Melatih anak sifat kepimpinan bukan bermaksud secara literalnya ingin menjadikan anak seorang pemimpin negara ataupun Pengurus Besar dalam bidang pekerjaannya, komuniti dan sebarang persatuan.
Table Of Content
- Iman was-was menjadi wakil pelajar SRC di sekolahnya.
- Cara Melatih Anak Sifat Kepimpinan
- 1. Beri pendapat
- 2. Latih mereka pikul tanggungjawab
- 3. Menyertai ko kurikulum sekolah atau diluar
- 4. Menyemai sifat tolong menolong
- 5. Jangan terlalu manja
- 6. Buat satu matlamat kewangan yang mudah
- 7. Contoh yang baik
- Kepentingan Sifat Kepimpinan
- Berdikari
- Yakin diri
- Sifat membantu dan berpasukan
- Kemahiran sosial
- Melentur Buluh Biar Dari Rebung
- Anak ‘Introvert’ Tiada Sifat Kepimpinan
Sifat kepimpinan sebenarnya perlu ada pada setiap manusia dan elok dilatih dari kecil lagi. Pengalaman menyertai salah satu seminar dengan pakar motivasi Zaid Ibrahim antara point penting adalah Jadikan anak anak seorang yang bertanggungjawab
Dari sifat itu pastinya akan membawa dia lebih bertanggungjawab dalam hal seharian dan pelajaran. Itulah rahsia yang ditetapkan oleh zaid ibrahim membesarkan anak anaknya.
Iman was-was menjadi wakil pelajar SRC di sekolahnya.
Dari darjah 2 iman telah menjadi pengawas untuk sekolahnya. Namun kali ini sekolah telah mengubah dari pemelihan pengawas tetapi menjadi wakil pelajar melalui undian.
Kami tidak teragak-agak untuk menggalakkan iman menyertainya. Sangat penting untuk membina sifat kempimpinan
Dalam Bahasa Inggeris sifat kepimpinan ini dipanggil leadership skill.
Baru-baru ni Iman berjaya menjadi salah seorang ahli SRC (Student Representative Council) di sekolah. Puas juga meyakinkan dia kepentingan SRC ni dan akhirnya dia faham.
Mungkin kita rasa apalah penting sangat, lagipun masih sekolah rendah saja.
Sebenarnya, di sekolah rendahlah tempat terbaik untuk melatih anak sifat kepimpinan sebab di sini mereka akan didedahkan dengan kelab, persatuan dan banyak lagi acara ko kurikulum.
Sifat kepimpinan ni sangat penting untuk mereka gunakan semasa menjalani kehidupan nanti.
BACA : Nama Anak Lelaki
Cara Melatih Anak Sifat Kepimpinan
1. Beri pendapat
Galakkan mereka memberi pendapat dan libatkan mereka semasa membuat pilihan yang mudah. Kadang kala aku sengaja bertanya pada anak pilihan cat warna apakah untuk pagar yang baru. Kelabu atau putih. Ataupun t-shirt yang manakah aku perlu pilih, key-chain yang mana nak dibeli untuk souvenir. Yang mudah-mudah.
Pastikan sebelum tu yang aku akan terima mana-mana pun antara dua pilihan tu.
Kadang aku saja tak setuju dengan pilihan dia dan bagi sebab kenapa. Biar dia biasa dengan situasi pendapatnya ditolak tapi dengan alasan yang munasabah.
2. Latih mereka pikul tanggungjawab
Merupakan satu faktor penting dalam melatih anak sifat kepimpinan. Tanggungjawab itu perlulah sesuai dengan umur mereka.
Contohnya, baru baru ni aku memberikan tanggugjawab kepada dia untuk menjaga ikan di akuarium. Pastikan makanan dan air terjaga. Lepas waktu makan sekeluarga pun aku berikan dia tugas lap meja dan pastikan tak ada makanan bersepah.
Kalau bersepah tu kena loudspeaker volume 8 jawabnya.
3. Menyertai ko kurikulum sekolah atau diluar
Aku selalu menggalakkan anak menyertai ko-kurikulum atau sukan di sekolah. Bukannya untuk menjadikan dia pakar dalam bidang tu, tetapi lebih kepada mendedahkan dia dengan aktiviti berkumpulan, perasaan menang atau kalah.
Aku masukkan dia kelab futsal di luar bukan sebab nak jadikan dia Christiano Ronaldo atau Safawi Rasid tapi aku nak tengok bila pasukan dia menang mereka akan congratulate sesame sendiri dan masa kalah mereka akan bincang macamana nak menang.
4. Menyemai sifat tolong menolong
Sifat ini penting diterapkan semasa melatih anak sifat kepimpinan. Kongsi dengan anak sedikit cerita keperitan hidup orang lain. Biar timbul rasa kesyukuran dan perasaan suka membantu.
Ada sekali, aku sengaja ajak cycling di tengah bandar Kuala Lumpur. Kalau pagi2 Ahad memang tak sesak dan ramai jugak orang cycling. Aku bawak dia kayuh di kawasan gelandangan, biar dia nampak depan mata sendiri kesusahan orang.
Aku bawak dia ikut sekali semasa menyertai program infak pada golongan asnaf. Bagi dia duit dan biar dia sendiri yang berikan.
5. Jangan terlalu manja
Ibubapa mana yang tak sayangkan anak. Siapa yang nak melihat anak susah betul tak? Tapi kita tak boleh terlalu manjakan mereka. Perlu seimbang.
Takut pulak banyak kesan negative lain yang akan timbul. Cuba elakkan ‘helicopter parenting‘.
Kadang kadang Iman ni selalu mengamuk bila susah nak faham sesuatu. Kadang tu nak tanya maksud perkataan pun tanya kita. So aku belikan kamus mudah satu.
Bila dia tak faham mana mana perkataan aku suruh dia rujuk pada kamus dulu. Kalau masih tak faham barulah aku explain.
6. Buat satu matlamat kewangan yang mudah
Buat satu matlamat kewangan yang mudah bersama anak dan bincang bagaimana untuk mencapainya. Tak perlu matlamat yang beribu-ribu.
Cukup setakat menabung melalui duit sekolah yang kita bagi dan terapkan nilai disiplin dalam mengurus wang mereka.
Keyakinan diri yang mereka dapat bila tengok ‘target’ mereka tercapai tu sangat priceless. Untuk tip lebih lanjut pasal ni, bolehlah baca 12 Tip Didik Anak Pengurusan Kewangan.
7. Contoh yang baik
Kepimpinan melalui teladan. Apa yang penting kita sendiri kena tunjukkan contoh terbaik depan mereka.
Iman ni dia minat sejarah. Kalau pasal perang ker pasal kejadian bersejarah ker dia selalulah tanya aku sebagai papa dia pasal tarikh dan maklumat.
Dia memang suka tengok kisah benar cerita perang. Kat situlah aku kena standby soalan soalan macam bila senjata tu dicipta, perang tu sampai tahun berapa. Pasal Hitler pun dia tanya aku hahaha.
Point kat sini ialah contohnya dalam hal cerita perang tadi, aku akan dedahkan cerita pemimpin dan corak atau strategi perang tu yang baik baik. Tunjukkan cerita pemimpin yang hebat hebat.
“Children are great imitators. So give them something great to imitate.”– Anonymous
Macam yang aku sebutkan tadilah, bukannya nak jadikan anak kita ni terlalu skema tapi cuma nak melengkapkan dia dengan skil skil yang tak boleh depa belajar dalam kelas tapi melalui pengalaman sendiri.
Kemahiran kepimpinan ni membolehkan sekurang-kurangnya dapat menanam keyakinan, dan membantu menyelesaikan masalah secara kreatif, bekerja dalam satu pasukan dan bertanggungjawab.
Kepentingan Sifat Kepimpinan
Berdikari
Tak salah manjakan anak, tapi jika keterlaluan boleh menjadikan anak kita kurang keyakinan untuk menguruskan diri sendiri. Di sini penting bagi kita melatih anak sifat kepimpinan agar mereka lebih berdikari dan versatile.
Yakin diri
Dengan adanya sifat kepimpinan pada anak kita, mereka akan lebih berdikari dan membuatkan mereka akan yakin dengan diri mereka. Keyakinan diri atau ‘self confidence’ amatlah penting di dalam pembentukan diri anak anak.
Sifat membantu dan berpasukan
Penerapan nilai kepimpinan dalam diri anak-anak akan mewujudkan perasaan saling membantu. Ia juga mampu menerapkan kerja berpasukan (teamwork) terutama apabila anak-anak perlu melaksanakan sesuatu atau bermain bersama kawan kawan mereka. Sekaligus mereka tak mementingkan diri sendiri
Kemahiran sosial
Apabila kita melatih anak sifat kepimpinan, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan seang, berkomunikasi dengan lebih baik dan meluahkan pendapat mereka dengan jelas.
Melentur Buluh Biar Dari Rebung
Aku yakin setiap kanak-kanak dah ada sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sayangnya kalau kita tak gilap dan latih dari kecil sifat ni akan makin hilang dan jadi macam tak penting.
Leaders are born, not made?
Tak semuanya begini. Ramai juga tokoh pemimpin dan ikon yang berjaya tidak menunjukkan sifat-sifat kepimpinan semasa kecil. Ada yang sangat pemalu dan tak suka bergaul.
Jadi, janganlah you all risau sebab semuanya boleh dilatih perlahan-lahan.
Anak ‘Introvert’ Tiada Sifat Kepimpinan
INI TIDAK BENAR!
Antara tokoh yang mempunyai sifat introvert. Jangan terkejut.
- Albert Eistein
- Steven Spielberg
- Sir Isaac Newton
- Mark Zuckerberg
- Abraham Lincoln
- JK Rowling
- Michael Jordan
- Barack Obama
- Mahathir Mohamad
Info Ibu Hamil
JOM Baca https://t.me/ibuhamilmalaysia
Tahniah Iman! Yakin iman mampu laksanakan tugasan baru dengan cemerlang. Good luck encam boy
Nak didik anak kene pelbagai cara. Iman pasti boleh menerima apa sahaja kalau dh diajar macam tu..
all the best untuk Iman , saya suka tengok cara akak mendidik anak , mana yang sesuai saya ambik dan buat untuk diri sendiri , sungguh semua anak tak sama watak jadi cara mendidik juga berbeza ….
All the best Iman. Semoga jadi anak cemerlang dunia akhirat.
Semoga Iman sentiasa menjadi anak yang selalu membahagiakan ibu bapa.
all the best untuk Iman. InsyaAllah moga yanie juga dapat mdidik anak2 dengan baik.