AEON, pusat membeli-belah yang memang terkenal, baru-baru ini mencipta sejarah dengan pertandingan unik “Potato Bread Chompdown” sempena ulang tahunnya yang ke-40. Acara ini memang gempak habis, penuh dengan aksi mendebarkan dan pelbagai kejutan. Pertandinng ini adalah inisiatif AEON store, AEON Delicatessen dan La boheme.
Table Of Content
Sebelum sampai ke final, terdapat dua peringkat yang perlu dilalui oleh finalis dari awal bulan April dan Mei 2024. Peringkat pertama ialah saringan di 33 cawangan dengan merekodkan masa setiap peserta untuk habiskan 3 keping roti kentang. 10 peserta terpantas masuk ke peringkat kedua, di mana mereka perlu habiskan 20 keping roti kentang dalam masa tertentu. Pemenang pertama dapat baucar AEON bernilai RM300, sementara sembilan pemenang lain dapat baucar AEON bernilai RM50.
Pertandingan Akhir Makan Potato Bread Chompdown paling cepat di AEON Shah Alam
Kemuncak acara ni berlangsung di AEON Shah Alam, di mana 10 finalis dari seluruh Malaysia berkumpul untuk merebut gelaran juara. Peserta datang dari pelbagai negeri, menjadikan suasana lebih meriah dan penuh keterujaan.
Sebelum pertandingan bermula, peserta diberi taklimat tentang peraturan penting seperti keselamatan, cara makan dengan satu tangan dan cara menghentikan pemasa. Semua peserta perlu tandatangan borang pelepasan sebelum pertandingan, memastikan semua aspek keselamatan dijaga.
Peringkat Akhir di AEON Shah Alam
Peringkat akhir menyaksikan sembilan finalis berentap selepas salah seorang finalis tak dapat hadir. Mereka perlu habiskan 40 keping roti kentang dalam masa 15 minit. 40 keping roti kentang tu menandakan sambutan ulang tahun ke-40 AEON di Malaysia.
Juara Mengejutkan Semua
Kejayaan Che Wei Kan menjadi bualan ramai, dan ia memberikan inspirasi kepada penonton bahawa keazaman dan semangat juang adalah kunci utama kejayaan. Ramai yang kagum dengan strategi dan teknik makannya yang pantas dan cekap. Memang mengejutkan
Sementara itu, suasana di AEON Shah Alam terus meriah dengan pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan. Kanak-kanak kelihatan gembira dengan permainan interaktif, manakala orang dewasa sibuk mencuba makanan dari gerai-gerai yang menawarkan pelbagai juadah enak.
Di pentas utama, sesi bergambar bersama pemenang diadakan, diikuti dengan penyampaian hadiah oleh wakil penganjur. Pengacara acara tidak ketinggalan menghiburkan penonton dengan lawak jenaka dan kuiz interaktif yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.
Acara ini tidak hanya mempamerkan bakat peserta dalam pertandingan makan, tetapi juga mengeratkan hubungan dalam komuniti. Semua yang hadir pulang dengan senyuman puas dan kenangan manis yang akan diingati. Penganjur berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara seperti ini pada masa akan datang, menggabungkan hiburan dan persaingan sihat untuk semua lapisan masyarakat.
10 finalis terpilih mengil minit dan negeri ialah:
- Muhammad Shaifuldin, 2.01, Melaka
- Mohamad Asrul Fikri, 2.07, Pulau Pinang
- Kho Hai Chun, 2.08, Pulau Pinang
- Sathia Selan A/L Pulinggam, 2.17, Pulau Pinang
- Azwin Julianto B. Abbas, 2:43, Johor
- Ibnul, 2.59, Selangor
- Azim Shah, 3.01, N9
- Che Wei Ken, 3.01, Pulau Pinang
- Azdi, 3.03, Selangor
- Zack Adzry, 3.12, Selangor
Penonton pun teruja
Sepanjang hari, pengunjung dapat menyertai pelbagai permainan dan cabaran yang dianjurkan, sambil menikmati potato bread tersedia.
Suasana semakin gamat dengan persembahan muzik dan tarian yang menghiburkan. Kanak-kanak turut gembira dengan adanya sesi mewarna dan aktiviti kreatif yang lain. Bagi mereka yang suka mengambil gambar, terdapat banyak sudut menarik yang dihias indah untuk dijadikan latar belakang gambar kenangan.
Kemuncak acara adalah pengumuman pemenang pertandingan tersebut, yang disambut dengan sorakan gemuruh dari penonton. Para peserta yang berjaya menunjukkan kehebatan mereka dalam mengharuingi pertanding makan paling pantas ini dengangaya makan paling kreatif, menerima hadiah menarik dan pengiktirafan dari pihak penganjur.
Secara keseluruhan, acara ini bukan sahaja menjadi satu pertandingan yang mencabar, tetapi juga satu hari yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan bagi semua yang hadir. Ia berjaya mengumpulkan komuniti setempat dan mencipta kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat.
No Comment! Be the first one.