Menarik ! Sangat menarik, aku baru tahu pasal Lyndung.my, menarik kerana ianya adalah alternatif platform kepada medikal kad insuran yang ada di pasaran, baru sangat-sangat dilancarkan. Lyndung.my adalah sebuah program perkongsian komuniti di mana Ahli (ahli komuniti) akan membantu satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan mereka secara saksama.
Table Of Content
- Bagaimana Program Perkongsian Komuniti ini berfungsi?
- Bagaimana boleh menyertai Program Perkongsian Komuniti ini?
- Program ini patuh dengan prinsip-prinsip Shariah
- Mod Pembayaran
- Bayaran Tahunan
- Bayaran Bulanan
- Faedah menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung
- Kelebihan Program Kad Perubatan Lyndung.my dalam Talian
- Apakah yang Membuat Lyndung.my Programme Unik?
- Manfaat Program Lyndung
Konsep seperti khairat kematian, jumlah minima tapi tiada komitmen yang tinggi. Program ini dikendalikan oleh Lyndung Sdn. Bhd.
Untuk maklumat korang Lyndung Sdn. Bhd. bukan sebuah syarikat insurans/takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans/takaful. Lyndung Sdn. Bhd. menyediakan sebuah platform perkongsian dimana ahli komuniti Lyndung akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata
Bagaimana Program Perkongsian Komuniti ini berfungsi?
Setelah menyertai program ini, kita sebagai peserta akan memberikan sumbangan RM100 sebagai Sumbangan Perkongsian Awal di samping yuran keahlian. Jika ahli Lyndung memerlukan perhatian perubatan, bil tersebut akan dikongsi secara saksama di antara semua ahli.
Sumbangan Perkongsian Awal ini disimpan dan dijaga oleh Syarikat Amanah Warisan Berhad (AWARIS) yang tertakluk di bawah akta syarikat amanah 1949
Sebagai contoh, jika terdapat 2,000 ahli aktif dan bil perubatan adalah RM10,000, setiap ahli akan memberi sumbangan RM5 untuk menampung bil perubatan tersebut. Jadi, jumlah RM5 ini akan dikurangkan dari Sumbangan Perkongsian Awal yang dibayar semasa pendaftaran.
Sumbangan yang dibuat oleh ahli-ahli aktif untuk menampung bil perubatan ahli dalam komuniti ini mengikut prinsip Tabarru’.
Kad perubatan merupakan satu alat yang penting untuk melindungi diri dan keluarga daripada kos perubatan yang tinggi. Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, adalah penting untuk mempunyai akses kepada perkhidmatan perubatan yang berkualiti tanpa perlu membebani bajet harian anda.
Itulah sebabnya mengapa Lyndung.my’s program medikaladalah program medikal medikal kad adalah pilihan terbaik untuk anda jika ada masalah kewangan untuk memberikan komitmen dalam medikal kad insurans.
Program ini agak unik dan sangat berinovasi bagaimana ia boleh memberikan perlindungan perubatan yang berkualiti dengan harga yang murah, mudah, dan menjimatkan masa anda.
Aku memang banyak berkongsi pasal kewangan dan juga insurans, aku paham kepentingan memiliki medikal kad di saat ekonomi yang mencabar ini. Ramai yang tidak ambil insurans kerana tidak berani untuk meletakkan komitmen tersebut walaupun menyedari kepentingan kad perubatan insurans ini.
Ini kupasan atau summary kenapa aku sendiri tertarik dengan program lyndung.my ini, atau korang terus masuk website dia orang, baca dan study satu persatu apakah program ini, dan bagaimana ia berbeza dengan konsep medikal kad dari syarikat insurans yang ada di pasaran.
Bagaimana boleh menyertai Program Perkongsian Komuniti ini?
Jika kita layak untuk mengambil bahagian dalam Program ini, kita boleh mendaftar untuk menjadi ahli. Kita digalakkan untuk memastikan Sumbangan Perkongsian anda sentiasa mencukupi dan anda terus menjadi Ahli Aktif dengan membayar yuran keahlian Bulanan/Tahunan.
Dengan menyertai Program ini, ahli telah bersetuju untuk melantik Lyndung sebagai Pentadbir yang akan menguruskan Tabung Sumbangan Perkongsian bagi pihak ahli-ahli.
Program ini patuh dengan prinsip-prinsip Shariah
Lyndung telah dianugerahkan sijil pematuhan Shariah oleh Tawafuq Consultancy bagi Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022.
Mod Pembayaran
Pembaharuan fi keahlian RM120 adalah pada akhir setiap kitaran 1 tahun untuk Mod Tahunan. Bagi Mod Bulanan, pembaharuan fi keahlian RM10 adalah pada akhir setiap kitaran 1 bulan. Ringkasan seperti dibawahm boleh refer di https://lyndung.my/pricing/bm untuk paham lebih terperinci
Bayaran Tahunan
- Bayaran Minimum RM120 + RM0
- Bayaran Maksimum RM120 + RM600
Bayaran Bulanan
- Bayaran Minimum RM10 + RM0
- Bayaran Maksimum RM10 + RM50
Faedah menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung:
- Yuran keahlian yang rendah hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun, ianya sangat rendah kerana tanpa bayaran kepada ejen.
- Ahli komuniti akan berkongsi kos perubatan sebenar ahli komuniti yang tidak bernasib baik.
- Penjagaan hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan daripada syarikat Pentadbir Pihak Ketiga yang berprestij, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian penjagaan 24 jam.
- Lebih daripada 200 hospital-panel, termasuk Sabah & Sarawak.
- Sumbangan Perkongsian dikendalikan oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS), sebuah syarikat amanah Islam.
- Ahli komuniti berpeluang melakukan amal jariah secara berterusan dengan membantu ahli yang memerlukan rawatan perubatan.
- Lyndung adalah platform perkongsian komuniti sepenuhnya digital
Kelebihan Program Kad Perubatan Lyndung.my dalam Talian
Lyndung.my Medikal kad Program juga menawarkan kelebihan hebat dalam dunia maya.
- Pendaftaran Mudah: Anda boleh mendaftar untuk program ini secara dalam talian dengan mudah dan cepat. Tiada proses yang rumit atau kerumitan yang diperlukan. Cukup kunjungi laman web Lyndung.my dan daftar dalam beberapa langkah mudah.
- Kemudahan Akses: Setelah anda mendaftar, anda akan mendapat akses kepada portal dalam talian yang membolehkan anda menguruskan maklumat peribadi anda, melihat liputan perubatan, dan membuat tuntutan dengan mudah. Semuanya boleh dilakukan dari keselesaan rumah anda sendiri.
- Keselamatan Maklumat: Lyndung.my mengutamakan keselamatan maklumat pelanggan. Semua maklumat peribadi dan perubatan anda dijaga kerahsiaannya dengan ketat. Anda boleh yakin bahawa maklumat anda dalam perlindungan yang baik.
Apakah yang Membuat Lyndung.my Programme Unik?
Ia mempunyai beberapa ciri yang menjadikannya unik dan menonjol di pasaran.
- Teknologi Inovatif: Lyndung.my menggunakan teknologi inovatif untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi. Dengan menggunakan teknologi terkini, mereka dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien. Teknologi blockchain akan digunakan untuk memaparkan lejer awam segala transaksi
- Rangkaian Rakan-Rakan Perubatan: Program ini bekerjasama dengan rangkaian rakan perubatan yang luas. Ini memastikan bahawa anda akan mendapat akses kepada penyedia perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan terpercaya di seluruh negara.
- Sokongan Pelanggan yang Cemerlang: Lyndung.my sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan. Mereka menyediakan sokongan pelanggan yang cemerlang untuk menjawab semua pertanyaan dan membantu anda dalam apa jua perkara berkaitan dengan program ini.
Manfaat Program Lyndung
- Bil Perubatan Kemalangan
- RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.
- Bil Perubatan
- RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.
- Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.
- Pemindahan Organ
- – RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.
- Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- – RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.
- Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.
- Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.
- Bilik Dan Makanan Hospital
- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.
- Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Lyndung.my’s Medikal Kad Programme adalah pilihan terbaik untuk perlindungan perubatan anda. Dengan harga yang murah, kemudahan dalam talian, dan perlindungan perubatan yang berkualiti, program ini membantu anda menjaga kesihatan anda tanpa perlu mengorbankan bajet harian anda.
So apa lagi, cepatlah daftar di Lyndung.my dan nikmati manfaat perlindungan perubatan yang sebenar. Jangan biarkan kecemasan kos perubatan menghalang anda daripada mendapatkan perkhidmatan yang anda perlukan.
Menarik kak program yang Lyndung ni offer..
Bagus sangat ada alternatif yang lebih mesra poket untuk medikal kad.
Bagus sangat ni kalau nak ambik polisi baru
Ramai yg masih tahu. Tq sharing info ni.
menarik sangat nih, boleh bagi tau kawan-kawan yang lain tentang info ni.
mcm menarik. nt nak usha² la insuran ni
Banyak manfaat medical card ni . Better untuk perlindungan diri especially kesihatan atau kemalangan