Lintasan Pejalan Kaki Fries McD | Korang wajib OOTD di lintasan Pejalan Kaki ‘fries” McDonald’s ini, kalau kena gayanya memang akan nampak cute dan menarik. McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya – “McDonald’s French Fries”
Kalau di Jepun femes dengan pejalan kaki Shibuya ribuan pelancong akan jadikan situ sebagai tempat wajib lawat. Kini di Malaysia pun ada dah korang weh!
Inisiatif McDonalds ini mendapat perhatian dari Menteri Wilayan Persekutuan sendiri. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang. Acara perasmian telah diadakan pada 16 Mac 2022 baru-baru ini
Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonalds
Berhadapan di McDonald’s cawangan Bukit Bintang, Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membawa pengunjung terus ke dalam restoran McDonald’s pertama di Malaysia itu yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982.
Kalau korang tengok gambar ni pun, boleh nampak jalan tu terus masuk ke Mekdi. Memang super cute bagi aku.
Heheh sapa-sapa yang hidup zaman dari tahun 80an – 2000 memang akan rasa nostalgia sikit tempat nih, kira tempat wajib dating kalau datang area Bukit Bintang. Pada masa tu mana belum ada banyak kafe hipster seperti sekarang.
Sepertimana di Shibuya Tokyo, terdapat satu restoran yang mana kita boleh ‘capture’ orang berjalan dari angle atas, jadi korang pastikan masuk ke McDonalds di tingkat atas tapi of courselah kena beli food di McDonalds, jangan tumpang ambik gambar sahaja hahaha.
Aku memang suka idea idea inovatif and kreatif seperti ini, jadi tidaklah monotonus sahaja Kuala Lumpur ni
“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementeriaan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,”
YB Dato’ Dr. Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan
Aku sendiri pun berharap, Lintasan Pejalan Kaki Fries McD ini sekali gus mencipta lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna media sosial bergambar di kota raya ini.
Usaha-usaha kreatif seperti diharapkan dapat meningkatkan keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.
Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,”
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia
Tapi, lebih menarik kalau korang dapat ambil gambar sewaktu tiada kenderaan lalu lalang disitu, korang akan nampak lintasan zebra kuning tersebut seolah-olah fries yang bertebaran masuk ke McDonald’s Bukit Bintang tersebut
hahaha aku dah cuba, memang struggle juga nak dapat gambar ni, or maybe kena pergi awal pagi or malam hari ?Tapi memang cute lah sangat sangat kejadiannya
Fakta menarik McDonald’s Malaysia
Korang tahu tak ?
- Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia.
- Dan kini setelah 40 tahun berada di Malaysia, McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata negara
- Setelah 40 tahun berada di Malaysia, McDonald’s melayani lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara.
- McDonald’s menggaji lebih 15,000 rakyat Malaysia di restoran di seluruh negara dan menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan.
No Comment! Be the first one.