikut promosi.. selepas ini akan ada kampung lat juga. rasanya yang ini pasti menarik. seriously menarik.. tak sabar pulak nak tgk kaan.
Percutian singkat ke Johor bahru ni boleh sahaja kalau pergi dihujung minggu. Kami tinggal di hotel paris di taman bukit indah. rasanya sejak legoland dan Puteri harbour ni di buka byk hotel baru ada di kawasan ini.
Kalau pergi ke bandar JB pun dekat sangat. boleh lah layan makananan yang menarik kat sana. heheh aktiviti yang tak boleh dilepaskan begitu sahaja. dulu dah pernah p mee rebus tulang ZZ.
Makan best di JOhor Bahru
kali ni kami pergi lagi 2 malam berturut turut tau sebab dekat KL ni kan susah nak dapat. cuba tgk gambar ni.. mau tak terliur hik hik..
Satu lagi kacang pool.. perghh mmg menarik… so tempat wajib yg kami p tu di food court balai bomba larkin.
Actually banyak lagi tempat lain lagi. tapi dah bawa mereka seharian ke sini makanya pasti mereka keletihan. masuk kereta terus tertidur.
Ada sorang member cakap, masa ni lah ko nak berjalan ngan anak anak.. esok dah besar masuk U. silap silap sekolah menengah dah tak nak ikut kita jalan. memang tak nak jalan dengan kita.
Mengenangkan moment tulah saya ni kira taklah bergolok gadai nak bawak iman datang sini, cuma kita squeezelah apa yang boleh kan. Memang betul.. bila kita tengok dia happy and enjoy ada satu kepuasan pada kita.
No Comment! Be the first one.