OLA BOLA sedap pulak tajuk movie nih. Dah lama hilang perasaan seronok tgk bola malaysia ni… Laaaama sangat . Dulu sapa tak kenal mokhtar Dahari.. spiderman, taukey, santokh sing..
Table Of Content
Walaupun masa tu aku masih kecik tapi nama tulah jadi sebutan kat family aku. So kalau tahun 1981 baru darjah 1 yang buat aku teringat sangat sebab adik beradik aku semuanya pakat gila tengok bola.
Arwah bapak aku tu.. sanggup drive p Ipoh kalau ada game bola.. dari gerik tau.. huh! dulu jalan tengok lah macammana.. berlingkau lingkau.
Satu Family kaki bola
Nak citer kegilaanya bola dalam family aku nih… kalau musim bola sepak dunia baik laki or perempuan sampai sekarang akan duduk depan TV… abg abg ipar aku tak layan bola nih tapi kakak aku hahaha siap bancuh kopi dok depan TV.
Tapi bola sepak malaysia ni huhuhuhu sendu… kami tak kenal pun sapa player… well sorry … sbb bola ni bukan individu tapi semangat “teamwork”… itu yang takda tu. Ini pendapat aku yang orang biasa.
Perasaan tgk bola sekarang ni tak “mari”. Rasanya aku kenal player EPL lagi dari player malaysia… heheh why ? why? cer pikir.. tang mana silapnya..
Rasa patriotik bila menonton Ola Bola Movie ni
Tapi bila tgk ola bola ni “perasaan” itu dtg padahal derang ni pelakon jer kowt.. Good job producer! and the whole team.
Aku suka tgk mood filem ni.. story line.. Props, music.. And yg paling penting the real people of malaysian .. Melayu .. India china.. Sehati sejiwa.
Filem ni patut ditayangkan pada hari kemerdekaan. Melalui sukan pun ada semangat nasionalisme.. Siyes aku gelakk and touching at the same time
Siyes … deep sgt perasaan tu. #olabola
Pelakon pelakon tu mmg sorang pun aku tak kenal, eh… ada ada…bront sapa tak kenal.. rahim razali sapa tak kenal. tapi yang lain tu sumpah aku tak pernah tengok derang berlakon. Tapi tu tak menghalang aku untuk enjoy movie ni.
Storyline Ola bola memang mantap
Aku suka storyline dia., aku suka dia build up character penting dalam movie nih. Penggunaan bahasa semua ada Melayu, Chinese, India and english.. semua ada. Boleh jer paham.. semua blend cantik.
So bila tengok movie ni terus teringat zaman aku kecik kecik, kawan tanpa kira bangsa. keluar masuk rumah kawan cina and india suka hati. hahah jangan tak tahu salah sorang kawan india aku siap boleh hafal surah alfatihah.
BACA : Memori Zaman Sekolah rendah
So point aku, bila tengok drama ni.. “spirit” tu yang hilang bagi aku… ni semua salah orang politik yang menggunakan isu “perkauman”… eh.. tiberrr.
Back to the story ola bola… aku memang impress dengan segala props yang derang pakai…ish details tu.. heheh syiok tengok benda benda lama.. sah sahlah budak budak sekarang tak pernah tengok TV kotak tu… radio… and etc.. klasik woo…
Memang mengimbau zaman lama terus rasa dekat di hati. kalau ikut the making of ola bola nih.. director ni sendiri cakap research sangat penting… sangat sangat penting.. which is aku agree sangat sangat.. bukan syiok sendiri maa…
So bila ada something yang “sentuh perasaan kita” .. ada kena mengena hidup kita… so .. ish… mmg lainlah perasaannya..
Walaupun pelakon tak famous…tapi bagi aku dia orang dah sampaikan cara yang terbaik sangat tapi aku rasa yang buat aku terkesan adalah bait bait skrip yang diluahkan .
Dah lama hilang perasaan seronok tgk bola malaysia ni… Laaaama sangat . Dulu sapa tak kenal mokhtar dahari.. spiderman,taukey. santokh sing..Tp bila tgk ola bola ni “perasaan” itu dtg.. Gud job producer! Suka tgk mood filem ni.. Props, music.. And yg paling penting the real people of malaysian .. Melayu .. India china.. Sehati sejiwa. Filem ni patut ditayangkan pd hr kemerdekaan. Melalui sukan pun ada semangat nasionalisme.. Siyes aku gelakk and touching at the same time .. Siyes … deep sgt perasaan tu. #olabola
kita menang sama- sama , kita kalah sama-sama
Kerjasama adalah senjata kamu yg paling kuat.. Rakan2 kamu, mereka adalah nyawa kamu
ish… banyak lah skrip skrip yang best…
we speak different languages, but we sing the same song
asben akak haaa… senyap giler tengok #olabola.. macam deep giler perasaan dia. maklumlah peminat bola.
Perasaan dia lain sikitkan… habis jer movie ni memang nampak dia sebak, dia tak nangis.. tapi dari mata dia boleh paham lah.. itu laki okay, orang laki dan bola kan sinonim.. and owh rupanya bukan dia sahaja.. ramai kawan kawan laki pun citer benda yang sama .
Bahagianya bila semua kaum bersatu
lagi satu one of my fren cakap, masa tgk movie ni.. kira kanan ada melayu. india cina.. terasa “bahagianya” sebab sama sama gelak.. sama sebak… perghh 1 malaysia abis.. haa.. ini baru betul.. bukan hipokrit punya maa..
heheh ingat senang ker aku nak review pasal movie nih. rasanya baru 2 kut… yang betul betul menyentuh perasaan jer aku akan tulis.. maklumlah bekas budak broadcasting..
hehehe expectation aku pun tinggi jugak.(kunun).. aku memang appreciate giler tengok movie yang letak effort yang tinggi macam ni… ini macam lah yang kita mau Jalan citer terbaik, produksi terbaik.. k
udos tu director yang juga merupakan director untuk filem journey…
So aku highly recommended pada kawan kawan family bawaklah tengok movie #olabola ni… please.. tolong lah bawak. jenuh aku promote kat dalam Fb and wassap group.. bukan aku dpt untung apa pun tapi sebab aku rasa rugi sangat kalau tak tengok movie nih…
SERIOUS RUGI… JUST GO!!!
p/s dgr citer kutipan terkini dah 8 juta… wah wah….
No Comment! Be the first one.