Kita mesti Latih anak celik kewangan seawal mungkin. Lagi awal lagi bagus. Biar mereka faham konsep dapatkan “cari duit, belanja dan simpan“. Dan Ini bukan kali pertama aku tulis bab kewangan, banyak dah entri yang aku tulis bab kewangan ini. Aku rasa terpanggil untuk kongsikan segala tips dan info yang berkaitan dengan kewangan sebab aku merasakan aku yang perlukan infomasi sebegini.
Table Of Content
Aku suka kalau orang dapat manfaat dari entri aku ni. Aku nak semua orang pandai bab kewangan supaya bersiap sedia dengan tabung kecemasan, dan yang penting kita kena tahu masa bila kita boleh enjoy dengan duit kita. Aku ada tulis bab kewangan untuk bakal pengantin menghadapi kehidupan selepas berkahwin juga,
Kadang kadang aku memang menyalahkan sistem pendidikan kita yang tidak menerapkan silibus seperti ini. Bagi aku sehebat mana pun pendapatan kita nanti tetapi jika kita gagal kawal maka ianya tidak bermakna.
BACA : 12 TIP DIDIK KEWANGAN ANAK-ANAK
Kalaulah aku dapat info sebegini seawal mungkin pasti aku akan jadi lebih bijak agaknya hehhe, malangnya aku sendiri mempunya kesedaran agak lewat. Aku rasa aku sedar akan kepentingan kewangan ini sewaktu aku belajar di Universiti . Disebabkan kekakangan kewangan aku terpaksa bekerja setiap cuti semester untuk survive sepanjang pengajian di Univerisiti
Tambah Ilmu melalui Webinar
Sepanjang PKP ini pelbagai seminar yang aku join. Mudah sangat, kita bayar fee dan kita boleh dengar bersama ahli keluarga yang lain . Jadi macam ketagih pula, so far aku dah attend 3 seminar berkaitan kewangan, 2 webinar keagamaan, webinar Neurociences.
Terkini aku join Raising DuitSmart Kids In A Digital Era dibawah kelolaan Hong Leong Bank . Kalau tidak kerana webinar ini memang aku tidak tahu lansung terdapat satu apps yang memang mernarik untuk anak- anak. Ia di hasilkan oleh pihak Hong leong bank iaitu di kenali dengan nama HLB Pocket Connect.
Korang boleh muat turun di Apps store dan juga Androind.
Raising Duit Smart Kids in a digital age
Objektif utama webinar ni adalah perkongsian bab kewangan, dan juga untuk menggalakkan ibu bapa untuk mendidik anak anak habit pengurusan wang seawal mungkin. 4 orang panel yang dipanggil pun memang hebat. Dan aku memang seronok mendengar perkongsian mereka, kesemuanya berlainan background.
Latar belakang Panel Webinar
- Kyle Tan Founder Little Tauke
- Mengasaskan Program little tauke, untuk mendidik anak anak secara tradional dan pembelanjaran.
- Mereka didedahkan secara praktikal pengurusan wang untuk membentuk habit yang yang lebih baik dan menjadikan ianya sebagai satu kebiasaan..
- Lolita Suffian ; Head Of Customer Experience
- Berkongsi pengalaman sebagai ibu yang mempunyai 2 anak.
- Lebih kurang sama dengan pengalaman aku dimana dia juga mengamalkan konsep reward untuk anak-anak atas kerja rumah yang dilakukan.
- Tetapi kelebihannya dia menggunakan HLB pocket connect untuk memudahkan anak-anak kawal sendiri kewangan mereka.
- Claudia Tan Founder Revive Vintage Store
- anak muda yang baru berumur 23 tahun. Perniagaan dalam bidang bisnesm penulis dan musicians.
- Dia telah menyimpan dari kecil kerana bercita cita untuk mempunya perniaagaan sendiri secepat mungkin.
- Sangat talented dan bukunya bakal diadaptasi kepada filem hollywood
- Chai Chuan Foo- Ceo Newave Products Sdn Bhd
- Antara certified shoppe master dan mempunyai pelbagai bisnes.
- Tetapi dia sendiri mengakui yang perlukan perancangan kewangan yang baik untuk lebih tersusun. Paling menarik antara quotes yang dia cakap adalah :
- Every problem must have solution. failure is part of leaning curve
Keempat -empat mereka ini berkongsi pengalaman mereka berkenaan produk dan pengalaman mereka sendiri. Serius aku yang teruja, dan aku rasa Iman sendiri pun akan teruja sebab dia adalah Mini ME. hahah bak kata kawan aku, dia telah di brainwash kow kow oleh mama dia.
Aku dah set mind dia jangan berangan nak beli kereta besar selagi tak ada rumah. hehhee. nampak tak mama dia brainwash macam mana . sangat penting Latih anak celik kewangan tau.
Yer aku seorang mak yang sangat sangat mementingkan aspek kewangan.
Kalau dia ada HLB pocket connect ni mesti dia suka. heheh jangan tak tau dia selalu tanya status duit dia yang dalam SSPN, Tabung Haji dan ASB tau.
Latih anak celik kewangan dengan HLB Pocket Connect
So apakah HLB pocket connect ini ?
Ianya adalah satu Aplikasi mudah alih yang direka untuk membantu ibu bapa mengajar anak mereka tabiat wang yang baik, dengan cara interaktif dan menyeronokkan! Anak anda akan belajar menjana, membelanjakan dan menabung dengan bertanggungjawab semasa mereka menguruskan wang saku mereka dengan Aplikasi HLB Pocket Connect. dengan pembukaan 3-In-1 Junior Account
Sangat bagus untuk Latih anak celik kewangan kan!
Yang menariknya dalam apps ni dia orang boleh request untuk minta kerja dan dibayar gaji oleh ibu bapa mereka sendiri, dan duit akan dikreditkan kedalam akaun mereka nanti. Anak anak boleh set apa mission untuk mereka mencari duit lebih dan apa yang sebenarnya mereka inginkan. Simple steps macam ini bagus untuk Latih anak celik kewangan
Hahaha bukan senang nak senang. Baru dia orang tahu susah payah ibu bapa bekerja untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan selama hari ini.
Adeh, bila tengok video ni aku yang teruja sangat-sangat. Proses untuk buka akaun pulak serendah RM1. Boleh apply online pulak tu. Bestnya… tapi sebelum nampak gaya kena upgrade hp dahululah kan untuk intall apps nih.
Aku rasa best. korang rasa macam mana ..?? Tergedik gedik ni aku nak buka akaun di HLB
Lagi awal lagi bagus. Biar diorang tahu pentingnya uruskan kewangan.
Bagus sangat , dari sini anak tau manage duit, cari duit
menabung amalan mulia 🙂