Peluang jana pendapatan bersama al’ard ! Kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ kini sedang rancak berjalan dengan matlamat besar menghantar RM3 juta ke Palestin. Sejak pelancaran kempen ini pada Disember 2023, sebanyak USD 340,000.00 telah berjaya disalurkan, bersamaan dengan RM1,914,790.00. Dengan setiap pembelian produk dari Palestin, anda bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat mereka, tetapi turut berpeluang untuk menjana pendapatan.
Table Of Content
PELUANG NIAGA DENGAN SISTEM AL’ARD PARTNER
Peluang niaga terbaik ditawarkan kepada pengguna yang ingin menjana pendapatan bersama Al’ard.
Sebagai Partner Al’Ard, anda bukan sahaja membantu memperkasa ekonomi Palestin tetapi juga menikmati margin keuntungan yang menarik. Al’Ard telah memperkenalkan sistem baru, Al’Ard Partner, yang menggantikan kaedah jualan manual yang sebelumnya dilakukan melalui WhatsApp atau perjumpaan fizikal. Dengan sistem ini, ejen boleh membuat pesanan stok secara langsung melalui platform digital yang disediakan.
Sistem ini dipecahkan kepada tiga kategori partner, iaitu Gold, Silver, dan Bronze Partner. Setiap kategori menawarkan peluang keuntungan yang berbeza:
Gold Partner
- Margin keuntungan: sehingga 40%
- Pembelian pertama: RM3,888.00
- Pembelian seterusnya/minimum: RM1,888.00
Silver Partner
- Margin keuntungan: sehingga 32%
- Pembelian pertama: RM388.00
- Pembelian seterusnya/minimum: RM388.00
Bronze Partner
- Margin keuntungan: sehingga 20%
- Pembelian pertama: RM188.00
- Pembelian seterusnya/minimum: RM188.00
Selain itu, Al’Ard menyediakan pelbagai sokongan pemasaran dan kit jualan seperti poster, gambar, video, risalah produk, T-shirt, bunting, dan senarai web. Semua ini bertujuan untuk membantu ejen-ejen Al’Ard menjana pendapatan dengan lebih berkesan.
Model perniagaan simbiosis yang diterapkan oleh Al’Ard di Malaysia membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan produk terus dari Palestin, dengan kelebihan keuntungan bagi ejen, serta memastikan dana yang diterima dapat disalurkan secara sah dan telus ke Palestin.
Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard dan memulakan perjalanan anda sebagai penyokong produk Palestin sambil menjana pendapatan, layari laman web www.partneralard.com atau hubungi kami melalui WhatsApp di https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard.
MEMBINA EKONOMI PALESTIN MELALUI PERNIAGAAN
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, pernah menyatakan bahawa cara terbaik untuk menyokong rakyat Palestin adalah melalui pembelian produk asli keluaran mereka. Menurut beliau, “Rakyat Palestin tidak sekadar mengharapkan simpati; kami ingin membangunkan ekonomi sendiri, yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.” Yang paling penting barkah bumi palestin minyak zaitun Palestin adalah antara yang terbaik di dunia,.
Dengan membeli produk Al’Ard, anda membantu memastikan sokongan kewangan yang telus disalurkan terus ke Palestin, tanpa sebarang ketirisan.
SEDEKAD DI MALAYSIA
Sudah genap sepuluh tahun Al’Ard beroperasi di Malaysia. Dengan sokongan daripada rakyat Malaysia, Al’Ard telah mengembangkan sistem ejen yang membolehkan rakyat tempatan mendapatkan produk asli dari Palestin secara langsung. Melalui transaksi ini, dana penting disalurkan terus kepada rakyat Palestin, sambil memberikan peluang pendapatan kepada ejen-ejen di Malaysia.
AL’ARD: SYARIKAT PALESTIN DI MALAYSIA
Al’Ard merupakan satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di Malaysia, dengan ibu pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor. Walaupun produk Al’Ard telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, dan banyak lagi, Malaysia tetap menjadi pangkalan utama operasi kami. Ini selaras dengan polisi kerajaan Malaysia yang telah lama menyokong perjuangan Palestin.
Jom lah jana pendapatan bersama Al’ard
Layari laman web www.partneralard.com atau hubungi kami melalui WhatsApp di https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard.
No Comment! Be the first one.