Pengalaman Kuarantin di rumah | Benda yang paling kita takut sekarang. Benda yang paling taboo lah kiranya tapi itulah telah ditakdirkan aku kena juga pada hujung tahun ini 2021 baru baru ini.
Table Of Content
- Kronologi perjalanan bagaimana aku positif covid Pengalaman Kuarantin di rumah
- Pengalaman Kuarantin di rumah yang aku lalui
- RTK setiap hari
- PCR test
- Pastikan ada alat bantuan
- Supplement dan bahagian klinikal tambahan
- Makan tanpa bersalah
- Jangan cuba penatkan diri
- Mental kena kuat
- Jagalah SOP
- Tidak mahu dijangkiti lagi, cukuplah dengan Pengalaman Kuarantin di rumah kali ini
Sedih sebab segala perancangan hujung tahun musnah, aku nak balik kampung hadiri kenduri kahwin anak saudara, nak pergi travel dengan husband yang dah lama tak berjalan, and yang paling penting nak renovate toilet.
Dah siap amik cuti tau.
Tapi apalah ertinya kalau badan tak sihatkan. Aku syak aku kena sewaktu aku berhenti di satu kedai makan yang memang ramai orang dan agak berhimpit.
Dan paling best / kelakar sewaktu aku terlanggar dengan orang lain, instinct hati aku dah terdetik
” kena aku ni” hahahha
Kalau ikut Kronologi Penghujung november – December ni aku memang banyak bergerak. Bermula dengan projek girls trip ke Pulau Pinang, kemudian ke Majlis pernikahan di Grik Perak.
Korang bayangkan berapa orang yang aku jumpa pada waktu itu tapi Alhamdulillah adik beradik aku semua sihat.
Aku paksa dia orang buat RTK, sebab sangat penting untuk tahu dia orang ni semua sihat sebab ada majlis perkahwinan anak sedara yang lain pada minggu seterusnya.
Tapi apakan dayakan, siapa kita nak lawan takdir tuhan. Maka tak dapatlah aku memeriahkan majlis tersebut padahal kami dah beli persalinan baju untuk anak beranak dah huhuhu
Kronologi perjalanan bagaimana aku positif covid Pengalaman Kuarantin di rumah
Aku nak kongsikan dan simpan sini pergerakan dan kemungkinan waktu aku terkena jangkitan covid tersebuh dan Pengalaman Kuarantin di rumah. Aku ada baca pengalaman seseorang di twitter RTK test yang dia buat dalam gap 6 jam dari negatif kepada positit.
Persoalannya adakah semua orang kerap lakukan RTK test untuk mengelak menjangkiti orang lain ? jeng jeng ….hehhe
So ini perjalanan dan symptom yang aku dah husband aku lalui
- 4-6 Dec – di Pulau Pinang dengan kawan kawan. Aku sihat sahaja
- 9-11 Dec- Grik hadiri majlis nikah anak saudara, aku sihat tapi batuk kerana terlebih makan kuih semperit
- 11-12 Dec – Grik- Tasik Raban – Ipoh (masa ini aku ada sign nak period so badan agak lemah)
- 16 Dec – Demam, batuk , RTK faint line
- 17 Dec – RTK Faint line lagi jelas dari semalam
- 18 Dec – RTK faint line, PCR test
- 19 Dec – PCR positive , CTR value 22
- 20 Dec – Kuarantin dalam Bilik, Start hilang deria rasa
- 21 Dec – Husband start batuk kering
- 22 Dec – PCR husband positif
- 23 Dec – Iman yang kena kuarantin, kami bebas bergerak dalam rumah
- 24 Dec – husband hilang deria rasa
- 25 Dec – Oksigen husband drop
- 26 Dec – RTK aku negatif
Setelah aku rasa tidak sedap hati aku minta semua adik beradik aku pun buat RTK, alhamdulilh none of them infected. So dua lokasi utama di Penang, dan Grik tidak berada dalam senarai aku kena jangkitan.
Aku syak kemungkinan dan aku yakin aku terkena jangkitan sewaktu berada di Tasik Raban atau Ipoh.
Tetapi alhamdulillah suami dan anak aku tidak terkena jangkitan, dan aku yakin saat aku terkena jangkitan ini imuniti badan aku sangat sangat low sebab kebiasaanya sebelum period aku memang akan rasa penat yakmat, dan pening.
Tambahan pulak pada masa ini aku batuk agak kuat kerana hahahah aku pulun makan kuih semperit sewaktu majli pernikahan anak saudara aku.
Jadi banyak pergerakan tangan di muka setiap kali aku menahan batuk.
Tapi … kuih semperit tu sedap oit! hahah
BACA : 10 Info penting Covid19
Pengalaman Kuarantin di rumah yang aku lalui
Okay ini aku nak kongsikan untuk korang apa yang aku buat. Alhamdulillah sepanjang kuarantin aku tidak mengalami gejala yang teruk. Asbab vaksin dan cuba follow nasihat kawan aku yang bertugas sebagai doktor di hospital serdang.
Suspen tetap suspen, yerlah penyakit yang boleh bawak maut . Debar tau sepanjang duduk rumah, dan kadangkala mental koyak juga sebab terkurung dalam bilik huhuhu.
Jahatlah kovid ni, hahah dia macam kacau emosi kita.
Bolehkah pesakit kuarantin di rumah? boleh kalau masih kategori 1 dan 2. Tetapi sewaktu aku kena jangkitan ini, kawan anak sedara aku yang dalam kategori 2 seperti aku terpaksa masuk Maeps kerana ada kesukaran bernafas
Sejak balik dari Perak sehinggalah aku disahkan positif covid inilah yang aku buat.
RTK setiap hari
- Bila rasa tak sedap hari, sila repeat RTK setiap hari yer.
- Sejak aku balik dari perak, aku masih batuk dan tiba tiba aku rasa nak demam, demam aku Shoot 37.9 celcius dalam masa sejam sahaja. Aku sangat susah demam, jadi kali ini aku rasa macam pelik.
- Kalau ada faint line terutamanya kena terus menerus buat dan jaga SOP
PCR test
- Nak kepastian sila buat PCR, hati akan lebih tenang.
- Aku buat PCR test hari keempat aku buat RTK test sendiri. Aku denial pada mulanya
- Once sah postif, pihak klinik akan update kepada CAC.
- Penting untuk data kita masuk dalam CAC sebab sekiranya kita sesak nafas, dan perlukan bantuan ambulan mungkin proses lagi mudah.
- Kita permudahkan urusan pihak KKM dengan masukkan data atau declaration berkenaan result kita
Pastikan ada alat bantuan
- Home surveilence , atau kuarantin dirumah .
- Sekarang untuk cat 1 hanya kuarantin dirumah tetapi nasib baik aku dah bersedia dengan beberapa alat bantuan di rumah
- wajib ada oxymeter, BP monitor dan alat pengukur suhu.
- Kita perlu update 2 kali dalam Mysejahtera nannti
- Tempoh kuarantin terkini hanya 10 hari, tapi korang kena update seperti yang diminta barulah Mysejahtera terus bertukar bila habis tempoh kuarantik
Supplement dan bahagian klinikal tambahan
- Bila aku ada tanda batuk-batuk, sampai rumah dari kampung aku terus buat nasal spray dan gagle dengan produk Betadine. Aku takut batuk berkahak yang akan buatkan paru paru aku berlendir pulak nanti.
- Aku juga ambik supplement tambahan seperti Shiruto dan Vitamin C, habatussauda, dan Eskayvie
- Aku juga ambil Panadol untuk elakkan demam
- Aku juga sudah bersedia dengan Cool babm, dan 2 product Young&Living untuk pastikan otak aku register bau bau tu. dan rupanya cara aku ni betul, bila aku tengok satu video dari DrTengku Zulaikha yang suruh kita sentiasa lakukan pengecaman bau.
Makan tanpa bersalah
- Bunyi macam kelakarkan! hahahah tapi inilah pesanan kawan aku, Doktor farah yang bertugas di hospital serdang.
- Reason utama supaya kita sentiasa ada tenaga untuk melawan penyakit ini.
- Sebelum ini aku agak jaga portion makanan heheh sebab takut gemuk, tapi kali ini memang aku betul betul makan tanpa rasa bersalah.
- Tambah-tambah aku seorang yang punya BP rendah dan juga HB rendah, jadi aku memang makan supaya ada energy.
- Walaupun hari ke 4 aku hilang deria rasa sesungguhnya nafsu makan tu ada tetapi memang tiada rasa, dan aku paksa diri aku makan demi untuk kuatkan badan, dengan kata lain aku sumbat juga
- Terima kasih pada kawan-kawan dan saudara mara yang hantar makanan yang macam macam. Kali ni sis tak kisah nak gemuk haha
Jangan cuba penatkan diri
- Sekiranya terkena jangkitan covid, berehatlah!
- Alkisah suami aku cuba membuat aktiviti mengemas porch kereta dan tiba tiba dia terasa amat penat.
- BP naik dan Oksigen level jatuh weh
- ini antar Pengalaman Kuarantin di rumah yang mengerikan aku.
Mental kena kuat
- Aku ingat aku boleh bersenang lenang tengok netflix di bilik, tapi tidak
- Dalam keadaan tidak boleh bersembahyang, aku hanya mampu berzikir dan melayan perasaan huhuhu
- Aku jadi agak sensitif dan mudah menangis juga
- Ada hari aku kuat, ada hari aku terasa seksa berada di dalam bilik 24jam sehari.
Jagalah SOP
- Berbanding dengan pengalaman Iman kena covid pada bulan April lalu, aku sedikit Alpa kali ni sebab aku adalah pesakit.
- Aku jadi macam seorang yang tidak mampu berfikir, aku perlukan husband aku untuk buat RTK test dan kesannya husband aku turun dijangkiti
Tidak mahu dijangkiti lagi, cukuplah dengan Pengalaman Kuarantin di rumah kali ini
Ikutkan pengalaman aku tidaklah sengeri orang yang ditidurkan, tapi ia tetap menyiksakan emosi dan fizikal aku . Segala apa yang kita rancang jadi terbantut, dan melayan karenah sakit covid ini merisaukaan sekiranya kita menjangkiti orang yang berisiko tinggi.
Walaupun ini pengalaman kedua kami dan kami macam agak cool juga berbanding yang pertama pada masa itu telah buat hidup kami kacau bilau.
Mungkin kali ni disebabkan kami dah vaksin, tapi kerisauan dan mental koyak itu tetap ada . Namun dalam masa yang sama apa merisaukan pengalaman kawan aku yang kena satu keluarga, husband nya yang palik aktif selama hari ini yang telah sampai CAT 4.
Walaupun berkuarantin di rumah agak selesa tapi jika lalui sebegini memang menakutkan okay. ! serius weh
Jadi korang jagalah SOP betul betul okay
Menakutkan la…sebenarnya keliling kita semua ni dah tak selamat…memang Covid-19 mengekor je kan…setuju..teruskan jaga SOP…kadang rasa letih sanagt tapi nak buat macam mana…kita dah hidup dalam endemik…dah banyak plak kaum keluarga COvid 19 ni muncul…