Fuh.! aku nak kongsikan betapa aku mengidam bertahun tahun nak pergi trip makan best kota Bharu. Bertahun aku plan, sekejap nak naik flight, sekejap nak drive sendiri. Tak semua tempat makan viral di kota bharu aku pergi. Tak muat perut heheh. Tapi yang betul betul teringin aku pi terjah.
Table Of Content
- Senarai tempat makan best Kota bharu
- update senarai terkini
- Review dari modernmumthingy pasal makan best kota bharu
- 1. Nasi Kerabu liney
- 2. Sotong celup Acu tera
- 3. Cafe Hostel Pantai
- 4. Kopitiam kita
- 5. Sup perut assam kedai suzila
- 6. Milo tunggeng
- 7. Pantai Penarik
- 8. JJCM Kota bharu yang memang osem
Aku rasa dekat 4 tahunlah plan aku tak jadi jadi. Antara faktornya jarak jauhnya kl ke kelantan ni. Makan 7 jam nak sampai sana. kalau Jem pulak , siap lah keras bontot dalam kereta mau dekat 12 jam.
Akhirnya kami pergi naik kereta sebab aku dah abis kira kalau kos untuk sewa kereta, naik flight and bla bla vs drive sendiri.
So apa yang aku buat untuk aku tak ada masalah jem? Aku pontengkan iman hahaa.. jalan pada hari biasa. Alaa… sekali sekalakan. haaa ni saja nak citer dulu masa abam pergi sendiri atas urusan kerja dia tak tahu nak pergi mana. Dia makan steak kat hotel jer. OMG.. rugi kan!
Feel kureng, tak macam aku, aku memang nak melepas rindu tempat tempat yang aku pernah makan dan belajar 3 tahun zaman sekolah MRSM pasir tumboh, lepas tu sempat pulak duduk 6 bulan di kem kijang masa zaman UiTM lepas tu aku cabut masuk USM. Sebab tulah aku rindu kota bharu
Yang pastinya bab makan tu heaven.
Penginapan as usual memang amik AIRBNB, sebab kredit aku banyak. Tak payah bayar lansung. haa.. kalau korang nak tau pasal penginapan percuma baca pasal entri airbnb aku ni.
Aku dah kasi tips dah ni macam mana nak jimat travel. Barang boleh jimat kenapa nak bayar lebih. Pergi new york pun aku dok airbnb sahaja sbb tak mampu nak hotel hahaha
Kalau ikutkan list memang banyak tapi dengan masa yang ada, dengan perut yang ada, hahah .. mana lah boleh sumbat. kalau korang nak list .. nah aku bagi dari tempa makan malam kota bharu sampai lah ke pagi
Tapi kalau korang nak dengar review aku tempat tempat yang aku pergi haa boleh baca details yang aku akan tulis nanti. Aku kongsikan dulu list kedai makan sedap di kota bharu yang aku dapat dari kawan kawan aku
Senarai tempat makan best Kota bharu
- Nasi kerabu kak ma cherang
- KST ikan bakar wakaf che yeh
- Nasi kerabu pasir pekan ( Nasi kerabu Azma buka 5 ptg)
- Milo tunggeng pok Loh (belakang hotel perdana)
- Warung sup ikan pok mat ( Tea Beng Madu)
- Gerai Nasi kukus dataran Cheng ho
- Maggi telor sotong pc
- Nasi gulai daging tepi longkang sekolah kb buka 1.30 pagi sapa pgi
- Kopitiam white house – malam ( Tepi Masjid Muhammadi)
- Sotong gelek pintu gerbang al -quran
- Kopitiam Kita – sarapan (roti titab)
- Kuey teow kerang payo purnamo
- Nasi kerabu daging bakar sambal kicap salor
- Cendol pulut tapai bowoh pokok wakaf mek zainab (pindah doh depe flat polis)
- Mee celup tanjung chat (kedai abah umi abe)
- Nasi ayam kampung telipot belakang billion
- Nasi ayam papik depe sek. ahmad maher
- Warung badik badik (mango special) review semo menu sutir keda.
- Nasi kerabu kambing bakar panji buka pagi (depan caltex)
- Suliza perut bulat air asam (depan IPK)
- Meggi belut bukit marak bachok kelantan
- Nasi kerabu kambing bakar tepi kondo vista kubang kerian
- Nasi kerabu kak na paya bemban
- Ayam kampung madu lorong tepi billion. Kedai ke-2 jalan pasir hor – wakaf che yeh depan sikit keda qiasatina menghala wakaf che yeh.
- Nasi ayam abe din atas bazar buluh kubu
- Mee kangkung mat nor.
- Coconut shake moksu pasir mas.
- Meggi ketam cherang ruku (alimi meggi ketam)
- Mee Pok Jen kampung joh labok machang
- Nasi ayam cobek wakaf bharu.
- Mee celup pok leh kube batu.
- Roti paye tepi dobi sebelum masjid kube kerian. Tepi jalan besar ngadap perodua kube kiye.
- Char kue tiaw taman bendahara
- Restoran Pohon Nako
- Sup Belut restoran tepi tali air
- 36.Restoran syakilla depan balai islam lundang (
- Lido corner ( nasi sup ayam bakar)
- Chicken Chop & masakan panas PK CORNER
- Nasi Sumatera terbaik ( Restoran Hover )
- Roti tempayancheese jalan pasir hor
- Udang dan sotong celup tepung – Kedai Makan Acutera Pantai Sabak
- Nasi Ulam Cikgu ( kg karangkraf)
- Nasi Abe Mie – dpn bank Islam jln maju sblm Billion…
- Nasi Kerabu CHE AWANG Salor
update senarai terkini
- Bap bao
- Cece Station
- KB patun Haus
- Barat Bistro
- Nasi kandar Namee
Walaupun dapat list banyak, tapi memang ko tak mampu nak makan semua. If tak cukup lagi list ni boleh refer dekat portal saji . Kami Terpaksa selektif mengikut route yang dah di set dalam itinerari
Review dari modernmumthingy pasal makan best kota bharu
1. Nasi Kerabu liney
Kami travel ke sana pada 26 July. Rupanya banyak kedai makan tutup hari jumaat di kota bharu ni yer. Aduh mengidam nak makan sup asam perut masa hari pertama sampai.Ini kira list pertama makan best kota bharu aku.
Terus ubah plan lunch nasi kerabu dan nasib baik liney nasi kerabu ni buka. Ini antar kedai makan kota bharu yang korang kena pergi
Kena beratur uolls. Betul ke sedap nih, takut viral sahaja yang lebih. Tambah2 benchmark nasi kerabu ni di spoiltkan oleh my bff ore kelate yang terer masak nasi kerabu, mmg susah nak challenge. Pengalaman pergi pi pasar malam pulak tak pernah dpt yang best.
Tapi serius bak hang. Sedap sungguh yang nih. Tak tahulah kat tempat lain ada lagi yang sedap. Dapat yang ni pun happy sgt. Iman yang sangat susah nak mkn nasi kerabu pun boleh kata sedap sgt nih..licin! Rasanya sbb yang ni bukan kaler biru jugak kut hehehehe .Iman tak berapa gemor kaler2 pelik ni.
Simple jer nasi kerabu dia tapi sedap, ikan percik pun sedap. Iman sampai jilat pinggan sebab suka sangat makan kuih percik tu. Siap ajak repeat pergi makan lagi ke situ
Owh lagi satu citer best, disebabkan keterujaan abam nak makan tempat best dia terdengar orang depan order nasi kerabu dan ikan tuna.. hahaha so dia pun nak jugak.. aduhai… ikan tongkol abang oit.. mapuh kerah aku ketawa.. special betul kalau nasi kerabu dengan ikan tuna ni kan.
2. Sotong celup Acu tera
Kalau pergi kelantan memang famouslah Pantai cahaya bulan ni kan. Tapi aku confuse nak makan kedai mana. Kawan-kawan suggest kedai Acu Tera. Acu tera ini ada 2 cawangan di pantai cahaya bulan dan pantai
So apa yang kami makan? kenyang nasi kerabu tak habis lagi. Tapi nak juga try Sotong and udang celup tepung disini.
Memang Sedap. Sos pun sedap, tunjuk dekat kawan-kawan di wassap group tunjuk separuh botol sos pun depa dah kenal. Rupanya itulah yang makan best kota bharu
Mula mula tu memang kami pulun makan, murah and fresh. Cumanya lepas tu sis pening … hahaha . Maybe sebab oily kan. koman lah aku nikan
Dptlah merasa gorengan di acu tera … 2 pinggan kongsi 3 org. Sepinggan RM10… ehhhh boleh benor
3. Cafe Hostel Pantai
Jjcm kelate diteruskan lagi,untuk dinner pulak. sebab dah dekat dengan Pantai cahaya bulan aku suggest korang datang sini. Tapi aku ni pun kalau tak kerana @cikepal06 share tpt ni, memanglah aku tak tahu. Perghhh besarkan pengaruh influencer dalam kongsikan tempat makan best kota bharu
Haa kali ni aku share ni untuk my pembaca blog aku pulak.
Lokasi betul betul berdekatan dengan kem kijang. So memang berdekatan sangat sangat dengan pantai cahaya bulan.
Tapi betul sumpah sedap daging bakar harimau menangis ni sampai sis pun rasa nak nangis. Memang kami meratah jer. Kalau makan skali nasi memang penuh terus perut, so better jgn.. kita ratah ratah sahaja and laksa thai ni mmg power ah!! First time rasa sesedap ni. Korang tgk ada petai, ada terung apa tah, daun selasih, timun.. tak sama mcm mkn dkt festival makanan siam.
Puas hati mkn sini. Rasa mcm nak repeat je lagi. Total makanan dan air = RM19.00 sahaja. 🙈
4. Kopitiam kita
Memang cliche dah if tanya breakfast mana,ramai yang suggest mari sini. Tapi bila lagi nak rasa roti titab nikan dan selain itu banyak makanan lain rupanya. Adeh tak boleh mkn semua,kena pilih2 jugak.
So must try lah roti tibab, Sekaya tu agak manis tapi mmg la sekaya manis hahah . So sis kurang2kan lah. Tapi roti tu mmg sedap. bukan macam roti biasa, korang kena pastikan ini antara senarai makan best kota bharu
Amik jugak nasi tumpang sbb susah nak dapat di kuala lumpur. Agak struggle pagi2 aku nak mkn nasi tapi sebab payah nak jumpa so kenalah rasa.
Biar menyesal rasa jangan menyesal tak rasa . Boleh gitu .
Pastu boleh pulak jumpa geng ex mimos kat sini. See betapa femesnya kopitiam ni walaupun ownernya chinese dan kebanyakkan pekerjanya adalah melayu belaka
5. Sup perut assam kedai suzila
Sup perut asam and daging bakar. Inilah kedai yang aku nak kejar pada hari pertama sampai di kota bharu, Sekali kedai tutup daaa… he jumaat hehe. Aku memang peminat sup ni sejak aku kenali makanan kelantan pada tahun 1986. Kalau aku google banyak orang suggest sini as one of makan best kota bharu
So hari kedua di kelantan we all dah target nak luch disini. Har ini rezeki dpt juga lunch kat situ. Pueh!! Dekat puluh tahun tak makan ni, memang aku tak pernah jumpa lagi kat KL or selangor. Kalau ada korang jumpa tolong cakap wei
Pertama kali untuk abam rasa. Dia boleh suka bebenor. Memang tak pernah tahu menu ni. Yang best dekat sini ada daging bakar sekali. Kata kawan kawan aku ada tempat lain lagi sedap. So next trip kita cuba try yang lain pula.
Kedai ni kecik sahaja panas sikit tapi taklah panas sangat. Tapi boelh layan makan kat sini. Iman first time makan sup pertu macam ni. Budak lain mungkin tak sentuh kut, tapi kami paksa juga suruh dia try heheh and memang dia suka juga
.
6. Milo tunggeng
List untuk jjcm mmg banyak sampai tak tau nak makan mana. Tapi kebetulan sedara di kelantan ni suggest acu tera breakfast dekat sini. So apa lagi waze jer. Thanks to technology.
Sebenarnya macam milo dinasour tapi the making of tu yang best. Feel dia menonggeng kan tin milo, bancuh dalam tin susu yang menjadi sukatan utama dalam pembuatan air milo.
Sengaja we all pilih duduk mengadap tempat buat air ni. Sebab nak feel. Ore kelantan memang tak heran dah kut, tapi kami anak beranak enjoy. very the jakun erk … hahahah..
Sebenarnya kami anak beranak tak reti nak makan nasi pagi pagi. Tapi tengok deretan nasi nasi ni teringin betul nak rasa. Iman amik ayam masak kicap, abam nasi dengan gulai ikan kering.
Walawei… sedap
7. Pantai Penarik
So selepas makan di Milo tunggeng we all terus gerak ke kuala terengganu pula. Dah set dah dalam plan nak singgah Pantai penarik, katanay seafood murah
Bila masuk area sini, fuh memang banyak dereta kedai kedai yang menjual menu yang hampir sama . Yang membezakan adalah deko dan setup dan kedai masing-masing
So we all main terjah sahaja kedai ini setelah google and keluar lah nama kedai ini. Sama seperti Acu tera, segala hidupan laut dibuat gorengan hehehe.
Cuma feel makan mengadap laut tu meamng best dan menasyikkan dan yang paling penting MURAH yakmat. RM10 sepinggan penuh weh. Berbaloi baloi untuk kaki makan.
Bab sos tu pun memang best.
Tapi tak sempat nak singgah Pasar Payang Terengganu sebab otw balik tu dah hujan dan lewat petang. maybe next time boleh singgah
8. JJCM Kota bharu yang memang osem
Tapi yang pasti sekembali kami dari Kelantan kami memang puas sebab banyak tempat yang kami pergi yang kami cuba. Kawan-kawan aku yang berasal dari Kelantan pun tidak pernah menjejak kaki sesetengat tempat yang aku dah pergi tu.
Hahhaha itu lah seronok nya kalau pergi bukan musim cuti sekolah sebab jalan tidak jem dan makanan akan lebih cepat kita dapat
Yang pasti kami nak pergi lagi kelantan, iman pun dok sebut nak makan lagi nasi kerabu denagn ikan percik tu. Ini lah perkonsgian aku tentang tempat makan best kota bharu dengan jujur yer.
Sebab asik ulang alik kelate ni lah diet kami kelaut dalam.. Mana boleh tahan datang pantai timur tak jjcm kannn..😂😂
Tak pernah lagi jjcm ke kelate. Rasanya nk kena try gak ni..dah dekat 2jam jer drive dari teganu
wah, banyaknya tempat best kat Kelantan…diri sendiri pun tak tahu dan tak pernah pergi..hehehe
Tiada aktiviti hiburan seisi keluarga di Kelantan so makanlah jawabnya heee…. Kualiti time pun se-isi famili kan?
hahah lagi seronok mcm ni. I mmg enjoy betul mkn di kelantan