Perodua lancar kembali kereta untuk rakyat untuk model AXIA 2023 ini dikenali dengan nama Axia E! Secara rasminya, Perodua telah mengeluarkan varian terendah untuk Axia 2023 atau lebih dikenali dengan Axia E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi serendah RM22,000. Tujuan utama kereta ini dikeluarkan untuk menolong golongan berpendapatan rendah yang ingin memiliki kereta atau pemilik motosikal yang bercadang untuk memiliki kenderaan baharu.
Table Of Content
- Sifu kewangan Dr. Azizul: “Axia dah memang terbaik” tapi axia rahmah lagi hebat
- Axia E – Keluaran Axia 2023 model Harga Rahmah
- Ciri-ciri Axia 2023
- Perbezaan yang ditawarkan untuk Axia E
- Kelebihan Axia E?
- Kelayakan Gaji Untuk Pembelian Perodua Axia : deposit axia rahmah
- Dokumen Yang Diperlukan
- Kerja Swasta / Kerajaan
- Skim Graduan
- Student / Pelajar
- Berniaga / Kerja Sendiri
- Syarikat Sdn Bhd
- Axia 2023 memang pilihan terbaik
Sifu kewangan Dr. Azizul: “Axia dah memang terbaik” tapi axia rahmah lagi hebat
- Jika hutang RM25,000 selama 9 tahun dengan kadar 2.2% dan bayar deposit RM20,000. Ansuran bulanan cuma RM277 sahaja.
- Jika hutang bank RM25,000 selama 5 tahun dengan kadar 2.2% setahun dengan deposit RM20,000 juga. Maka ansuran bulanan menjadi RM465.50.
- Jika nak jimat lagi, beli Axia Rahmah. Bayaran 10% buat hutang bank 19,000 dengan kadar 2.2%. Ansuran bulanan hanya RM210.76 sen sahaja selama 9 tahun
Sebab itulah, untuk keadaan Ekonomi sekarang, keluaran Axia 2023 memang adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin upgrade kehidupan yang lebih selamat dan sangat sangat ekonomikal. Sangat-sangat membantu untuk mereka yang ingin membina kehidupan yang lebih tenang dan teratur
Ini bukan lah entri pertama aku ceritakan perihal kereta dan kewangan
- Nak beli kereta tu boleh, kira gaji tu dahulu
- Harga kereta yang mampu dimiliki untuk golongan pertengahan seperti aku
Syabas Perodua !
Axia E – Keluaran Axia 2023 model Harga Rahmah
Dengan serendah RM300 setiap bulanan anda dapat kereta Axia E dengan enjin 1.0L dengan 67hp dan 91Nm. Transmisi 5-kelajuan manual sahaja. Kenapa digelar Axia harga Rahmah???? Tak semua mampu untuk membeli kereta tetapi nak juga rasa membawa satu keluarga untuk menaiki kenderaan.
Bukankah lagi selamat naik kereta berbanding dengan naik motor beramai-ramai! Axia E merupakan kenderaan yang mampu milik lengkap dengan airbag, ABS dan Axia E diperakui dengan 4 bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tau!
Memang berbaloi lah…..
Ciri-ciri Axia 2023
Walaupun dengan harga rahmah….
- Keselamatan yang ada pada kereta ini masih ada dengan dua beg udara, system amaran tali pinggang untuk pemandu, rim kompang bersaiz 14 inci d
- Axia E datang dengan 3 pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.
- Axia E juga menawarkan ruang yang lebih luas dan memboleh kedudukan pemandu yang lebih baik. Lepasni boleh la bawak satu keluarga jalan-jalan menaiki Axia E! terutamanya untuk keluarga yang baru mulakan kehidupan dengan seorang anak.
Perbezaan yang ditawarkan untuk Axia E
- Axia E lebih kelihatan sporty berbanding dengan Axia lama dengan badan yang lebih besar dan reday. Axia E lebih besar dari model sebeum ini. Berapa besar? Di atas kertas flyer yang dituliskan menampilkan dimensi 3,760 mm Panjang, 1,665 lebar, 1,505 tinggi dan juga jarak roda sejauh 2,525mm berbanding dengan model Axia sebelumnya, Axia generasi baharu ini adalah 100mm hingga 115mm lebih Panjang, 65mm lebih lebar dan jarak roda 70mm lebih Panjang. Tetapi ia 15mm lebih rendah untuk melihat rupa kereta lebih sporty dan lebih stabil!
- Perbezaan antara kedua-dua ruang but untuk Axia, ruang but untuk Axia E dihasilkan lebih besar dari Axia sebelum ini.
- Design Axia E 2023 memiliki design yang sporty dan modern dengan garis-garis yang tajam. Terdapat grill depan yang menonjol dan lampu depan yang stylish. Bahagian belakangnya juga mempunyai lampu belakang yang elegan.
Kelebihan Axia E?
- Varian E dalam siri Axia 2023 merupakan model paling basic ataupun rata-rata orang menggelarkan dia sebagai ‘Axia Kosong” yang berasaskan model 2017
- Model ini dijana dengan enjin 3-silinder aspirasi natural (NA) 1.0L DOHC VVT-I dengan system bahan api (FI) yang menawarkan 67hp dan tork 91Nm
- Axia E merupakan system transmisi manual 5-kelajuan
- Mempunyai rim keluli 14 inci
- Set bampar depan tanpa lampu kabus dan bampar belakang mirip dengan model Axia 2017 tanpa sensor
- Jenis lampu utama ialah jenis mentol halogen
- Tidak mempunyai radio, tetapi boleh dipasang sendiri untuk system audio dan pembesar suara kerana Perodua telah sediakan semua wayar pendawaian untuk system tersebut
- Cermin belakang tidak disediakan wiper pengelap atau pemanas cermin
- Perumah cermin sisi masih hitam dan perlu dilaras sendiri dari luar
- Ruang kabin dwi-tona dengan papan pemuka, panel pintu dan kerusi serba hitam dan didatangi dengan bumbung berwarna cerah
- Tiada takometer tetapi hanya memaparkan baki paras petrol, jarak perjalanan dan peringatan untuk servis selenggara
- Tombol penyaman udara jenis manual tuil
- Streng kosong tanpa sebarang butang kawalan fungsi
Kelayakan Gaji Untuk Pembelian Perodua Axia : deposit axia rahmah
Orang kata ukur baju di badan sendiri. Axia ni memang dream car untuk aku sebelum aku pencen sebab dikira mampu milik. Tak kisahlah orang cakap dah dapat duit EPF boleh je beli kereta besar. Padahal nak kena pikir
- Komitmen Bulanan
- Maintenance
- kerosakan
- Insurans dan Road Tax
Nah ini contoh kelayakan gaji dan pilihan kereta Axia yang mana pilihan hati
Kereta Perodua | Gaji (RM) |
---|---|
Axia 1.0 G | 1900 dan keatas |
Axia 1.0 X | 1900 dan keatas |
Axia 1.0 SE | 2000 dan keatas |
Axia 1.0 Advance | 2100 dan keatas |
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk tempahan sila sediakan salinan dokumen berikut;
Kerja Swasta / Kerajaan
- IC (Depan & Belakang)
- Lesen Memandu (Depan & Belakang)
- Slip Gaji 3 Bulan (Terkini)
- Penyata Bank 3 Bulan (Terkini)
Skim Graduan
- IC (Depan & Belakang)
- Lesen Memandu (Depan & Belakang)
- Offer Letter (Semua page, pastikan ada pengesahan penerimaan kerja yang ditawarkan)
- Skrol atau Transkrip
Student / Pelajar
- IC (Depan & Belakang)
- Lesen Memandu (Depan & Belakang)
- Kad Pelajar
- Dokumen Penjamin (Ibu/Bapa/Adik Beradik yang bekerja)
Berniaga / Kerja Sendiri
- IC (Depan & Belakang)
- Lesen Memandu (Depan & Belakang)
- SSM
- Penyata Bank 6 Bulan (Terkini)
Syarikat Sdn Bhd
- IC Director (Depan & Belakang)
- Form 9
- Form 24
- Form 44
- Form 49
- Penyata Bank Syarikat 6 Bulan (Terkini)
Axia 2023 memang pilihan terbaik
Kalau aku mula bekerja, Axia memang tetap pilihan terbaik,
Kalau aku ada masalah ekonomi tapi ada anak 3, Axia juga pilihan terbaik. spec axia rahmah kira dah mencakupi yang basic untuk kereta tu berjalan
Kalau aku nak pencen nanti, Axia juga pilihan terbaik, sebab menjangkau umur 49 tahun ini, dengan tiada bebanan hutang kereta mahupun rumah, aku telah memasang angan-angan untuk upgrade kereta myvi yang berusia 9 tahun ini kepada Axia kerana lebih sesuai untuk pergerakan di bandar Kuala Lumpur.
Kos yang lebih rendah, akan memberikan satu financial freedom yang lebih kepada orang 50 an nanti.
No Comment! Be the first one.