Meh kita share tempat makan best di Melaka yang lain sikit dari yang korang pernah nampak bila google tu.
Table Of Content
Cerita bab makan best ni memang syiok. hahah boleh terliur kalau tengah menulis pun. Kadang kadang bila kita nak pergi tempat makan bukan hanya kerana makanan tu yang sedap. Tp environment, servis harga dan faktor2 lain pastinya mempengaruhi kita . Betui dak? Kadang tu makan sedap tp servis lembab.. Hurmm potong stim jugak nak makan..
Aku bukan lah org melaka, cuma husband side orang melaka. Kalau korang tanya asam pedas mana yang terbaik?? Hehe pastilah in law masak yg sedap bangat! tp serius mmg sedap. campak campak jer … ish… meleleh ayaq liuq… aku masih struggle nak master asam pedas
Baca : telur ikan mayong mengusik jiwa
However ada beberapa tempat yang selalu orang mai melaka yg wajib korang kena p dr kaca mata aku lah.
Makan Best di Melaka
1. Ikan bakar Muara ikan duyong
Ada byk tempat ikan bakar ni. Dulu asyik p umbai..tp ramainya orang n asyik kena yg x sedap. Pastu selepas jumpa muara sg duyong tak pandang dah tempat lain . Sebabnya
- Servis tiptop -Dr segi servis kemas.. Servis deliver makan. Servis kebersihan terbaik.
- Harga berbaloi : Aku pernah makan kat muara harapan klang. Adui sakit hati okay. Dah lah servis lembab. Purata setiap satu lauk nak sampai dkt 10mins. Urmm udahnya x complete lah ratah lauk satu satu.. Tp yg penting harganya mmg berbeza sgt. Aku saja pilih pilihan lauk yg hampir sama di klang rm116 tp kat muara sg duyong hanya rm76. Aku amik ketam, sotong, ikan terubok, kepah. Kat klang lala satu paket rm25 mahal udang okay. Pelik pelik .
2. Western di Jonker Street : Leque88
Korang ingat senang nak dpt makanan western yang owner nyer orang muslim??/ ownernya budak melayu yang agak muda. katanya dia pun tak tahu rezeki dia boleh dpt menyewa di situ. kalau ikut 90% owner adalah orang chinese.. and singapore some more…
Food bagi aku mmg best !
Best selling : chicken apa tah
aku makan lamb grill apa tah ingat .. aku pow kawan aku punya ..muhahahahha… mmg bestt..
3. Coffee
tempat ni mmg best untuk hang out. Deko and interior design mmg best. Harga.. heheh sama mcm standard KL. tapi problemnya tempat ni susah nak cari. hampir give up okay.. rasanya dekat 5 kali pusing. tapi sakit hati punya pasal .. ku gagah kan juga..
4. Asam Pedas hajah rahmah bukit katil
Hurm… Sedap.!! itu yang mampu aku cakap sekarang. and masih teringat ingat. selama hari ni balik melaka mana nak heran nak makan asam pedas kat kedai, sbb mak metua masak pun dah power sey.. heheh… so boleh baca dekat FB.. tempat ni a must visit so aku pun siap buat list masa balik melaka baru nih .
Actually selain dari asam pedas, kat situ yang sedap nak makan.. kari ikan. memandangkan portion agak besar, takut tak habis kan.. so we all rasa kuah kari pun dah sedap.
Tapi yang paling sedap bagi aku kan… hahaha Ketam goreng. perghhh.. lama tak rasa ketam goreng yang juicy macam tu. dah tau harga mahal tapi… berbaloi baloi.
So makan 3 orang, lauk asam pedas daging, ketam goreng, udang goreng, sayur and ulam ulam2, plus air opkoslah kan RM38.00
okay tak?
5. Bibik house cendol
Semua gara gara anak sedara yang p makan kat situ. aishh… rugi betul laaa… baper tahun kawin ngan orang melaka, ni baru tahu .
kedai ni baba nyonya punya.. itu sebab panggil bibik cendol. ais di sagat dengan halus sekali. pastu gula melaka tu toksah habaq lah.. power… selalu minum cendol kat tempat lain siap rasa muak. kali ni.. akak order 2 mangkuk sekali. cendol pulak di hidang asing .. bila ais and santan dah cair baru letak cendol tu. heheh stylo dak?? Nora bagi 5 bintang. Harga RM5. mmg mahal tapi.. berbaloi .. baloi.
lokasi di jonker walk. uolls waze or search confirm jumpa.
6. Nasi lemak Ujong Pasir
Nasi lemak kat sini memang special, kiranya jatuh kategori sangat makan best wajib singgah. katanya dah puluhan tahun meniaga kat sini. Tapi korang hanya boleh menikmatinya pada waktu malam sahaja. Okaylah kan. Agak agak tak tau nak makan apa waktu malam p lah makan kat sini.
Walupun orang Kl dah biasa sangat makan nasi lemak. Aku nak cakap korang wajib try yang ni. Giler best. Sambal paru.. sambal sotong, sambal udang.
Kalau korang nak tau best ke tidak, tengoklah orang yang mai ke kedai ni. Berator bak hang… Que tau. sekali orang order bukan sikit sikit, Cakap banyak pun tak guna . aku nak soh hangpa try.. untuk aku yang tak berapa nak suka makan nasi lemak.. tapi yang ni buat aku teringat ingat bila dah sampai Kl/
boleh refer maisinggah untuk senarai terkini
Makan Best di Melaka Makan Best di MeMakan Makan Best di MelakaBest di MelakalakaMakan Best di Melaka
2 Comments