Tokyo Olympics 2020 dan Tokyo Paralympics 2020 akan menjadi satu medan dalam usaha menjadikan produk dan perkhidmatan halal diterima dalam pasaran Negara Jepun. Namun sebelum ia diterima baik di sana, , strategik agensi dibawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan berharap Malaysia Halal Expo 2019, (MHE2019) pada 24-26 Januari akan mendapat sambutan hangat dari kesemua SME yang akan terlibat dan juga dari pengunjung kelak.
Table Of Content
Aku memang berharap event MHE2019 yang akan berlansung di KL Convention Center kelak akan menjadi satu event yang sukses, dan membuka mata negara Jepun betapa kita mempunyai pelbagai produk yang sangat berkualiti dan yang penting ianya halal. Pengalaman travel ke Jepun sebelum ini membuatkan aku menyedari betapa pentingnya produk produk halal perlu menembusi pasaran sana.
Kisah travel aku disana memang menjadi memori yang indah. Sewaktu mencari makanan halal tidak sesat tidak sah lah hahhaha…, kalau jumpa tempat yang berdekatan pula ianya bukanlah harga mampu milik untuk backpackers seperti aku. Gigit jari dan telan air liur sahaja walaupun jenuh menabung untuk travel.
Tapi sempat juga kami merasa beberapa kali di restoran halal, jadilah buat kenangan merasai makanan disana.
Walaubagaimanapun, aku memang yakin, rakyat jepun sendiri pasti tertarik untuk mencuba makanan dan produk khalal dari negara kita nanti. Cuma kita perlukan promosi yang hebat dan inilah yang di lakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang mana kabinet telah bersetuju untuk menandatangai Memorandum of Comitment (MoC) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.
Susulan itu, satu Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Export telah pun disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan pada 8 Januari baru baru ini di Cyberjaya
Sedikit perkongsian berkenaan Malaysia Halal Expo 2019 (MHE2019) yang akan diadakan nanti. Dalam konteks event Malaysia Halal Expo Halal bukan merujuk kepada makanan semata mata, tapi ianya lebih meluas, ia lebih dari itu
Perasmian Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE2019 ) akan disempurnakan pada 24 Januari 2019 pada jam 2.30 petang . Malaysia Halal Expo 2019 turut bekerjasama dengan JAKIM , Kementerian Belia & Sukan ( KBS ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM) sebagai rakan strategik dalam menjayakan ekspo ini.
Malaysian Halal Expo 2019 Clusters
- Halal Food
- Halal Bioteknologi
- Halal Farmaseutikal
- Halal Bahan ramuan
- Halal Kosmetik
- Halal Lojistik
Aktiviti Utama Malaysia Halal Expo 2019
- Pameran Halal
- Pocket Talk
- Business Matching
- Islamic Innovation Challenge
Pocket Talk kelihatan seperti satu aktiviti yang menarik bagi aku. Ianya adalah sesi perkongsian maklumat ringkas dengan pembentangan dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pengeksportan produk dan perkhidmatan Halal. Selain itu, sesetengah sesi akan mengadakan sesi perkongsian oleh syarikat yang telah berjaya mengeksport produk mereka terutama ke Jepun. Bukan senang untuk kita mendapat ilmu semudah ini.
5 sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, 2 sesi singgah santai Selebriti (menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail) dan juga agensi-agensi yang terlibat seperti SME Bank Berhad, JAKIM, Matrade dan lain.
Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award pula kepada SME yang berinovasi dalam industri halal dan juga business matching yang melibatkan antara usahawan dengan syarikat-syarikat daripada negara Jepun dengan anggaran potensi jualan sebanyak RM50juta.
Rekabentuk & Budaya dalam Industri Makanan
Aku teringat dalam salah satu subjek yang pelajari sewaktu ijazah sarjana dahulu. Dalam kelas ini kami membincangkan betapa pengaruh budaya dan rekabentuk boleh menembusi ekonomi negara. Aku ambil contoh demam K-pop yang melanda negara kita, kesannya kita lihat betapa banyak restoran korea yang menembusi pasaran F&B dan juga telah menjadi satu trend dikalangan anak muda negara kita.
Jadi, Olympic 2020 pula adalah satu platform yang memang terbaik untuk kita membawa satu memperkenalkan produk dan servis halal dari negara kita. Bayangkan negara negara islam yang akan turut serta dalam sukan bertaraf dunia nanti. Bukan sahaja Indonesia dan Brunei, tetapi termasuklah dari negara UAE, Turkey dan lain lain.
Cukup besar!
Yang paling best aku tengok disini usahawa usahawan SME pasti akan peroleh keuntungan yang berlipat kali ganda dengan matawang Jepun yang jauh lebih tinggi dari negara kita. Eh.. silap silap nanti aku pula yang berniaga haahaha.
Peluang dan ‘karpet permaidani‘ telah disediakan di Malayasia Halal Expo hanya perlukan penggerak sahaja untuk ke sana.
Aku membayangkan next trip aku ke Jepun yang aku dah plan pada tahun February 2020 nanti produk halal boleh sudah mulai masuk di Family Mart. Sangat sangat membantu bajet traveller seperti aku.
Info Penting
Bagi korang yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.halal-expo.my.
- Tarikh : 24 hingga 26 Januari 2019 (Khamis-Sabtu)
- Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
- Lokasi : KL Convention Center
kalau dekat memang nak join lah event ni…mmg sokong sgt perluaskan dan perkenalkan produk halal msia di sana..
Memang bagus ada event macam ni kan, secara tak langsung kita tahu lebih info ttg makanan halal ni. Bagus juga program ke jepun tu. Makin ramai orang muslim boleh dapat makanan halal kat sana nnt.
Menarik….masa ni la kita dapat cuci mata tengok macam-macam barang kan..yang penting platform halal ni bagus sangat..banyak ilmu yang kita dapat kalau kita luang masa lama kat sini kan..SA percaya banyak aktiviti yang diorang adakan nanti
This is interesting. I wil share with my muslim friends. They will be very interested to go here. Thanks for sharing.
Bagus jugak bila dieorang buat event macam ni. Bagus untuk consumer macam kite ni dan bagus jugak untuk pengusaha-pengusaha produk halal. Senang dieorang nak tembus market luar
Good Job buat Malaysia Halal Expo 2019 layak ke Jepun nanti, satu peluang yang bagus buat semua usahawan di Malaysia untuk pasarkan produk mereka di Jepun.
Bagusnya ada expo sebegini. Antara peluang yang harus di rebut oleh usahawan Malaysia dalam memasarkan produk ke Japan!
InsyaAllah Sabtu ni Nina nak pi expo. Halal Japan 2019
Ini masa nak bawa produk Halal Malaysia ke peringkat antarabangsa bagus dan sangat membantu terutama untuk usahawan yang hanya berjaya kat Malaysia tapi tak dapat keluar negara kan ini platform yang sangat membantu bagus
Bagus ada expo macam ni..membantu usahawan kita melangkah lebih jauh ke luar negara. Kalau ke Jepun nanti senanglah kita tengok barang2 halal kita disana..
Bagus kan ada expo macamni. Kalau huda dekat KL ni memang takkan lepaskan peluang singgah sini. Semoga industri halal makin terkenal seluruh dunia dan martabat Islam semakin disegani
Bagusnya diorang buat ekspo macam ni. Inisiatif nak galakkan pasaran produk halal kan. And utk kita gak to be more alert pasal halal food bila pergi oversea.
Syarikat makanan halal dr Malaysia ada potensi untuk kembangkan perniagaan produk halal mereka di Jepun. Lagi pn permintaan produk halal di sana sgt tinggi kan
good to have this kind of halal expo for the Muslims. good for our local food companies to expand their business to oversea especially for the 2020.
I mmg looking forward utk expo macam ni. Yg ada tawarkan banyak produk halal. Memang menarik. Bolehlah cari makanan utk buat stok keluarga
bgs ada expo mcm ni. leh repeat p jepun n makanan halal bkembang di sana. mmg sesuatu yg fuhhhhhh..
Wah best ni ekspo macam ni. Syira kalau bab makan memang teruja. Hahahhaha secara tak langsung kita dapat tahu makanan halal yang lain. Selain tu boleh tambah ilmu
Peluang Malaysia masuk ke pasaran Jepun. Bukan senang tau nak bawa produk kita ke sana. Bagus expo ni
eh ada banyak makanan best niii.macam nak kena pergi je 😀
Hahahah kak tati dah pulun mkn dah
Baru plan nak ajak hb pegi weekend ni.. mesti meriah kan.. r
event dekat kl.. ruginya tak dapat join.. suka pergi expo tentang makanan mcm ni.. banyak makanan dan minuman best yang boleh kita beli
Tak dapat pegi. Kalau tak mesti boleh makan macam-macam kat sana.
Bagus sebenarnya bila ada expo camni sebab usahwan tempatan boleh luaskan perniagaan sambil perkenalkan produk ke luar negara
Good event ni
Bestnya kalau dapat join . Semoga program seperti ini akan dapat menarik minat lebih ramai pengunjung utk sama2 mengunjungi expo ini ..
Tadi nad dah pergi..banyak juga produk halal dekat sana..kat situ juga peluang untuk berniaga..hehee
Memang best pergi event ni. Poket asyik bocor je haha!
Memang best pergi event ni. Poket asyik bocor je haha! Thorbaek!
pembuka jalan tuk para usahawan malaysia
MHE 2018 memang terbaik .. moga produk Halal Malaysia berkembang hingga ke persada pasaran antarabangsa !!