Wow! Jumlah Dana hampir RM500,000 anjuran Kutipan amal RMHC tu bukannya sikit tau. Baru aku tahu melalui kejohanan Golf Amal seperti ini mampu mengutip jumlah sebanyak itu dan ianya adalah untuk mengumpul dana bagi program ‘Kembali ke Sekolah” .
Kali ini ia merupakan jumlah tertinggi pernah dikumpul melalui Kejohanan Golf Amal bermula sejak dari dahulu
Sesungguhnya peluang pertama kali turut serta dalam majlis ini telah membuka mata aku betapa banyak penajaan yang mampu dibawakan oleh syarikat syarikat besar dalam majlis amal sebegini. Bukan kaleng kaleng yer.
Dana yang dikumpul akan menjadi sebahagian daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.
Ini bukan pertama kali McDonalds mengambil inisiatif Corporate Social Responsbility (CSR) mereka. Sedari dahulu lagi mereka banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia, antaranya mereka pernah menyumbang RM545 ribu di Kelantan.
Rupanya seawal 6 pagi kesemua mereka telah berkumpul di Tropicana Golf & Resort untuk memulakan pertandingan Golf dikalangan mereka. Malah aku sendiri teruja melihat klip video yang ditayangkan sewaktu majlis makan tengahari tersebut
Meriah dan ‘happening’ sungguh rupanya. Walaupun hujan dari pagi namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bertarung.
Ronald McDonald House Charities (RMHC)
Ini bukanlah pertama kali RMHC membuat majlis amal sebegini malah ia merupakan majlis tahunan yang sering dilakukan oleh pihak McDonald untuk mendapat tajaan pihak swasta untuk bersama-sama mengembleng membantu rakyat Malaysia yang memerlukan
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan untung dengan misi untuk mencipta, mencari dan menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
“Kami berharap pengagihan pek sekolah dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak, ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan, dan motivasi,”
Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia)
Para penghuni Rumah Ronald McDonald (RMH) kebanyakannya terdiri daripada keluarga-keluarga dengan anak-anak yang menghidap kanser dan leukemia yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan khas di PPUKM.
Tempat tinggal lengkap yang disediakan oleh RMH memberi manfaat dari pelbagai aspek dalam mengurangkan bebanan keluarga-keluarga berpendapatan rendah ini.
Antara lainnya, berkongsi tempat tinggal dengan keluarga-keluarga lain yang sedang melalui perkara yang sama akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan untuk membantu keluarga-keluarga ini meneruskan perjalanan mereka untuk sembuh,sewaktu majlis makan tengahari selepas event golf tersebut, beberapa orang wakil penerima turut hadir untuk menerima bantuan yang telah dijanjikan
RMHC Malaysia mengendalikan empat program utama dalam menyokong teras teras mereka iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Hadiah Senyuman dan program ‘Kembali ke Sekolah‘.
Dalam tempoh 32 tahun yang lalu, RMHC telah memberi kesan positif kepada lebih 100,000 kehidupan kanak-kanak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.
Sehingga tahun lalu, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi kesan positif kepada kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak di seluruh negara.
Penyampaian Geran Perubatan Untuk Tabung Pesakit Yang Memerlukan Bantuan
Aku tertarik mendengar ucapan aluan yang disampaikan oleh Puan Melati Vice President/CMO at McDonald’s Malaysia. Setiap sumbangan yang kita masukkan ke dalam tabung rumah di kaunter kaunter McDonalds serata malaysia juga merupakan salah satu cara RHMC mengumpul dana
Tiba tiba terasa bangga pula sebab aku pun pernah menyumbang beberapa kali. Walaupun jumlah kecil jika dibandingkan kutipan Kejohanan Amal Golf tersebut tapi besar tau sumbangan kita.
Jelas kelihatan wajah mereka tersenyum gembira atas bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak penaja dan semestinya berterima kasih kepada RHMC.
- Yayasan Institut Jantung Negara (IJN),
- Hospital Tabung Pesakit Universiti Sains Malaysia (HUSM),
- Hospital Tabung Pesakit Tunku Azizah (HTA)
- Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM.
“Kehidupan setiap kanak-kanak adalah penting dan RMHC Malaysia berusaha untuk membantu seramai mungkin keluarga yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan kesihatan anak-anak mereka. Kami berharap dana itu dapat meringankan beban kewangan keluarga di samping memenuhi keperluan perubatan mereka,”
Dato’ Azmir.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, walau sumbangan kita hanya 10 sen tetapi cuba bayangkan kalau setiap rakyat Malaysia menyumbang kedalam tabung RHMC yang pastinya memberikan manfaat kepada semua.
Syabas Mcdonalds dan penyumbang kejohanan Golf Amal, anda semua memang terbaik.
No Comment! Be the first one.