photoshoot raya KBBA9. Kecoh!… sangat kecoh… Memang feel macam nak sambut raya sangat dah. Heheheh itulah pengalaman bila berjumpa dengan semua ahli kelab blogger ben ashari atau lebih dikenali dengan #kbba9 sempena photoshoot baru baru ni.
Table Of Content
Keterujuaan kita orang ni semua sebab akan shoot di Muzium Warisan Melayu UPM dan juga gambar2 we all semua akan di ambil oleh photographer yang terkenal pulak tu, Wan Izhar. Mau tak kecoh!!
Yelah walaupun semuanya blogger, tapi jarang dapat berada di hadapan tabir, selalunya we all inilah bertindak sebagai orang dibelakang tabir untuk membantu promosi event dan produk. Sesiapapa nak buat produk dan event review boleh contact iolss okay…
Sebenarnya kebanyakkan we all ni berhubung dalam alam maya sahaja, dan masing masing hanya mengikuti dan follow blog ahli kelab. Bila ada occasion dan event macam ni lah baru berkesempatan nak berjumpa dan bersuai kenal. Ada yang datang dari pahang, perak… in fact ada di utara dan jugak kelantan. Tapi tak berkesempatan untuk turut serta.
AJK yang sempoi
Walaupun begitu, tapi aku memang respek lah dengan ahli kelab member yang lain. Semua sangat ramah dan happening dan pening hahahha. Untuk persediaan antara AJK pula hanya berkomunikasi melalui whatssapp, ini baru betul dipanggil ahli mesyuarat tingkap. Semua bertungkus lumus nak pastikan event ni berjalan lancar. Bukan senang tau.
Dari nak dapat sponsor, nak set agenda dan macam macam lagi lah. Aku pun AJK jugak.. tapi hanya mampu untuk siapkan design poster untuk viral. heheh tu jer kelebihan aku. team AJk yang lain memang terbaek.. tq tau uolls.. saidila.. ayu..yanie.. nani , lan, laila and opkos lah Ben sebagai penaung.
Mencari MUA
Aku.. bernasib baik dapat cari MUA pada minit minit terakhir. Lega.. hahaha sebab nak make up sendiri memang kelaut lah jawabnya. Memang tak reti weh!!! Last Make up pun pada 17 tahun yang lalu. Masa hari kahwin.. giler lama kowt.
Tambah sekarang muka bertambah bolat.. camna lah agaknya gambar nanti. so permintaan kepada MUA.. tolong jadikan muka akak ni kecik sikit yer.. hahahah.. you all boleh intan MUA ni di @byezzaharon
Nak citer pasal baju pulak.. huhuh baju tak sempat nak cari sponsor. Nasib baiklah dah standby untuk baju raya dari Jakel haha.. lega. Cuma mmg dah plan nak invest nak cari tudung jer, Ish.. aku gatai nak pakai tudung DUCK.. so boleh lah pakai sampai hari raya. Al maklumlah mahal.. pakai biar berkali kali yer dak.. nanti event reunion sekolah nanti boleh pakai jugak.
D day
Fuh haritu hujan kemain lebat dari kul 3 pagi, dah lah tak boleh tidor masa tu sebab batuk kuat. Confirm muka sembab and tak cun ( macam lah cun kan) Seawal pukul 7 pagi ada yang dah sampai. Aku pulak sebab tak berapa sihat badan. hanya sampai kul 7.45 pagi. Sian MUA dah sampai awal kan. Padang pulak lecak.. adui camna nih… abih lah kasut iolss…
So MUA pun mulakan lah acara men-touch up muka aku yang macam monster nih.. sure dia kena touchup abis abiskan. #sisredha. hahah.. tapi.. errr seksa betul rasanya acara make up nih yer.. berlayer layer dan amik masa. Nak citer pasal pakai contact lense , nasib baik lah MUA tu tolong pakai kan contact lense. aku tak reti lansung weh.
Lepas tu paling tak tahan hahaha.. pakai bulu mata pelsu tu. rasa macam pakai awning. Mata tak boleh bukak. Rasanya memang tak pernah pakai ..sebelum nih. Masa kawin pun tak pakai. takpala for the sake of experience. Kita try jer kan.
So, ahli KBBA ni ramai .. yang datang pun hanya sebahagian tu pun dah tak cukup tanah. Nak menunggu untuk ambik gambar pun jenuh, faktor panas tu tak boleh kata apa lah kan . tapi photographer wan izhar tu kemain sabor. Krew nya pun sabor jer.
Senyum jer dia. Kita orang pulak yang cakap. cukup ler setakat 3/4 keping gambar. tapi ini berkeping keping. Terus terpikir ..errr patutlah gambar yang aku amik tak lawa sebab tak sabar hahaha.. hehe balik terus godek IG dia.. rupanya dia yang ambik gambar album stacy tu.. perghh mantop.
Harapan aku agar gambar aku pun mantop nanti walaupun wan izhar kata aku ni agak keras dan ganaih heheh.. aku tau dia lawak jer.. Iols kan “RAWK” Tapi nak buek camno.. dah umor 43 baru meraso nak posing.. Eh.. jap jap.. lupa.. dulu aku pernah lah kuar newspaper cover depan lagi tau…heheh so pernah lah jugak.. tapi Ganaih is my DNA… so keras and kayulah jadinya.
Makanan yang disediakan katanya superb… tapi disebabkan aku letih and panas so cari ayaq sirap jerlah… tak boleh nak makan.itu memang peel aku dari dulu .. termasuk lah p travel. katanya masak lemak rebung tu mmg UMPPH! .. uihh.. rugi rugi.. bila tengok gambar derang makan siap bersimpuh berbaju melayu… I is JELES. hahaha..
Insyallah nanti ketemu lagi dari jamuan raya pulak yer….
akak memang comel pon..tak nampak macam umur 43 tahun aih… salah kita, tak sempat nak merasa masakan alan kampung tu..rugikan.
hahah ema pun tak sempat erk…. tulaa….. mengidam tul rasa. smlm akak p.. tapi mkn kedai…. tak best.. rasa kena makan dlam rumah tu jugak baru feel
patutlah kak azni kurus je.. kami pantang jumpa makanan.. hahaha
ada…..lemak tersembunyi…….hahah
Hai hai. Menarik betul tgk makanan yg ala2 kampung. Serius makan siap tambah lauk.
Lawaaaa kak azni hari tu tau, manis berseri seri
hahhaha…. bila org tua sekali skala kena make up …. gitu ler.. tapi balik capek
Muka akak lain sampai nak tegur pun takut salah orang je..hehehe
hahahha akak pun tak kenal mukak akak…
Hai mommy gojes…hihihi
semua comey comey.. tapi skali skala je boleh gitu.. tak tahan awning bulu mata… haha
Cantik mekap akak, nampak lain muka. Mesti tak sabar nak tengok hasil gambar Wan Izhar kan?
Alaa…cantiknya baju Azni 🙂 Baju khas utk photoshoot eh? hehe…