Buat julung kalinya, aku masuk contest SEO dan berjaya pula dapat NO.2. Mulanya aku perasan aku dah lead dirangking pertama … tetapi berjaya dipintas oleh blog lain. Walaubagaimana pun, perasaan tu macam YEAH!! bestnya, rasa nak lompat lompat tinggi dan sangat puas kowt. Hadiah tak dapat lagi maklumlah baru sibuk raya kan.
Table Of Content
Sejak mula berjinak-jinak dengan dunia blogging and wordpress inilah Contest SEO pertama yang aku masuk. Hadiahnya adalah RM200 tunai dan Pakej fotografi perkahwinan yang bernilai RM600 dari syarikat orange photography.
Sapa nak bagi duit RM200 oit…. hehehe.. betul tak?? Kalau ada anak sedara aku nak kahwin sekarang memang aku akan bagi jer pakej ni, tapi malangnya tak ada . hahaha.. so terpaksalah aku dan abam jadi pengantin sehari dengan props tambahan IMAN. Cute apa…. hehehe. So nnt gambar tu dah keluar korang jangan terkejut yer. Habaq awal-awal ni
Tapi to be frank sebenarnya aku tidaklah kejarkan sangat nilai RM tersebut, (cewahhhh) tapi lebih kepada untuk challenge diri sendiri bila join contest SEO ini. Selama hari ini apa yang aku buat adalah membuat entri entri tertentu untuk memintas entri yang sering berada di rangking carian utama.
Fuh.. ingat senang ker? Kadang-kadang susah, kadang kadang senang jugak.
Kepuasan Berblogging dan dapat menang Contest SEO
Contest SEO yang aku masuk tersebut adalah contest pakej fotografi perkahwinan yang dianjurkan oleh http://www.coretananuar.com/ . Korang ingat suka suka ke dia buat contest ni. Bijak dia nih … hehehe .. nanti kalau aku rajin aku explain kenapa.
Menulis untuk blog sebenaranya memang best. Dari plan asal aku untuk jadikan sebagai catatan diary tapi akhirnya aku dapat meneroka lebih dari itu. Sometimes lebih dari pada experience dalam dunia pekerjaan aku sendiri. Bagi aku pada masa inilah aku dapat explore dengan beberapa teknik dalam dunia internet.
Advantage untuk aku, sebab ada knowledge dalam design, dan serba sedikit dalam penulisan berdasarkan degree yang ada plus experience dalam dunia IT. Tapi bila bekerja dalam organisasi yang besar memang tidak sama bila berblogging. Kita hanya tertakluk kepada bidang atau JD sahaja.
Terus aku rasa nak mengajar di UITM di school masscomm sebab ada course baru media digital.
Blog sebagai medan eksprementasi
Aku treat blog ini seperti aku run company sendiri. Kau lah writer, kaulah boss, kaulah orang teknikal, designer dan marketer. Blog ini sebenarnya juga satu medan eksperimen untuk aku.
Dalam dunia pekerjaaan aku sebagai UX designer, role aku lebih mengkaji dari segi respond audience terhadap design dan navigation dalam sesuatu website atau portal. Tetapi aku perasan, Company aku tertinggal benda yang paling penting iatu dari segi aspek penulisan atau copywriting untuk web atau internet. Atau lebih tepat penulisan yang menepati SEO.
Seringkali content writing dan design dipandang rendah dalam company aku untuk sesuatu projek. Mereka lebih mementingkan aspek teknikal dan functional. Padahal respond pertama pengguna atau audience adalah rupa bentuk, struktur content dan navigasi dalam sesuatu projek
Opss bukan user sahaja tau tapi ranking dari enjin carian jugak sangat sangat penting tau. Tapi nampaknya derang tak berapa ambil berat isu ini. itu yang aku frust tu. Jadi baik aku eksperimen dengan blog aku sahajalah.
Apakah SEO
SEO atau search engine optimisation sangat penting dalam memastikan ranking pencarian dalam google. Ianya adalah teknik dalam mengoptimasikan laman web atau blog kita.
Bukankah mental model atau behaviour kita sekarang untuk mencari maklumat adalah dengan menaip dalam kotak carian google. Cuba korang fikir sejenak. Apakah keyword korang taip sekiranya ingin mencari maklumat seperti tomyam sedap di kawasan tertentu.
Jadi disinilah seorang role penulis laman web ataupun blogger penting untuk mengetahui bagaimana untuk menyusun content dalam blog masing masing, dan juga keyword yang terbaik atau paling hit.
BACA : 10 steps to make your Website SEO friendly
Bagaimana enjin carian memandang laman web atau blog kita
- Keyword Research : Mencari keyword yang paling banyak diklik orang di search engine, targeted keyword tersebut untuk di optimasi agar dapat ranking tinggi.
- On Site SEO : Teknik mengoptimasi laman web atau blog agar lebih relevan dari segi artikel maupun content, dan untuk mempermudah Google menjadikan blog anda ranking dengan keyword yang anda target.
- Off Site SEO : Teknik mengoptimasi laman web atau blog dari luar menggunakan seperti Backlink, ini dapat mendorong posisi anda di search engine.
- Like Post Social Media : Banyak yang menyukai artikel anda di Social media seperti Facebook, Twitter dan Google+, dan ini juga berpengaruh memastikan ia dioptimasi
Ya inilah sebahagian dalam SEO. Tapi Sebenarnya ianya adalah lebih dari itu. Banyakkkkk…..tak larat nak tulis hehhe. aku suka membaca beberapa blog berkenaan SEO antaranya seperti Wan Seo dan juga Neil Patel.
Aku hanya mampu kongsi maklumat SEO atas platform wordpress , dan aku tidak berapa arif atas platform lain seperti blogspot, tumblr atau wix. Tapi sebenarnya sama sebab enjin carian bergerak Atas algorithmi yang sama.
Dengan ada beberapa plugin yang sedia ada dalam wordpress, insyallah dapat meningkatkan lagi SEO kita.
Tapi bagiamana pun aku rasa setiap blogger perlu tahu benda yang asas untuk pastikan content kita sering menjadi carian utama bukan sahaja menulis hentam sahaja. Ini nasihat untuk orang yang baru nak berjinak dalam dunia blogging yer.
Untuk yang sifu sifu heheh boleh pandang sebelah mata je catatan aku ni. Kasi chance lah aku nak buat pahala okay.
Kelebihan SEO
- Mendatangkan trafik yang banyak
- Penting untuk meningkatkan penjualan
- Meningkatkan daya Saing
Dasar SEO
- Title Tag
- Meta Description
- URL
- Heading (h1, h2, h3, h4)
- Image & Image ALt Tag
- Link to Site Authority
dan ada lagi.. nak tahu?? haa.. cer research sendiri … tak boleh bagi semua . ada masa aku sambung.
Eh… tetiba content aku pun jadi serious. Tapi aku assume mana mana blogger yang baca ini akan faham apa yang aku ingin sampaikan.
Jadi pesanan penaja .. cewahh… rajin rajin lah masuk pertandingan seperti ini supaya kita tahu kita berada di mana dan bukan syiok sendiri.
Untuk bakal bakal company untuk paid review
hahahha. pilih lah daku… insyallah entri review korang di blog aku ni akan sentiasa berada di ranking 1 atau 2. Sebab aku memang selalu check and check progress setiap entri aku .
perghh, terbaik la kak azni, tahniah!!
tahniah kak! rezeki raya..
alhamdulillah ina… yg seronoknya menang seo tu .. bermakna sgt
hebat kak azni! orang rajin memang layak menang!
Thanks for sharing!